Thursday, August 07, 2014

Citer Raya 2014

Bismillahhirahmanirrahim.

Assalamualaikum  semua!

Apa kabor? Harap semua sihat-sihat hendaknya…..

Ramai yang sedang berpuasa sunat enam kan? Alhamdulillah…dikurniakan sihat tubuh badan, bolehlah menambah pahala dengan ibadah-ibadah sunat…

Ada sestengah orang kesihatan dah ditarik Allah, ada sesetengah orang usahkan yang sunat, yang wajibpun tak mampu lagi di buat…bahagian masing-masinglah kan…redha je lah dengan takdir hidup yang tertulis..


Hola… apa nak citer ni? Hihihi
Citer raya angah biasa-biasa je, rutin tahunan lebih kurang sama je

Raya Pertama

Perjalanan balik ke kampung di Kuala Kangsar. Macam biasa balik sorang diri dulu, sebab Che Din raya ke tiga baru dapat cuti....well mak dah redho..nak

First time naek keretapi KL-Ipoh,naek kat KL Central… berdebor aih. Selalu naek bas KL-KK  di pagi raya pertama. Rupanya tahun ni bas transnational tak beroperasi pada 1 syawal. Ipoh pulak tu, jenuh adik kena datang menjemput , sebabnya tiket keretapi ke Kuala Kangsar abih licin…

ececehh senyum w/pun hati sedih gak ninggalkan Che Din

Best rupanya naek keretapi, barulah nampak Malaysia ni masih banyak pokok-pokok menghijau di sepanjang perjalanan. Dah tentu tak jammed satu hal, tepat 2 jam setengah perjalanan dah sampai…tak sempat lena pun.

Tak sempat berposing kat stesen keretapi sebab angah sengsorang je, Che Din drop je kat setesen terus dia gi kerja…lagipun  beg tersangat berat dengan kuih raya…sabor je lah

dalam train, selfie sorang diri...

Sampai Ipoh dah 1.30, Che Na dan suami dah sedia menunggu, biasalah kalau KL dah lengang dah tentu di Ipoh dan Bandar-bandar negeri pulak yang jammed, kat pukul tiga baru sampai rumah Mama…

ish kebuloq nya rasa…tak dan salin baju teruih bukak tudung saji..tu dia…ngan lemang, rendang ayam, daging masak itam, sambal bilis….ermm apa lagi angah pulun makan, mula ngan nasik ngan tempoyak, pas tu sambung ngan lemang lauk pauk bagai…tak sampai 2 jam berikutnya….haa baru tau langit tinggi rendah…penyakit ceri beri pun datang….adui…azab betui…

Yeyy dah sampai rumah!

Posing adalah kemestian

Lepas asar, teruih jalan ke rumah yang wajib ziarah…seberang jalan je pun, rumah makteh, adik Mama…angah bantai laksa sepinggan…bertambah azab le perut angah lepas tu.


Iman, Makteh, Kak Yang, Mama and Che Na

Balik dari rumah Makteh, ada tetamu menunggu, Keluarga Opah Chu, opah sedara  side Mama...macam ni la setiap kali datang, dorang akan konvoi 2,3 kereta...

Malamnya kami beraya di kampung Abah, di Mukim Senggang.  Rumah adik perempuan abah, Makcik Sabariah...(tudung biru)


Rumah Opah Chu, satu-satunya opah sedara side abah yang masih ada...

* tamat raya pertama...perut masih memulas...hadoi


Raya Kedua

ok, posing


berlakon...ala-ala bertanya kabor gitu...skrip please!


ni pon berlakon...tanya-tanya kuih raya, balang raya bagai... huhaaa tabiat 3 beradik ni memang begitu...


ni rumah Pah Yang..yang duduk bertudung gelap semua tu opah sedara side Mama

 aduhai...cucu-cucu sape ni...

habih pokok pulasan Pah Yang kena renggah

Dari rumah Pah Yang, pergi ziarah abang sulung Mama,  Ayah Lang


Ni la Ayah Lang, dah agak uzur dah Ayah Lang

 Balik dari rumah Ayah Lang, ada tetamu menunggu dirumah Mama...ehh...ada baby..


ehem... bila la agaknya...


