Untuk seorang yang bernama Angah ini, 2017 hadir saat dia diuji sakit. Lagi
Sakit yang berulang-ulang. Sakit yang menyeretnya ke ruang yang muram.
Ya, 2017 agak murah bagi Angah;
Sakit yang belum ada penghujungnya
Cuti tahunan yang habis untuk follow-up checkup
Masa yang terasa suntuk berubat alternatif itu ini
Wang juga mengalir bagai air
Badan gemuk kerana ubat-ubatan yang tak putus di makan
Bersabit pula dengan kerja di pejabat yang semakin tidak menyeronokkan
Suasana sosial yang makin memenatkan
....pada kahirnya Angah terfikir bahawa Angah ini sudah memasuki fasa berusia TUA
Hilang keterujaan!
Jadi?
Jadi...nak mohon jasa baik kaawan-kawan sekalian untuk memberi pandangan...supaya 2018 yang bakal datang ini Angah kembali sebagai Sang Ceria!
Wassalam
8 comments:
Angah, cubalah berjinak-jinak dengan tanam sayur. Buat untuk suka-suka je. Sekadar satu terapi untuk diri sendiri. Nanti lama-lama, pasti Angah akan suka aktiviti ini.
Cubalah join grup ni. https://www.facebook.com/groups/jomtanamsendiri/ sebab ramai je orang yang duduk rumah kondo, flat, taman yang tanah terhad tapi masih boleh bercucuk tanam.
Moga 2018 membawa sinar yang terang buat kita semua. Aamiin.
Semoga angah kembali sihat dan ceria acik pun sama angah..sakit yang berulang ulang.dari Ramadhan 2016..2017 bersambung..acik doakan kembali sihat 2018..begitu juga untuk diri acik moga kembali sihat tahun depan dan seterusnya..semoga mudah untuk kita beribadah menambah bekalan kita.moga juga diterima Yang Maha Esa.
Kak Azz, subhanallah..terima kasih banyak banyak atas idea akak, nanti angah jenguk link itu. tq muahh..
Acik, terima kasih acik, angah juga doakan acik sihat sihat selalu...semoga Allah menguatkan rohani dan jasmani kita..
semoga tahun 2018 lebih ceria sembuh dari segala pengakit.. amin..
Amin ya rabbal alamin...TQ MR Zino
SELAMAT TAHUN BARU 2018
Selamat tahun baru juga buat Bunda Nora...
didoakan semoga kesihatan angah bertambah baik, inshaAllah...carilah sesuatu yang boleh buatkan kita gembira pasti hidup lebih bermakna.
Post a Comment