Thursday, March 28, 2019

Sehelai Daun, Setitis Embun




Sesiapa yang membesar sekitar tahun 90-an seperti Angah, rasanya mesti pernah dengar lagu bertajuk Sehelai Daun Setitis Embun nyanyian Shasha....kan? Syahdu sungguh bila melayan lagu tersebut, lirik sedap, melodi sedap vocal Shasha juga merdu didengari.


Tapi Angah tak berhasrat bercerita tentang lagu tersebut, sebaliknya mahu memetik judul sama untuk tamsilan sebuah kehidupan bagi kita dan semua  yang bernama makhluk di muka bumi ini.

Hidup...sepanjang manakah agaknya hayat hidup kita ini? tidak tahu bukan?

Seingat Angah,  kematian terawal di kalangan orang yang hampir dengan Angah adalah rakan sekelas Angah, Arwah Zakaria, beliau meninggal ketika kami menunggu keputusan SPM, akibat apendiks ...berdetik hati...ya Allah...muda-muda dah di ambil pergi..


umpama sang daun yang mengering, layu dan gugur akhirnya...begitu usia...

Awal Januari lalu, keluarga Angah mendapat khabar, salah seorang saudara tua kami, iaitu Ibu Saudara emak Angah, kira pangkat Opah kepada Angah di masukkan wad kerana koma, rupanya beliau mengidap kenser kelenjar tahap 4. Umur beliau dalam lingkungan pertengahan 80-an.

Ya Allah...diusia begitu diserang kenser, luluh melihat ketidakmampuannya. Bayangkan keadaan beliau berhadapan chemotherapy dalam usia lanjut begitu...akhirnya beliau diambil pencipta bebrapa minggu kemudian. Innalillahiwainailahirojiun..

Dalam pada opah keluar masuk wad, sekali lagi kami menerima berita duka, kali ini saudara yang lagi hampir dengan Angah, iaitu adik lelaki kandung emak Angah, dimasukkan ke hospital kerana ada tumor di kepala..Allah.. 

Kepulangan Angah ke kampung pada minggu akhir Januari, berrezeki bertemunya, Auah Cho panggilan untuk beliau. Lemah hanya terbaring dan makan minum bersuap oleh isteri dan anak-anaknya. Cukup seminggu selepas itu, Ayah Cho bertemu cinta sejati dengan meninggalkan kami pada pagi Jumaat. Berturut-turut pemergian mereka...

Kedua-dua pergi bersebabkan kanser...ia sedikit menakutkan...tapi itulah kenyataan, bertabah sahaja dan berdoa akan kesihatan diri dan seluruh ahli keluarga.

Bagai arus air yang mengalir tanpa henti...pertengahan Februari, satu lagi berita duka menimpa keluarga emak Angah. Sepupu perempuan emak  dalam usia 59 tahun, didiagnos kenser paru-paru tahap 4 dan sedang bertarung dengan rawatan sehingga saat ini. Ya Allah...baru lagi  kehilangan dua ahli keluarga, sedih pun belum beransur pergi, duka bertimpa sekali lagi..

Mohon doakan emak saudara sepupu Angah ini kembali sihat.  Balik kampung baru-baru ini, Angah sempat ziarah beliau...ternyata masih kuat dan bersemgat, tapi sangat kurus dek kerana berpantang makan..Ya Allah limphkan kesembuhan buat beliau dan orang-orang yang sedang kau uji kesakitan. Ringankanlah kesakitan mereka dan berilah kesembuhan...

Sebagai keluarga hanya doa yang mampu dititipkan...dan belajar menerimanya sebagai ujian dan kehendak Allah.

Begitulah...giliran kita tidak tahu bila pula...usia sudah tentu tidak menjadi perkiraan jika telah sampai waktunya...

Semoga kehidupan kita semua berakhir dengan Husnulkhotimah..amin..




2 comments:

dear anies said...

inna lillahi wainna ilaihi raajiun... kalau sudah sampai ajal, tidak kira usia atau sihat...

Nurul said...

Saya doakan semoga mak saudara dipulihkan oleh Allah yang esa. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Salam takziah kepada akak dan sekeluarga. Al-fatihah.