Malamnya...oleh kerana dah naik muak dengan bau rendang, lemang yang ada kat rumah, kitaorang ambik angin kat Arena Kuala Kangsar...tapi tak banyak restoran yang buka...maklum la...peniaga pun nak beraya juga

* nasib baik raya kedua, perut dah beransur sihat...boleh makan macam-macam lagi

Raya Ketiga

Pagi, beraya di Pondok pengajian agama di Kampung Jeliang. Sebenarnya ada ahli keluarga angah yang menjadi penghuni Pondok yang bertemu jodoh di kala usia emas...


Berseri-seri penganitn berbaju putih....Makndak (sepupu Mama)  dan Pakndak baru. Lebih 20 tahun Makndak menjadi ibu tunggal kerana kematian suami, alhamdulillah...bertemu jodoh baru

Petangnya, huhaaa...Che Din dah sampai...tu dia duk terjah makan deroyan dulu aih...

Tak lama lepas Che Din sampai, angah bersiap-siap nak balik ke kampung Che Din di Felda Ijok, Selama

Punya la Jammed, tengah malam baru sampai...

Raya Keempat

Beraya di Sungkai, rumah adik  mak mertua

Sebahagian keluarga Che Din

Sukanya dia...ni Che Din ngan sepupu dia...aduhai macam kembar sebab dua-dua kurang rambut!

Ni Ahsraf, cucu terbongsu Che Din, setakat ini...

Raya Kelima

Duk menziarah keluarga di seluruh Selama, sampai ke Maghrib


Raya Keenam

Yeyyyyy...balik semula ke Manong, kampungku tercinta...kebetulan hari ini semua adik-beradik akan berkumpul, setelah beraya di rumah mertua masing-masing...

Plan cantik...buat BBQ selepas maghrib. Lepas asar dah start membakor-bakor...



e'eh....sempat pulak sambor deroyan yang baru luruh



Aqil and Shayang...yang paling kecik setakat ini...dalam keluarga angah

Gang kain pelikat, keepanasan...maklum le panas main api...



Bestnya....

Raya Ketujuh

Humangaih...memang beraya benor angah ni...Hari ni nak ke Ipoh 


Gi rumah Lope
Gang lelaki. Lope and the Ipar duai

eh kompom le yang perempuan pun ada 

Pernah pergi Gunung Lang? hihihi...angah pestime pergi walaupun selalu datang Ipoh...cantik tempat ni









aummcak!

alololo....ada shooting MV hindustan pulak ni!


Moh le balik kome oi...dah penat ni....

Puas beraya...best sangat beraya sesama keluarga kan kan kan...

Ok, Jumpa lagi

Wassalam



Monday, July 14, 2014

Air Mata Gaza




Menatap gambaranmu

mengundang air mata
membaca kisahmu
menjemput resah pilu



Gaza

Siapa kamu?
mengapa hanya derita
parah dan berdarah
mengapa hanya sengsara
pedih dan terhiris!



Adinduana/airmatagaza/14Julai2014

Saturday, June 28, 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan

Alhamdulillah
Selamat Datang Ya Ramadan
Adik beradik, Saudara mara, Guru-guru, Sahabat handai dan Kenalan semua:

Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Semoga diberi kesihatan yang baik, kekuatan dan keteguhan iman

Selamat Menikmat Kegembiraan dibulan yang penuh kerahmatan ini.

Ramadan, Ramadan Ya Ramadan
Menitis air mata insan bergelar hambaMu tatkala kemurahanMu memberi rezeki yang tidak terperi yang bernama Ramadan untuk kali ini…

Kau iringlah kami semua dengan rasa ketaqwaan yang jitu dan kesihatan rohani dan jasmani agar kami berbahagia menjalankan ibadah di bulan mulia ini.


