Wednesday, January 17, 2018

Sibuk....kunun la...

Assalamualaikum...rindu pada semua kawan-kawan Maya...tapi Angah ni biasalah, bekerja di Fakulti Akademik tetapi mengurskan hal-hal sumber manusia...awal tahun sangat sibuk merancang itu dan ini...tapi jujurnya Angah rindu pada kawan-kawan semua.

Angah doakan kawan-kawan semua dapat  menempuhi tahun baru 2018 dan hari-hari seterusnya dengan gemilang dan beroleh kerahmatan dari Ilahi.

Semalam, seluruh Malaysia mungkin juga dunia dikejutkan dengan insiden remaja menemui ajal kerana 'kerusi terbang' allah...tersantak betul akal dan fikiran dibuatnya.

Memanglah sudah ajal dia, tapi cara dia menemui ajal itu yang patut diberi perhatian dan tindakan susulan yang terbaik demi tidak berulangnya cerita tragis yang sama.

Angah juga penghuni rumah flat, rumah di tingkat paling atas...macam-macam drama dan adegan boleh dilihat. Semuanya menjurus kepada masalah sosial yang makin kronik.

Contoh: anda bekejar-kejar pergi kerja, ketika masuk lif, lantai lif berterabur dengan air kencing!!....tak ke mereng jadinya penghuni yang paling atas ni, terpaksa menapak turun tangga, sampai ke bawah, lutut pun longgar. 

Berbalik pada isu baling barang buangan dari tingkat atas, flat Angah ni belum la lagi ada kejadian kematian, tetapi setakat bumbung kereta dipenuhi sisa makanan, sisa pempers dan sebagainya ...seperti pemandangan biasa...macam tiada otak saja orang yang berbuat demikian ni kan?

Kadang-kadang mulut ni terbabas mendoakan yang buruk terhadap orang yang tak berotak tu..nak buat macam mana? geram...Semoga Allah memelihara dan mengampuni kita semua...

Wassalam






6 comments:

Aryan azra said...

sungguhlah berita tu menyedihkan betul, entah mcmmana perasaanya maknya tu tak dapat nak digambarkan tengok kejadian tu depan mata. ye lah angah kadang pelik fikir sesetengah manusia ni kenapalah sanggup buat macam tu buang sampah sesuka hati je nak campak, dulu pernah juga nasi bertabur atas kepala huhuhu

ShirVen said...

Hiii assalamualaikum. Saja bgtau i just follow yr blog 😁
Bkn apa skrg ramai blogger yg dh pencen in my list, tu ler cari blog baru. Slmt bkenalan di alam maya 🙋‍♀️🙋‍♀️

Angah said...

Aryan...kesiannya...habislah kotor tudung baju ye..

ShirVen - terima kasih banyak. Betullah sejak ada FB la Instagram la...ramai bloger dah beralih medium

Ujie Othman said...

erkkk...lantai lif ada air kencing..mmg menguji kesabaran sungguh!

terbaca cadangan seorang pengomen kat fb, maybe patut wujudkan ketua aras - senang nak pantau kejiranan dan mudah atur kerjasama.

dear anies said...

dari dulu smpi skrg perangai yg 1 ni mmg x reti2 nk ubah... xde kesedaran sivik langsung... br2 ni, sy parking blkg opis, tetiba nmpk smph jatuh ats kereta. bkn kereta sy... eee geram sggh perangai x senonoh ni

Angah said...

Ujie - ketua aras dah ada Ujie...tapi operasi pengotor tu selalu berlaku time dinihari gamaknya, pernah naik lif malam, jam 11 lebih, elok je, tapi pagi esoknya..ermm..berbau tengik je melekit-lekit bagai...

Anies - kita boleh buat je Anies...sabor je la..