Friday, January 31, 2025

31 Januari 2025

 Sepurnama sudah tahun 2025 berpaksi dan beraksi.

Apa khabar semua? Semoga baik-baik selalu hendaknya. Saya ok, Alhamdulillah.


(1) Entah kenapa, Januari 2025 jadi bulan yang paling banyak keluar duit. Hasratnya ia menjadi bulan yang paling banyak menyimpan, kerana gaji Disember sebelumnya ada lebihan dari kenaikan yang diberi kerajaan kepada 'penyain' SSPA;

Aduhhh, parah ni parah...

Erm...ok! jangan dikenang lagi apa yang dah habis eheh...

Tapi perlu melihat semula ke mana dihabiskan...oooo di sini, dah ingat:

   * Pakaian - banyaknya beli baju, kengkunun baju baharu untuk tahun baharu sebagai reward diri....dari 10 helai 4 tidak boleh pakai kerana beli online, bila dapat sangat tidak sempurna di mataku dan dibadanku...membazir betul. Takpe, sebab tak nak berdosa, biar saya sedekah pada orang tertentu yang terpilih. Harap bulan depan tiada pembelian pakaian baharu lagi, untuk cover balik duit simpanan. 

   * Che Din tidak menyumbang untuk perbelanjaan rumah, sebab gangguan-gangguan dari keretanya. Aishhh...Wahai Pesona, jangan banyak akan duit ok! Harap bulan depan ini semua ok.

....anggap je lah ini diluar kawalan...jangan salahkan diri sendiri ok! Ya Razzak, kurniakan kami rezeki yang berkat dan berlimpah ruah..aminn.


(2) Innalillahiwainnailahirojiun....Januari 2025, bagai bersahut-sahutan dari tahun 2024, banyaknya berita kematian di kalangan rakan sekerja dari gred Pelaksana. Allah. Betullah, usia bukan penentu ajal. Sakit juga tidak semestinya berakhir kematian lebih dahulu berbanding yang sihat;

   * ada yang pergi pada umur muda, ada yang pergi pada usia hampir bersara, ada yang pergi selang sebulan selepas bersara, ada yang pergi kerana telah sakit lama, ada yang pergi tiba-tiba...

   * melihat kematian-kematian ini, saya terfikir....untuk pegawai kerajaan bergred rendah macam saya ini (Pelaksana) apa perlunya saya mengikat perut untuk menyimpan di hari tua? gaji tidak besar, tapi struggle nak menyimpan...buatnya umur tak panjang? jeng jeng jeng...ikut hati nak belanja je sesuka hati....tapi tulah;

...tulah tu...tak boleh maknanya, sebab saya masih ada mak abah, Che Din pun masih ada mak dan kakak seorang balu yang memang tinggal dengan maknya. Dalam duit kami ada duit orang lain...begitulah..

ok, jangan fikir dah.


(3) Niat untuk selalu berbuat baik - ini salah satu wishlist saya sewaktu tirai 2025 dibuka. Saya sangat beharap selalu dapat berbuat kebaikan - kepada ahli keluarga, teman-teman sekerja, makhluk comel dan lain-lain....setakat ini alhamdulillah...masih berpaksi di radar janjiku.


Kawan-kawan, doakan saya menjadi hamba Allah yang semakin baik dari semasa ke semasa. Mana tahu, ada doa kawan-kawan yang di angkat olah Rabbul Jalil...mudah mudahan...Amin. Saya juga sentiasa mendoakan sesiapa sahaja yang terbaca coretan saya ini agar di pelihara oleh Yang Maha Esa dengan penuh kebaikan.


Jumpa lagi!


Mengembirakan rakan-rakan yang berulangtahun kelahiran pada Awal Januari 2025












No comments: