Thursday, February 15, 2018

Berkabus Di Genting Highland

Tanggal 1.2.2018

Selain pulang ke kampung, inilah perjalanan agak jauh Angah secara solo. Genting Highland aku datang...!

Saja nak merasa...kebetulan cuti Hari Wilayah tak ada apa nak buat, Che Din pelawa Angah naik genting melawat tempat kerja dia.


Bas perantaraan KL-Genting  di KL Central, beli tiketpun dekat port bas tu jugak.

Nebes nik bas sengsorang, tapi kuatkan hati...

MakNgah ni kalau nebes mesti kena makan something...supaya boleh larikan sikit rasa tu..hihi

dalam masa 45 minitt, sampai di SKY Arena, rupanya stesen untuk membeli dan meniki Gondola adalah bangunan bersebelahan denan Genting Premium Outlet. (GPO)



Nampak Gondola ni, dah terbayang saat brada di atas kayangan



Nebes berulang-ulang..

Hari hujan pulak tu..

Part paling inggi

Alhamdulillah...selamat mendarat


Cakk..dah nampak Che Din tengah buat kerja..


kami menginap di First World Hotel...hari biasa harg bilik sangalah murah, tetapi jika cuti...3,4 ratus jugak sebilik ni



jaga-jaga ulaq sawa ataih kepala...huhaa..soft toy je tu..elok melengkor 

Nyaman...




******

Walaupun gayat naik Gondola tu...tapi macam nak naik lagi...JOM!

Saturday, February 03, 2018

Erti Berdikari

Alahai..MakNgah sejak hari pertama tinggal seorang diri...isu sampah di dapurpun jadi kalut. Nampak sangat tidak berdikari!

Tambah lagi satu penyakit, penyakit nerves; semua benda nak buat, di dahului dengan rasa nerves. Nak tido nerves, hari pertama dan kedua langsung tak boleh tido, lampu terpasang, sendal pintu dengan benda berat, buka radio supaya tak dengar bunyi krok krik kat luar rumah...adeh..sampai rasa sakit kepala.

Pergi kerja awal pagi, hari masih gelap, tunngu bas...semua ditemani rasa nerves . Balik kerja nak bukak pintu rumah pun nerves...adehh...tak boleh jadi ni..bahaya untuk kesihatan jantung!

Angah ambil masa bertenang dan cuba berfikiran positif. Angah pahatkan diminda dan hati bahawa ini 'hint' dari Allah supaya Angah patut lebih bergantung pada yang Esa berbanding suami.

Alhamdulillah, Angah lebih ok sekarang...walau masih ada sikit sisa-sisa  rasa nerves di sana sini...

Insyaallah, masa akan merawat segala kekekokan ini menjadi 'alah bisa tegal biasa'

Jumpa lagi!

Wednesday, January 24, 2018

Gundahnya..hati bila perlu berpisah sementara...

Teruknya perasaan seorang Angah bila, Che Din menyuarakan bahawa beliau perlu 'outstation' selama sebulan di Genting Highland.

Pada Disember 2017, Che Din memberi 'hint' kemungkinan akan dihantar ke Genting kerana menguruskan persediaan pembukaan cawangan baharu outlet F&B nya.

Allah..punyalah Angah berdoa supaya hal itu itu tidak menjadi kenyataan. Angah tak mampu nak fikir macam mana keadaan Angah kalau Che Din tiada di sisi. (please..jangan muntah) Almaklumlah, selalunya berpisah 2,3 hari kerana Angah yang selalu pulang ke kampung sendirian. Tiba-tiba Che Din pulak yang nak tinggalkan Angah,  sebulan pulak tu! 

Mula la mari dalam fikiran, Che Din ni saja offer diri nak kerja kat awangan sana tu, tak fikir ada isteri ke? tak fikir ke tiba-tiba Angah sakit tengah malam ke? ishh...macam-macam lah fikir!

Dalam pada berdoa supaya ia tak jadi nyata, akhirnya minggu kedua Januari lalu, Che Din mengesahkan dia yang terpilih untuk naik ke Genting bersama 2 orang lagi Pengurus bahagian KL...huarghhh...doa tak makbul nampaknya.

Ya Allah..merajuknya rasa di hati, Che Din memang tak sayang kita tau!

