Tuesday, April 20, 2010

LAWATAN SAMBIL MAKAN-MAKAN!

Tenkiu Cik Vicky, sebab jemput kami pi rumah...Jumaaat ari tu..




setengah juta beb rumah ni...hohoho..

teringin nye nak memiliki rumah tersergam macam ni...kot dapat pon waktu tu dah krepot la kot ekekeekeke...mai kita tengok aksi-aksi terlampau staf-staf cik vicky ni...





huhuh kami dah lenjan katil cik vicky..jgn mare..







ish ish..macam nak terkehel tengkuk cik moor





haaa wat pe tu..dah kenyang..ekk 1,2,3,4 buat ketupat?



posing jgn tak posing..



sesi menemuramah suami cik vicky...



dei...bila nak berenti makan nih?



ape lagi jom balik, lambat nanti Dekan marah!

Friday, April 09, 2010

dAH DAPAT pANGKAT dATUK..

hehehehe...jangan suspen ekk, ni bukan 'datuk' yang kerajaan bagi tapi anak sedara sulung che din yang kasi...Ceh Din dah jadi Tok Su. Balik kampung minggu lepas berkesempatan la jumpa cucu pertama che din Mohd Adam Syahputera...
Tengok le gambo-gambo ni, ohh ye.. hat yang baju kuning tu hangpa buat tutup-tutup mata je ekkk... buat-buat tak nampak je...heheheehe.. spare tayar merata
nampak benor kekoknye che din pegang baby, maklum le anak tak de, tup tup dapat cucu...kaedahhhnye..

Friday, April 02, 2010

Cottons Kembali Daaaa....Seingat angah last menempah baju kurung kain cotton ni masa sekolah tingkatan empat dulu. Bagusnye kain cotton ni dia tahan lasak, 3-4 tahun jugak angah pakai sebelum wariskan kat adik-adik, pas tu waris plak kat budak-budak kampung, berbaloi-baloi wa cakap lu. Tak sangka pulak dalam hujung tahun lepas ada beberapa staf kat opis ni pakai, nampak cantik sekali. So last week angah gi le gedung-gedung kain kat Jalan Tg Abd Rahman (Jalan TAR). Makkk aihhh punya la sepanjang lorong arked tu penuh ngan kain cotton je..orang yang jual pun berlumba-lumba melelong, melaung-laung pelanggan..dasat betoi..


cantik tak...huhuhuhu che din geleng kepala bila angah rambang mata, so 2 pasang ni yang angah sambar, petang nanti nak antar ke rumah tailor

Monday, March 29, 2010


AUMMM CAKKKK!
Budak budak opis angah la ni tengah giler ngan lagu ni, sepanjang ari asik dengor je, pi la part kat opis ni, semua dok putar lagu ni. angah mula mula tu idak le minat sangat, dah ari-ari dengor terminat le pulak...jom eksesais!



oh ye.. my Casey still in the competition...aja ja fighting!

Tuesday, March 23, 2010

BZZZZZZZZZZZZ
bz bz bz sakit pale...

Thursday, March 18, 2010


Haloooo tak de ape nak citer,
Saje nak kongsi keterujaan aye buat masa ni ...CASEY JAMES, Vote For Him!

Tuesday, March 09, 2010

SABTU 06032010
Hahahaha jangan jeles, bulan Mac ni che din asik dapat off day ari sabtu...so...tak reti-reti nak rewang...tengokle gambor ek.


sampai sini dah jam 2 petang, kitaorang tak nginap pon, datang nak mandi je..

posing dulu..
posing gakk

kemudahan surau


ikan-ikan koi yang jinak menghiasi cafetarea, tapi sian ikan ni dah tak de sisik, kolam ni pun hangat gamaknya


berasap seh ayo terojon ni


sangat luas ye kolam ayo hangat ni, environment sungguh menenangkan!

kaki jiran sebelah! ekekeekeke..


berkerut dahi nahan panas


ice cream satu! nak gerak ke sebelah tampat kolam ayo sejuk plak


dulu ayo terojon ni pakai replika sotong, udah tuko, agaknye ada orang kena sepit ngan sotong


besh ooo


posing la lagi

rasa ayo peti ais... sejukkknyee


sape yang nak menenangkna pikiran mai la datang Sungkai ni, tak jauh mana, dalam sejam setengah je dari KL,


masa balik ari pon ujan..mula la eksiden merata-rata....


haaa lori bawak jering terbalik, semerbak baunya...kesian jering...

heheheehee...lapo ye...jemput makan sate kajang tapi di sg buluh....

