Tuesday, August 21, 2018

Chloe sangat.....(2), no more Chloe..

Mari kita berhibur, lupakan segala masalah donia yang tak abih abih ni like LGBT tu...semak fikiran


Chloe?
Angah nak tukar nama dia, masa malam pertama dia datang tu, dah terfikir-fikir nak cari nama lain dah...tapi..nantilah!

Cak!!!

Malam tu tidur kami menjadi lebih lewat dari biasa, sebab melayan karenah dia yang amat jakun melihat rumah kami, mungkin dia fikir ini KOTAK KAH ATAU RUMAH KAH, mungkin rumah Mak lama dia besor kut..

Angah punya satu kekhuatiran je...Che Din bawak balik dia, tanpa apa-apa persediaan!  terutama tempat buangan dia...

Mula la terfikit, bangun esok mesti bersepah sepah najih dia merata-rat...edeehhhh penin pikir. Tapi...yang pelik tiada sebarang bahan buangan beliau dimarata ceruk rumah! aik..

Esoknya, kebetulan ada kenduri sepupu di TTDI, seusai makan kami segera beredar untuk misi mencari barangan si Chloe.





Firs time shopping di Pet shop...bukan main lagi Che Din, semua nak dibeli, mengalah shoping untuk anak sendiri.

Bila balik eh, macam takde bau apa-apa pulak, intai setiap ceruk, tiada nampak benda-benda busuk...ermm ok lah..

terus try letak Chloe dalam Carrier pink yang baru dibeli...bertuah punya budak, elok masuk je terus berlenang ayo kencing...adehh...agaknya dia memang tak pandai membuang di merata kut selain dalam bekas dia...huhuuu..

Angah terfikir, mesti perut dia tak selesa menahan kencing berak semalaman...kesian..

ok, stop calling her Chloe...

Selepas 3 hari, secara rasmi nama beliau adalah GEUMBI....nama ini agak padan la dengan tubuh montok dia tu..ecehhh







4 comments:

dear anies said...

amboi bergimnastik ya geumbi ;-)

Angah said...

hihihihi...gitulah dianya Anies..ashik melentik sana sini..

sudipVSsenduk said...

kucing ni boleh kurangkan stress kan..

Angah said...

Sudip - betul sangat tu, walaupun muka dia comot, tapi bila dah bela..sayang juga...