Friday, February 10, 2017

Semoga Kebahagiaan Berpanjangan

Assalamualaikum kawan-kawan, diharap semua dalam keadaan sihat walafiat.

Entry kali ini dedikasinya kepada Sepupu Angah yang bernama Nor Haizan Mohd Hatal. Dia sepupu di sebelah mak Angah. Di kampung,  rumah kami berjiran, secara tak langsung menjadikan kami bersama adik-beradik masing-masing sangat akrab. Kami memanggilnya dengan gelaran Kak Yang.

 Kak Yang (berbaju merah)  bersama Angah tiga beradik ketika Adik Eja kawen 2013

Usai persekolahan dan Kolej Kak Yang agak tidak lekat dengan sesuatu pekerjaan, hati dan jiwanya banyak di rumah. Dia paling suka mengasuh anak-anak buah, termasuk Cik Kela pom pom pun Kak Yang sempat mengasuh. Angah rasa Kak Yang taksuka ada 'bos'. Banyak jugalah pancaroba dalam kehidupannya kerana tiada kerja tetap. Tetapi benarlah rezeki Allah itu seluas-luas tanpa sempadan. Bertemu sang 'teman' yang juga sealiran iaitu lebih senang bekerja sendiri tanpa bos...mereka akhirnya memilih menjadi bos kepada diri sendiri. Si 'teman' terlibat dalam insuran dan Kak Yang berjinak-jinak dalam business online produk Hai'O. Allhamdulillah..semoga terus murah rezeki untuk kedua-duanya,

Minggu lalu kak Yang dan Encik Teman itu bertemu jodoh. Angah sangat berbahagia bila dia mendapat jodoh, walaupun agak terlewat bebanding usia kami iaitu kakak dan sepupu-sepupunya ketika berkahwin, namun jodoh itu rahsia Yang Maha Esa. Semoga kehidupan mereka di redhai Allah.

Selamat Pengantin Baru Kak Yang dan Ammar...




Love you  Kak Yang...

Wassalam

5 comments:

dear anies said...

barakallahulakuma...

Acik Erna said...

tahniah buat pasangan pengantin semoga berkekalan selamanya

Kakzakie Purvit said...

Semoga mereka terus berbahagia
Cantiklah:)

Nour Adieb said...

wahhh, tahniah kak Yang 😄 barakAllah, semoga perkahwinan yang dibina bahagia, hadapi ujian & dugaan rumahtangga dengan hati yg lapang

Cik Azz said...

Alhamdulillah.
Moga jodoh berpanjangan selamanya.
Untuk Angah dan suami jugak.