Tuesday, March 02, 2010


Budak
(Buat Arwah Syafia Humairah Sahari)

Hai budak
Apalah malang nasibmu
Ada bapa seperti tiada
Ada ibu tidak menjaga
Kepada teman dititip bela
Tapi sakit yang kau dapat jua

Hai budak
Apalah erti hidupmu
Ada saudara bagai tiada
Ada tetangga tak mengambil cakna
Bagai dirimu tidak bermakna
Baiklah mati dari merana

Hai budak
Sudah tersurat segala cerita
Yang terjadi bukan engkau yang pinta
Damailah engkau di alam sana
Kekal sebagai hiasan di syurga
Al-fatihah

Sunday, February 28, 2010

Lain yang dirancang lain yang jadi

Dek kerana cuaca panas la ni kan, angah dan che din decide nak mandi manda di Sg. Congkak, sebabnya masa gi tahun lepas tempat ni memang besh, so lam kul 10.20 kita orang gerakla, berdua je, gang che din semua ada hal.


Lupa la pulak semalam ujan lebat, jadinya ayo sungai tu tak berapa santikkk, keruh tak lalu nak mandi. Alang-alang dah datang, duduk la kejap, che din pun makan bekalan spegeti yang dibawak, lepas tu kami pun cau cin cau dengan hati yang tak berbunga wangi...

Disebabkan hari masih awai, Alternatifnya kami pun pergila kat sini


huhuhuhu nak gelak sat, sebab dah hampir 13 tahun menjadi warga KL, ini pes time angah datang ke zoo negara. Best Gak Le...


Rasa nak tumpang je badak ni berendam, panas terik kat sini


kawan baik che din, selagi tak jumpa kandang ni che din tak mo balik!


hehehehe sesuai!


duduk sat, kaki lenguh dah sejam jalan


cuak gak, takut kene sentap ngan belalai gajah


wangi giler kambing ni


kannn dah kata.. che din memang suka sepesis ni

Saturday, February 20, 2010

IKAN BAKAR DAN... 'TERBAKAR'

Ahlanwasahlan...
rehat panjang semalam pi jalan-jalan
cari makan
semua hepy sakan
last-last tersadai di tengah jalan
panas rasa nak pengsan
kaki juga ada jalan, pelan-pelan...

ekekekekeek pantun kah ini atau gurindam kah ini...belasah je la asalkan boleh mengambarkan episod tengahari semalam adanya..

Alkisahnya aye n da gang berkobar-kobar nak makan ikan bakor belakang istana, waahhh kat situ je yang kamik mahu ye, ikan bakor tampat lain tak main nyahh..
oleh kerana sekor pun tak tahu jalan, maka kami pun mendapatkan khidmat Incik Nizam utk menceritakan landmark nak ke situ (bukan main semangat lagi incik nizam bercerita!). oh.. ok ok ok semua paham nampaknya, apa lagi serbu 'sport car' cik yah, makkaihh rasa masuk lam kawah bubur lambuk plak, hangat bebenor, almaklumle parking sastera ni tak ada berbumbung...suhu pulak la n i lebih 36 darjah... tak pe tak pe ikan bakor belakang istana nyer pasal..Kecoh tul!