Love...Wassalam

Monday, June 23, 2014

Tak Payah Lah Menambah Dosa!


Fuhhhh…panas sekarang ni, dengan cuacanya dengan hal di media sosialnya… bertambah panas, sampai naik pening kepala.

Sehari dua ni paling havoc kisah remaja OKU Muhammad Firdaus Dullah dan ibunya yang digelar Lola…wahhh semua orang nak jadi pengadil nampaknya.

Status di FB, Twitter  tak kurang juga rakan blogger….semuanya nak menulis hal si Lola ni. Kasihan kau Lola…sebab yang ditulis mereka itu 100 peratus adalah bahasa caci maki dan kata-kata nista…kasihan…tapi angah lebih kasihan kepada yang menulis caci maki itu, kerana tanpa sedar mereka telah menjadi pendosa dengan sengaja.

Mungkin ada yang marah dengan angah, kerana kelihatan angah ini seperti menyebelahi perbuatan Lola…tidak…

Angah tak katapun perbuatan Lola  yang meringan dan mengabaikan Firdaus itu sesuatu yang tidak kejam... tapi…siapalah kita…

Kita pernah ambil tahu ke kisah dia? Kita kenal kah dia? Kita pernah bantu dia ke? Kita pernah beri makan kat dia ke? Pernah???

Angah tak nak komen pun pasal  perbuatan si Lola. Biarlah pihak berkuasa yang mengadili dia di dunia ini dan Allah yang mengadili dia di Sana nanti. Kita siapa? Pahala sendiri pun tak banyak, suka-suka pula menambah dosa…

Sedih membaca tulisan-tulisan yang menyamakan Lola seperti binatang, orang gila, tak kurang yang mengata dia seperti setan….Allahuakbar…

Paling klise ada yang menulis …’binatangpun sayangkan anak…’..eh eh…klise sangat lah…korang sedar tak binatang tu tak perlukan RM untuk bagi anak dia makan…kemonla….uollls

Ermm…oklah, Kalo ada yang marah dengan tulisan angah ni, angah mohon maaf ye…


Akhir kata Majukan pahala Kurangkan dosa!  Sekian.

Thursday, June 19, 2014

Potluck Ramadan 1435H

Assalamualaikum kawan-kawan, apa kabor? harap sihat-sihat hendaknya

Ini cerita semalam.

Dah menjadi tradisi kat opis angah ni, kalo nak menjelma Ramadan je mesti kitaorang buat majlis kecil-kecil secara potluck...

Yang bagusnya semua se'ia sekata, sebut je nak buat potluck semua teruja nak masak macam-macam...alhamdulillah....semoga semuanya bertambah  murah rezeki

Bab-bab makan ni semuanya sangat BEKERJASAMA...yeyyy

Kali ni angah malas masak, jadi angah share dengan beberapa kawan order spaghetti bolognese

meh layan gambor yek.



 aha...Kak Amu Karpaham ni pun sambut puasa jugak..



 eheh...jemput makan.....

 ok posing....

 posing lagi...


 amboi....bermanja pulak che leman ni...



ok lah jumpa lagi ye...

Saturday, May 31, 2014

Menumpang Kasih

Apa salahnya jika ada yang sudi menumpangkan kasih
Bersyukur rasanya
Dapat la juga bermesra-mesra

Ini kejadian ketika balik kampung minggu lepas...



Comel-comel ni semua anak abang angah ang sulung, yang kami panggil Lope

Abang Ngah, Kak Chik dan yang kenit tu di panggil Sayang oleh keluarga

Lope ada 4 orang anak, yang sulung Kak Ira tak dapat bersama kerana bersekolah asrama

Sekali-sekala outing dengan anak-anak buah…best sangat rasanya
Che Din pun suka melayan, seronoklah bebudak ni


Si Kak Chik ni paling suka kat Pak Ngahnya…ngam betul dorang ni, boleh jadi kawan baik

Kak Chik ni lahir selepas 10 bulan kami kahwin, kalau waktu kahwin dulu angah bunting pelamin, dah tentu anak sulung angah sebaya dengan Kak Chik ni..(hahaha…kalau…)



Sekian, kisah orang belum ada anak….jumpa lagi.

