Tuesday, September 11, 2018

1 Muharam 1440H..semoga bahagia menjadi milik kita

Assalamualaikum teman-teman yang masih sudi bermaya di laman Angah's Corner ini. Terima kasih diucapkan atas kesudian kalian meneruskan silaturahim, memanjangkan ukhuwah dan mendoakan yang baik-baik antara sesama kita.
 
Selamat tahun baharu hijrah buat semua. Barangkali tahun baharu hijrah ini tidaklah sehebat sambutan tahun baharu mesihi, tetapi sebagai umat islam wajar  kiranya kita merenung dan bermuhasabah dalam memperbaiki diri supaya menjadi hamba Allah yang lebih baik dari semasa ke semasa...
 
Semalam buku amalan yang telah diangkat dan hari ini buku amalan baharu yang dibentang, untuk dicoret pula sepanjang tahun 1440 ini, dengan bermulakan doa semoga banyak yang baik akan tercatat dan dirakam. Semoga Allah meletakkan dan memandu kita di lorong yang lurus sepanjang masa; kerana kita insan yang lemah, iman yang sentiasa goyah, hati yang selalu parah, maka molek kita sentiasa memohon perlindungan daripada sang pencipta.
 
Ada azam baharu?
 
Tak salah  meneka...semua  inginkan kebahagiaan bukan? Ya, BAHAGIA
 
Ada orang dari kecil hingga dewasa hidupnya sentiasa bahagia...jelesnye..ups..hihii..
Ada orang sehingga tua..  tidak perrnah bahagia...huh, ada ye..?
 
Di mana letaknya bahagia?
Bahagia letaknya di hati, hati yang berbunga tenang, harum dan suci lalu terserlah lagi menyerlah keserian di wajah dan terpamerlah bahagia
 
Mungkin:
Ada orang bahagianya pada wang yang banyak
Ada orang bahagianya pada  cantik/bergaya pasangan hidup mereka
Ada orang bahagianya pada anak-anak yang dimilik
Ada orang bahagianya pada kerjaya yang cemerlang
Ada orang bahagianya pada khidmad bakti kepada masyarakat
 
Tidak salah!
Jika berbalik pada asasnya iaitu hati yang tenang dan tiada resah
Bahagia lah dengan cara apapun, selagi tidak membelakangkan Yang Maha Esa
 
Aku?
Terus terang, aku bukan seorang yang  ada matematik untuk bahagia, tidak tahu pula bagaimana hendak disukat
Cuma..aku selalu berdoa;
Apa yang aku kurang, aku minta Allah tambah
Apa yang aku ada  aku minta Allah memberkati
Jika itu sahaja yang membuat aku bahagia..kupanjatkan syukur atas segala limpahNya
 
Semoga keberkatan dan rahmat Allah sentiasa menaungi hidup kita semua
 
Selamat Tahun Baharu Hijrah 1440.
 
Wassalam.

4 comments:

Putri said...

Salam maal hijrah.insyaAllah bahagia itu milik awak

dear anies said...

definasi bahagia setiap org berbeza tp bahagia sbnr bilamana kita makin dkt dgn Dia. salam maal hijrah 1440

Warisan Petani said...

salam Maal Hijrah 1440

Ujie Othman said...

Bahagia itu pabila hati merasa lapang.
Bahagia, letak dihati. Bukan pada wajah, harta atau apa jua sifat luaran.
Salam Maal Hijrah Angah ^_^