Takat sampai kat susur istana negara depan muzium tu semua relek lagi...pas tu ada dua simpang...huhuhuhu bermulalah 'Drama', pakat amik yang kanan, jalan punya jalan..laaaa masuk pusat bandar plak, tak pe tak pe...patah balik ke muzium, haaa hat ni kompom amik jalan kiri...semua rasa lega...pas tu jumpa dua simpang lagi, amik kiri plak oppss kanan la... dah salah...nak berenti ngundur sket tak boleh sebab ada kereta folow rapat..makan angin lagi....(campor naik angin hehehe) pakat riuh dah..lam keta...tak pe tak pe patah balik...cari muzium. kalo depan muzium tu ada kemera, musti dia dah merakam kan 'sport car' cik yah dengan rasa curiganya sebab dah tiga kali lalu dalam masa setengah jam! huhhuhu...ulang balik jalan yang sama, 1st simpang betoi, 2nd simpang pun betoi, ingat dah nak sampei dah, tapi lain macam je, sampai puspanita rupanya, bayang jalan belammy tarak restoran tupai-tupai pun tak nampak, yang ada restoran kancil je.. hiii tak ndak le makan kancil, nak ikan bakor...so amik keputusan tanya kat orang yang ada kat situ, marziah dgn vogue nya telah bertanya arah, ati rasa tak berapa yakin, boleh caya ke si marziah ni... reda je la, itu budak india cakap, patah balik amik kiri pas tu amik kanan, pas tu...tak tahu redah je. sib baikkkk betoi, baru lah nampak si tupai-tupai...yakin benor dah rasanya ni, dah nak sampai dah ni..perrghhh ada dua simpang lagi, try le ke kanan cik yah ooii, tu dia duk pusing balik kat tupai-tupai mwahhh..mwahwahwah, lepaih ni kalo tak betoi jalan lagi nampaknya memang rezeki tokei tupai-tupai le, pusing balik amik simpang lagi satu...Alhamdulilahhhhhhhh sampai jugak akhirnya...dengan ketik ak yang dah lenjunnnn. Gitu le citernya nak cari ikan bakor belakang istana...perghh ramainya manushiaa sib baik dapat meja dan makan lah kami dengan lahapnye...huhuhhuhu ida yang paling lapor nampaknya, ingatkan pinggan dia tirih ekekeekek, wawa slow n stedy sebab pakai corset biutifull..aduhh nak melawa jek kejenye. Tocei cik marziah yang telah mengeluarkan belanja utk lunch ni, semoga murah rejeki dan banje kami lagi...apale sangatttt Jutawan skor A katakan... (huhuhuhu tolong promosi ni!).


antara yang dibedal oleh kami

20 menet kemudian...huhuhuhu tingge tulang..

Dah dah jom balik! jalan nak balik senang bebenor rupanya...sekejap je dah sampai UM. Ahaaa 'sport car' cik yah perlukan minuman nampaknya, jom teman cik yah isi minyak dulu, waktu pun awai lagi ni, p la kat seksyen 16, belakang UM je. marziah nak ngelat suruh drop dia kat opis dulu, hishhh tak dapat cekkkk oiii moh ikut sama...kwang kwang kwang....tang sini la drama tengahari tu bertambah dramatikkkkk, 'sport car' cik yah berbunyi pelik masa naik bukit 9 college, kami pakat tuduh ida berat sangat ni...sampai kat pondok guard berenti cek tayar, semua ok...memang kompom sebab ida berat ni! masuk balik lam keta, duhhh tak mau start plak...tak leh ke depan, ngundur je boleh apaaala 'sport car' cik yah ni, mendera perasaan betoi lah. Tersadai la kami dibahu jalan, ditengah panas terik, dengan perut kenyang lagi hhuhuhu cayor mekup dema. Pak cik guard tu kata, bio keta tu rehat dulu, bagi sejuk enjin, pegi le balik sastera jalan kaki, dekat je...katanya..huhuhhuh kelat muka wawa ngan marziah sebab dema pakai kasut tinggi dan runcing ermmm alahai...


laju tu..cik yah mentang-mentang kasut flat

hihihi yang vogue bertumit tinggi

Moral of the story...cik yahhhhh tuko le keta baru....eh silap silap...moral of the story...jangan 'ingka' sangat di tengahari....wa cakap lu...