Wednesday, May 28, 2014

1928 ~ 2014




86 - Usia yang dipinjamkan Allah kepada Almarhum Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah

Al-Fatihah

Takziah untuk seluruh rakyat Negeri Perak

Semoga Almarhum aman di sana dan ditempatkan di kalangan hamba Allah yang dikasihiNya 

Tuesday, May 20, 2014

Kawan Macam-Macam Kawan....

Berkawan ni kadang-kadang best tapi kadang-kadang jadi tak best!

Dalam dunia pekerjaan ni walaupun sibuk denga kerja, sometimes kita nak jugak borak-borak, sembang-sembang dengan orang kiri kanan kita kan. Bukan lah sampai mengabaikan kerja, cuma sekadar release-release tension ke release  keboringan ke...

Dulu-dulu, dalam tahun 2007 hingga ke tahun 2010, Angah rasa happy sangat datang kerja. Tak kira kerja bertambun ke, terutama bila Fakulti buat event, tak kira kena marah ke kena maki ngan pegawai ke, Angah boleh kerja dengan tenang dan rasa best...SEBAB Angah ada rakan sekerja yang sangat best.  Kami ada gang sekepala yang boleh bekerja secara bersama, bergurau senda, outing weekend sama-sama...memang best lah masa tu! 

Kadang-kadang yang jadi AJK sesuatu event tu hanyalah salah seorang daripada kami, tapi yang bagusnya, kawan-kawan baik ni sukarela bantu walaupun nama tak tercatat dalam buku program...owhhh what a wonderful...feeeling.

Tapi semuanya telah menjadi kenangan...Angah tak akan lupa BFF yang bernama ILA, IDA Dan CT... semua dah keluar dari UM dan bekerja di tempat lain....

Sekarang ni, bukanlah bermakna Angah  tak boleh berkawan dengan orang lain, boleh...cuma..tak boleh nak ngam selalu...sebab ramai sangat yang PLASTIK. 

Yang bermuka-muka satu hal, depan manis, belakang...?  tapi angah tak kisah sangat perangai macam ni, lantak le dia nak gali dosa sendiri

Yang tak tahan jenis kawan yang suka memandai-mandai...kerja kita bukan main pandai dia nak mengomen macam-macam, nak menentukan macam-macam..eh kerja aku bior le aku yang buat...nko buat kerje nko  boleh?...TAK SUKA TAU....


OK, sekian...sesi membebel...



Rindu kamooo semua...

Tuesday, May 06, 2014

Riang Ria Colmar Tropicale

Eceh ceh..riang la sangat....

Kengkawang pernah sampai ke sini tak?



Angah pernah pergi sekali sebelum ni, tapi tak menginap, pergi pagi balik petang... mahal uols...hotel 4 bintang katanya...

Tapi weekend baru-baru ni, merasa la menginap barang semalam di sini, sebab Fakulti sponsor...

Fakulti angah menganjurkan Kursus Kepimpinan 2 hari 1 malam di sini...siap boleh bawak family sekali...dapat la Che Din ikut angah...tq fakulti...

Rate hotel kat sini antara 450.00 hingga 1000+++ semalam....

Staf pelaksana macam angah ni dapat le bilik yang paling murah...jadi le...

meh tengok gambor je la eh...



 pemandangan luar hotel adalah hutan yang menghijau....

 Selit jugak acara untuk kekanak

 untuk mak pak budak pun ada, tapi angah tak joint...sebok ngambik gambor je...

