Friday, December 30, 2011

Semoga Berbahagia

Wahai adinda yang dikasihi tiada apalah yang dapat kekanda berikan selain mendoakan bahtera yang baru kalian bina sentiasa berada dalam keberkatan Illahi.

Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Adik kedua angah ini sudah selamat di ijabkabulkan seusai waktu asar 16 Disember 2011 yang lalu, bersamaan tarikh genap usianya 27 tahun.

Menanti Diijabkabulkan


Sah! Menerima Mas Kahwin dan Membatal Air Sembahyang

 Pengantin Ceria...
 Sorang dari Kuala Kangsar, sorang dari Penang, bertemu di Sintok  Kedah
Bersama-sama Teman Seperjuangan

Alhamdulillah, usai majlis nikahnye...

Malamnya diadakan Majlis Berkhatam  Quran, Selepas Isya'


******************

Hari Sandingnya 17 Disember 2011








Selamat Berbahagia dari kami semua....

Wednesday, December 28, 2011

Wednesday, December 14, 2011

Chini Part 2

The Wedding Day

Pengantin lelaki ni Sham namanya,   kawan baik che din, sejak pandai bertatih hingglah tamat tingkatan 5, tu yang kena pegi jugak wedding tu. 
Alhamdulillah walau dah agak terlajak umur, sampai juga jodohnye. Tahniah Sham..


Checkout dari Lake Chini Resort. Ready nak gi rumah org kawen..di Felda Chini

Perjalanan dari Tasik Chini ke Felda Chini tak sampai 20 minit..

Sham & Che Din

Che Din memayung diri sendiri...bukan memayungkan pengantin!



 Semoga cepat dapat baby!

Pengantin lama....

pertama kali angah makan kenduri kawen berlaukkan kari kepala ikan dan telur itik masak lemak!

Pengantin bergambor outdoor kat Taman Bukit Kasut, jadi angah pun tumpang posing sekali lah!


Ni pemandangn sekitar Felda



Alhamdulillah, selamat perjalan kami. Nak balik dah..bye bye Chini!



Chini Part 1

Tasik Chini ...Angah datang!

Penat!
Penat wa cakap lu…
Rasa nak terkolap segala sendi-sendi
Sampai hari ni sengal-sengal badan belum hilang…
Inilah penangannya berkelana jauh dengan si comel
Kadang-kadang bila nak berjalan jauh
Rasa nak sumpah si comel mengembang sebesar Myvi
Tapi bila nak parking kat flat angah yang crowded ni, dia menguncup semula, jadi saiz asal

Ya kawan-kawan, ini cerita angah yang melana ke daerah chini di hari jumaat yang lalu. Rasanya tiada siaran ulangan untuk ke Chini kalau menaiki si comel, cramp yo!

Bermula di Karak Highway sekitar jam 11.30 pagi, kami sampai ke Temerloh dalam 12.45 tengahari. Minum-minum,  ke toilet bagai… che din pun gi solat jumaat, sementara angah cuci mata dan cuci poket di pelbagai kedai-kedai yang tersedia  secara berpusat, dekat-dekat dan padat-padat  perghh.. heaven untuk kaki shoping.

Sambung perjalanan dan sampai ke Gambang dalam jam 3.45, berenti lagi, minum-minum dan mengeliat-ngeliat meluruskan badan. Masa ni badan memang dah kebas sana-sini.
Bila dah lega sikit sambung perjalanan , perjalanan yang agak menyeramkan, dalam hutan sawit! Sampai ke Resort  Tasik Chini jam dah pun pukul 5 lebih…humanghaihhh…panjangnya perjalanan….

Sila le nikmati gambo-gambo kenanganku ini...


Langit dan awan yang cantik mengiringi perjalanan kami

Masuk ke lorong menghala Tasik Chini, kami disambut kumpulan lembu-lembu yang berkelana sepanjang jalan

 Ni le penginapan kami

Ni chalet kami, selesa dari segi saiz tapi tak berapa bersih, banyak habuk, macam jarang orang pakai

  persekitaran chalet

Pemandangan dari daratan 
 (1)

(2)

Time to posing-posing



Dah sampai sini rugi le kalo tak belayar...Jom!

Ready to go!

 Warna airnye sangat menyeramkan

 kata org kat situ, melalui lorong sempit antara pokok-pokok ni....sang ular pernah melompat ke dalam bot! huhhuhu, che din dah cuak tak nak naik, tapi angah nak jugak, nak jugak! tgk siap boleh posing senyum-senyum lagi...:p


sempat singah ke daratan perkampungan oang asli

Ni nak sampai ke jeti semula...


