~Assalamualaikum Kawan-Kawan~
Siapa di sini dia adalah Kakak di kalangan adik-beradik dia, sila angkat kening!
...hihii..dah angkat?..good good...
Setuju tak anda, bila Angah katakan - hati seorang kakak terhadap adik-adiknya, sama dengan rasa hati seorang ibu terhadap anak-anaknya.
Sakit pening adik-adik, makan minum, pelajaran sehingga hal kahwin, hal beranak pinak, eh segala macam hal merekalah...semua ter automatik ter touch n go ke dalam jiwa dan perhatian kakak ni..
Angah kan..masa kecik dulu, kalau adik-adik merenung sambil telan air liur tengok budak-budak lain makan sakneka jajan ke cekedi ke, tora, dendang segala bagai...Angah jadi kesian tau, sayu je hati...haha padahal benda-benda tu bukan elokpun, cuma Angah faham sebagai budak-budak kitaorang memang teringin makan benda-benda macam tu, tapi waktu tu mama abah tak mampu nak bagi duit belanja lebih. Sebab tu bila dah dewasa dan bekerja Angah memang boros bab makan, beli apa ndak, makan apa ndak kira balas dendamlah ni.
Moment indah ketika masih sebumbung,
Moment indah ketika masih sebumbung,
Bercekau, tarik menarik rambut, terlempang, sepak menyepak, berebut makan, terjerit-jerit amarah tetapi kemudiannya masih mampu tido bergolek bersama. Jika kelakuan adik-adik ni nakal, kakaklah yang akan pening nak mentarbiyah mereka, becok mengomel itu-ini, memang sebijik macam-mak-mak..
Saat meningkat remaja, mulalah banyak urusan rumah diperturunkan pada kakak. Memasaklah, mengemaslah, bantu adik-adik buat kerja sekolahlah...
Haa, bila penat kakak ni lah yang akan berpotensi menjadi tarzan rimba, silap sikit memang ada adik-adik yang akan kena bedal. Masa ini rasa menyampah betul ada ramai adik...haih! tak bolehlah si kakak nak relek sikit..meluat aje rasa, adik-adikpun mula meluat juga kat kakak...panas je masing-masing.
Tapi lepas tu boleh pulak terjun sungai mandi sama-sama, gelak-gelak tak hengat dunia. Bila ada adik yang kena gigit pacat kat sungai, kakaklah paling kalut tolong buang pacat dan check kut-kut ada bahagian lain kena gigit jugak, punyalah risau takut jadi apa-apa kat adik, fuhh, tahap risau tu sama macam mak-mak punya risau kaedahnya ...
Bila masing-masing dah dewasa, dah berkeluarga sendiri...sedikit sebanyak mesti ada perubahan. namun Angah yang belum ada anak ni, keseluruhan perasaan terhadap adik-adik tu masih banyak yang sama. Harap adik-adikpun begitu...hiii..sebak pulak rasa
Adik lelaki, tanggungjawab dia pada anak isteri pun selalu termasuk dalam perkiraan si kakak ni, risau takut adik tak tertunai tanggungjawab dengan baik, bab solat bab didik anak isteri, bab kerja dia...selalu je menyinggah dalam fikiran
Lately ni Angah berhadapan dengan adik-adik perempuan yang bersalin, mak aih...dia punya berdebar tu... tak tahu nak cakap. Selamat ke dia, sakit ke dia...kita pulak yang terasa bebannya heheh..
Bila dah ada anak buah, happynya macam ada anak sendiri pulak...hai lah MakNgah...
......Begitulah Indahnya menjadi seorang kakak. Wassalam

Ini anak buah MakNgah yang terkecik buat masa ini...Khalil Asy, hari baru berusia 30 hari. Anaknda kedua Adik Eja, adik kepada si Kela
Kela & Zara..yang dah kuat berlari dan banyak cakap!
......Begitulah Indahnya menjadi seorang kakak. Wassalam
10 comments:
Kakak yang bertanggungjawab
tahu juga perasaan tu. sebab saya juga kakak dan seorang adik, juga bertuah jadi adik pada kakak2 yang sangat baik. dari bersalin anak pertama sampai yang ketiga kakak sulung yang jaga masa dalam pantang..
Comel anak buah angah
they soo cuteee ^______^
sekejap je tgk anak2 membesar kann., hehe2
Warisan - alhamdulillah, rasanya semua kakak pun begitu...insyaallah..
Aryan - alhamdulillah...untung lebih sebab ada kakak, Angah ni ada abang je..
Acik - kan..budak-budak memang comel..tak puas nak tatap dorang
Nurinsan - MakNgah dia cute tak? hihihihi...
Tiga lalat - itu lah, masa berlalu sangat pantas...rasa baru je semalam tengok Kela & Zara lahir, la ni dah berlari dah bebudak tu..
Kan?
Akak pernah jaga adik bongsu yang demam masa dia nak periksa Penilaian Darjah 5. Masa tu abah dengan mak balik kampung ziarah pakcik meninggal. Bila dah terdesak macam ni, boleh je uruskan adik tu, makan pakai dia. Mujur jugak jiran ada yang membantu bagi petua untuk kurangkan rasa nak muntah adik tu.
Sekarang ni lagi la macam mak-mak. Anak buah semakin ramai. Mulut akakpun mula la macam murai. Hahaha.
Cik Azz - hihihihi...bab mulut 'murai' tu memang betui..
sy x de perasaan tu tp sy fhm situasi yg melanda... bak kata pepatah air dicincang takkan putus...
Post a Comment