Throwback...kisah cuti Deepavali 2 minggu lalu.
Angah teruja bila adik-adik perempuan segeluarga nak bawa mama dan abah datang KL . Dua tiga hari sebelum, Angah dah mula mengemas rumah, membuang segala habuk dan sawang. Maklum lah Angah tinggal berdua, jarang masuk ke bilik tetamu. Letih jugaklah mengemas itu ini...
Mama dan Abah teringin nak ke Melaka, jadinya selepas bermalam semalaman di rumah Angah pada Isnin, esoknya pagi-pagi dah gerak ke Melaka. Alhamdulillah tak jammed.
hihihi..gayat naik lif, maaf la...rumah MakNgah ni jenis tinggi melangit...
Yey! Kela-Zara dah redy nak mandi kolam...
Kami menginap betul-betul dekat dengan town. Nama apartment tu Jetty Suite Apartment. Ada 3 bilik, ruang tamu dan dapur yang luas. Selesanya berbanding di rumah Angah yang macam sarang burung merpati tu...hihihi.
Masuk je apartment Kela dan Zara dan berlari ke sana-sini, melompat-lompat atas katil..keriangan sungguh mereka ni..
Petang
Kami ronda town. Abah dan keluarga CikNa nak naek Cruise. Adik pulak tak tak nak sebab ada baby Khalil, takut pulak bawak baby kecik sangat. So kami berpecah. Angah dan mama ikut adik sekeluarga lepak dekat tempat tumpuan orang ramai di clock tower...meriahnya Melaka dengan abang becanya, cendol tepi sungainya...seronoknya.
Hajat nak terjun kolam tak kesampaian, sebab sampai ke apartment semula, hari dah senja bebenor...
Malam
Beli makanan luar dan kami lepak apartment je..
Si Kenit dua ketul ni, layan ipad je, tak peduli orang lain dah..
*****
Waktu yang dinantikan oleh si kenit.
Usai sarapan, semua pakat tak sabar nak terjun kolam...terutama 2 ketul kenit ni...kemain...
Selepas puas berendam, kami bersiap-siap nak checkout awal, sebab nak menuju MPO
Baby Khalil yang sangat behave..
Opah yang tak pernah berenggang dengan Khalil..
*****
Kami checkout dalam jam 10.30, sampai di MPO dalam jam 11.30, sedang elok, orang baru mula nak ramai...meriah juga kat sini ye..
Amboi..si kenit pun bukan main memilih...hihi..
Lepas shoping, makan-makan, tapi biasa la kalau berjalan dengan Abah, dia kira nak balik cepat je,...terasa rushing, tak sempat nak cuci mata bertui betui...adehh
Begitulah kisah percutian keluarga kali ini. Yang lebih penting sebenarnya adalah keberadaan secara bersama...MakNgah happy...
Wassalam...jumpa lagi insyaallah
5 comments:
wahh sonoknyer jalan2 melaka., hawauu., hehe2
Seronok jenjalan ramai2, meriah!
Sebab kita ni dah biasa berdua je kan Angah.
Wak - seronok ...jumpa ulau melingkau atas pagau...kikiki
Ujie - betul Ujie, meriah bila ramai-ramai...kalau Angah ngan Che Din je erm...bercuti dalam kesenyapan la nampaknya..
wahhhh g jln2...tp knapa x ajak sy sekali? whyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy ;-)
Anies....awak jenjalan level-level luar negara gitu...segan Angah nak ajak pi Melaka hihii..
Post a Comment