Che Din kata, alah Genting je...berulang alik pun boleh...kalau larat...haaa...perkataan larat tu memang tau dah takkan laratnya kalau dah tengah malam nak drive  selepas kerja berdiri berjam-jam tu. Memang tak la!

Haishh...redo tak redo...terpaksa rela meredokan jugak.

16 Januari 2018 berangkat lah Che Din, ke Genting. Daripada rasa marah dan merajuk, tiba-tiba rasa kasihan pulak. Dengan tak pandai masaknya, dengan badan keciknya yang tak tahan sejuk tu, dengan harga makan luar yang mahal tu...ish..ish..semua melintas kat fikiran. Setakat hari ini, Genting tak pernah sunyi dari hujan,,,bertambah sejuklah, harap dia bertahan dan terhindar dari demam. Kalo demam lagi lah susah hati MakNgah ni...



Ok lah nanti sambung! 


Wednesday, January 17, 2018

Sibuk....kunun la...

Assalamualaikum...rindu pada semua kawan-kawan Maya...tapi Angah ni biasalah, bekerja di Fakulti Akademik tetapi mengurskan hal-hal sumber manusia...awal tahun sangat sibuk merancang itu dan ini...tapi jujurnya Angah rindu pada kawan-kawan semua.

Angah doakan kawan-kawan semua dapat  menempuhi tahun baru 2018 dan hari-hari seterusnya dengan gemilang dan beroleh kerahmatan dari Ilahi.

Semalam, seluruh Malaysia mungkin juga dunia dikejutkan dengan insiden remaja menemui ajal kerana 'kerusi terbang' allah...tersantak betul akal dan fikiran dibuatnya.

Memanglah sudah ajal dia, tapi cara dia menemui ajal itu yang patut diberi perhatian dan tindakan susulan yang terbaik demi tidak berulangnya cerita tragis yang sama.

Angah juga penghuni rumah flat, rumah di tingkat paling atas...macam-macam drama dan adegan boleh dilihat. Semuanya menjurus kepada masalah sosial yang makin kronik.

Contoh: anda bekejar-kejar pergi kerja, ketika masuk lif, lantai lif berterabur dengan air kencing!!....tak ke mereng jadinya penghuni yang paling atas ni, terpaksa menapak turun tangga, sampai ke bawah, lutut pun longgar. 

Berbalik pada isu baling barang buangan dari tingkat atas, flat Angah ni belum la lagi ada kejadian kematian, tetapi setakat bumbung kereta dipenuhi sisa makanan, sisa pempers dan sebagainya ...seperti pemandangan biasa...macam tiada otak saja orang yang berbuat demikian ni kan?

Kadang-kadang mulut ni terbabas mendoakan yang buruk terhadap orang yang tak berotak tu..nak buat macam mana? geram...Semoga Allah memelihara dan mengampuni kita semua...

Wassalam






Monday, January 01, 2018

MENGENANG KEMANISAN


1.1.2003 ~ 1.1.2018

Hari ini

Ulangtahun perkahwinan kami yang ke 15 




Terasa pantasnya masa berlari
15 tahun yang telah berlalu pergi
Meninggalkan kesan pada hati dan diri

Tidak pernah tersadung dek untung dan rugi
Kerana kuat berpaut pada sang takdir dari Ilahi
Telah berdamai dengan cerita hidup kami yang sebegini

Doakan kami!

Thursday, December 28, 2017

Apa Ada Pada 2017 ...ANGAH

Untuk seorang yang bernama Angah ini, 2017 hadir saat dia diuji sakit. Lagi

Sakit yang berulang-ulang. Sakit yang menyeretnya ke ruang yang muram.


Ya, 2017 agak murah bagi Angah;

Sakit yang belum ada penghujungnya

Cuti tahunan yang habis untuk follow-up checkup 

Masa yang terasa suntuk berubat alternatif itu ini 

Wang juga mengalir bagai air

Badan gemuk kerana ubat-ubatan yang tak putus di makan

Bersabit pula dengan kerja di pejabat yang semakin tidak  menyeronokkan

Suasana sosial yang makin memenatkan

....pada kahirnya Angah terfikir bahawa Angah ini sudah memasuki fasa berusia TUA

Hilang keterujaan!

Jadi?