TQ to  Pakcik driver bot. 
Masa nak sampai jeti, pakcik ni telah menunjukkan skill membawa bot seperti kat F1...makaihhh...kecut perut



Walimatul Urus

Assalamualaikum kawan-kawan, abang, kakak dan adik-adik semua.

Jemput datang ke rumah ayah bonda angah pada 17 Disember 2011 (Sabtu) sempena majlis perkahwinan adik perempuan angah, Farhana (Che Na)  seperti alamat di dalam peta di bawah.


Yang sudi nak datang, sila emel angah, supaya angah dapat berikan  no. telefon angah, supaya senang berurusan kalo tersesat jalan....

 adinaduana@hotmail.com 



Senang je nak mai kampung angah, pi saja kat bus station Kuala Kangsar, amik kanan jalan ke Manong. Sebelum sampai pekan Manong anda akan jumpa Kampung Pecah Batu, pandang le sebelah kiri akan ada lorong dengan signboard Jalan Kulop Mat Aris, masuk je lorong tu, selang 4 buah rumah sebelah kiri, rumah yg ke 5 tu la rumah angah. 

Che Na dah pacak signboard nama pengantin kat Lorong tu  
Ana & Dzul

Yeyyyyyy Angah nak cuti seminggu kat kampung

Tuesday, December 13, 2011

Bulan Penuh Pagi Ini...


TQ Che Google

Merenung luar jendela
mendongak sedikit ke langit
oh! ada bulan?
walau jam sudah berdenting 7 pagi

hai bulan
masih terang kunig warnamu
masih elok lingkaran bulatmu
aku senyum
aku ralit
melihat keindahanmu


setengah jam berlalu
aku masih di pinggir jendela
malihat kamu
yang bagai tidak mahu berganjak
kenapa bulan?
aku rasa seperti ada sesuatu
antara kamu dan aku


Bagai melihat sepasang matamu
memandang jauh ke mataku
kau senyum padaku
aku tersipu malu
oh aku bagai dilamun cinta!


Bulan: kamu bahagia?
Aku : tidak!
Bulan : kamu derita?
Aku : tidak juga...
Bulan : jadi kamu apa?, bagaimana?
Aku : tiada apa-apa...begini sahaja


Bulan, aku mahu jadi kamu
upaya memandang seluruh bumi
berteman pula dengan sang langit
awan-gemawan dan bintang-bintang
ah...aku iri hati, tahu?


berkata pada bulan/adinaduana/13.12.2011/7.30am

Thursday, December 08, 2011

Jom Gi Jalan...

Assalamualaikum kawan-kawan, adik-abang-kakak semua..

Hahaha menulis dengan mood ceria ni...

Saja nak kabor, 
esok angah cuti, nak gi jalan ke Tasik Chini, sebab kawan  Che Din kawen di Felda Chini..uiii tak sabor rasa di hati, nak jalan ngan sang kancil  kami, yang kecil lagi comel ini...



Doakan perjalanan kami selamat ya!

Monday, December 05, 2011

Oh Selesema!

Suatu petang:


mula bersin-bersin
hidung mula berair-air
kelopak mata mula panas
batang hidung mula rasa berat dan rasa nak tercicir


air hidung makin lama makin laju
tak sempat nak di seka-seka
habis tisu, tuala dan baju yang dipakai 
jadi alat pengelap


Menjelang malam:


air hidung yang panas dah kurang
tapi kelopak mata makin sakit
sampai ke urat kepala
bila dah tak meleleh
dia membeku pulak
lalu menyumbat rongga hidung
maka lemas lah rasa sebab susah nak bernafas


mengiring ke kiri, dia tumpat sebelah kiri
mengiring ke kanan, dia tumpat sebelah kanan
akhirnya baring menyandar tinggikan kepala
mulut ternganga 
mengharap udara masuk ke rongga dada
perghh...susahnya bila selesema!


Selesema kali ini angah tak pergi ambik uabt di klinik sebab,
Che Din pesan, minum air banyak-banyak
Mama pesan, banyakkan mandi dan basahkan kepala
Dulupun ada cikgu pesan, kalo mandi mulakan dari kaki


Oh! ajaibnya...sangat mujarab
biasanya dengan ubat klinik
ambik masa seminggu baru pulih
dengan mengikut pesanan di atas
selesema angah hanya sehari setengah!


Alhamdulillah...hoyey...hoyeyyyyyy