Ber BBQ ketika Dinner....

ni port paling cantik untuk bergambor....

 shuttle bus untuk mengelilingi kawasan colmar yang agak luas ni

ni pendakian untuk ke Taman Jepun, tampat faveret pengunjung...

dapat lah 2 hari kerkursus untuk menampung KPI tahun ini...
 nak chekout dah...

last but not least...angah N che din...:D

Thursday, April 24, 2014

Manisan Dari Tanah Suci Makkah


Assalamualaikum kawan-kawan....

Puan Zu, Pegawai angah baru pulang dari mengerjakan umrah. Terharu, kerana beliau tak terlupa mendoakan angah ketika dia di sana, tq Puan Zu...semoga doa Puan dimakbulkan oleh Allah swt

Ni ole-ole dari Tanah Suci, sedap sekali. Bagi yang dah pernah ke sana dah tentu kenal manisan-manisan ni kan....




Sape rindu kat angah angkat tangan....
Terimalah senyuman untuk kalian...senyum sambil kemam kismis..kikikiki...

Wassalam

Saturday, April 12, 2014

Apa Khabar Hujan?

Apa khabar hujan?
setelah sekian lama tidak bersua 
aku gembira
kita bisa bertemu lagi
bersatu dalam syukur dan tawa ria

Apa khabar hujan?
harap berita gembira yang kau bawa
setelah puas aku berduka
kering kontang di dalam dada
nyahkan segala hiba

Apa khabar hujan?
tempiasilah hati yang rindu ini
dengan titis-titis mendingin jiwa
sejuk dan basahmu membugar raga
bersama kita merentas nestapa

Apa khabar hujan?
tak puas-puas aku bertanya
kerana lamanya tidak bersua
kerana lamanya rindu ini berkelana

                             .............adinaduana/bersuahujan/12042014.......

Tuesday, March 25, 2014

Tragedi MH370


Al-Fatihah

Semoga Tenang Di SANA

Walaupun Kamu Belum Dijumpa...


Thursday, March 20, 2014

Mencatu Air

So kena la menyimpan air...

Habis semua bekas, botol yang mana ada kena isi air. Itu pun kekadang tak cukup. Walaupun dijanji 2 hari ada air 2 hari tak ada air, tapi disebabkann rumah angah ni di tingkat 15, makanya air lambant naik. Rumah yang bawah-bawah dalam pukul 6 petang air dah ada, rumah angah tengah malam baru ada air...stressss mak nak...



Bukan tak nak beli bekas air yang besar, tapi ruang dapur ngan bilik air angah ni ciput sangat, kalo letak bekas besar susah pulak nak lau lalang...bertambah stressss la ..mak nak..

**sekian**

Thursday, March 13, 2014

Hari Yang Gelap



Gambar dari kamera handphone pada jam 8.00 malam tadi


Gambar dari kamera handphone pada jam 8.13 pagi tadi

Lokasi: Tingkat 15, Pangsapuri Permai, Pantai Dalam, KL


Hari yang gelap
Dah tak terang-terang
Makin hari makin gelap
Entah bila terang.

Macam serentak pula semua dugaan ni
Dengan panasnya
Dengan tak ada airnya
Dengan jerebunya
Dengan dengginya
Dengan pesawat hilangnya

Allah….
Kembalilkanlah kesejahteraan
Kembalikanlah keceriaan
Kembalikanlah kegembiraan
Pada hati-hati yang rawan


Wednesday, February 26, 2014

Pemilik Hati Insan



Damaikanlah
hati yang terkadang lebih geloranya
jiwa yang terkadang lebih murungnya
batin yang terkadang lebih luluhnya
jasad yang terkadang lebih ketidakupayaannya

Wahai Pemilik Hati
asuhlah
agar hati sentiasa segar bugar
jiwa pula subur mengingatiMu
batin yang utuh mengasihiMu
jasad yang kekar menjalan perintahMu

Wahai pendamai jiwa raga….
Wahai…


.........adinaduana/pemilikhatiinsan/26022014/4.36pm