Jadi...nak mohon jasa baik kaawan-kawan sekalian untuk memberi pandangan...supaya 2018 yang bakal datang ini Angah kembali sebagai Sang Ceria!


Wassalam


Monday, December 11, 2017

Kehadiran Orang Baru

     Rupanya Angah tetinggal untuk menceritakan tentang kehadiran orang baru dalam keluarga Angah....huhaaa dalam keluarga..bukan dalam hidup Angah personally (tak muncul-muncul...dah tua dah pun ni hihihi...)

     Tanggal 7 Ogos 2017, Adik Eja, selamat melahirkan bayi lelaki, anak keduanya selepas Khayla Aishah berusia setahun  tujuh bulan...ekspres..ye adik!

     Khalil Aisy diberi nama, pertama kali Angah bertemunya usia Khalil sudah 27 hari. Sizenya kecil macam kakaknya dulu..2.6kg lebih kurang

Khalil 27 hari

Bertambah seoarang lagi anak buah MakNgah...


~*****~*****~

Cuti Deepavali Khalil dah jalan-jalan ke Melaka dah...



~*****~****~

Baru-baru ini, tanggal 2 Disember 2017, Keluarga Angah telah mengadakan Majlis Berendoi untuk Khalil Aisy



MakNgah doakan Khalil Aisy menjadi anak yang soleh dan bermanfaat kepada seluruh masyarakat terutama kepada agama...





Thursday, December 07, 2017

Terlontar Jauh..

Dalam keluarga Angah, Angah saja yang bekerja dan tinggal di luar Perak. 4 orang adik-beradik Angah yang lain semua tinggal / bekerja di Perak, rumah mereka pun berdekatan antara satu sama lain di Ipoh sana nun, kecuali CikNa jauh sikit Ke Manjung...tapi still dekat..

Mereka sangat mudah berjumpa mesra...

Angah memerhati gabar wast-up je..

i'm so jealous...



Gambar mereka meraikan birtday Mama dan Lope November lalu...


...jauh di mata dekat di hati...muahhss

Thursday, November 09, 2017

Tugas Setahun Sekali

Majlis Konvokesyen UM 2017  telahpun selesai berlangsung pada 21 - 24 Oktober lalu. Seperti biasa Angah mahu terlibat sama secara sukarela. Selain gembira bertemu kawan-kawan ia juga sebagai sumbang bakti kepada UM tercinta.

Macam biasa juga...Angah masih mahu  menitipkan saat manis itu di blog tersayang ini. 


OPPO Angah yang sudah retak seribu, nak berselfie pun cahaya menerobos mengganggu gambaran objek..ahhh...mintak baru!

Faculty-mate


                                           Medan untuk berjumpa mantan rakan sepejabat 




Keistimawaan Majlis Konvokesyen tahun ini adalah terdapatnya Majlis Pelancaran Teks Ucapan Canselor. Yang mana seluruh ucapan Almarhum Sultan Azlan sepanjang menjadi Canselor UM di bukukan

Semoga Allah mangasihi mantan sultan saya ini dan menempatkan almarhum di kalangan hamba yang soleh.

Mahal...bersama Datuk Prof. Awang Bulgiba, Acting Vice Cansellor. Perkhidamtan beliau sudah tamat semalam dan UM telah mendapat Vice Chancellor baru...

Sepersukarelawan...


Panjang umur tahun depan kita bertugas lagi...
~******~

gambar kenangan yang diambil dua hari lalu, sempena majlis penghargaan buat Petugas Konvokesyen...


Wassalam.

Monday, October 30, 2017

Cuti Deepavali 2017

Throwback...kisah cuti Deepavali 2 minggu lalu.

Angah teruja bila adik-adik perempuan segeluarga nak bawa mama dan abah datang KL . Dua tiga hari sebelum, Angah dah mula mengemas rumah, membuang segala habuk dan sawang. Maklum lah Angah tinggal berdua, jarang masuk ke bilik tetamu. Letih jugaklah mengemas itu ini...

Mama dan Abah teringin nak ke Melaka, jadinya selepas bermalam semalaman di rumah Angah pada Isnin, esoknya pagi-pagi dah gerak ke Melaka. Alhamdulillah tak jammed.

                                                          
                                hihihi..gayat naik lif, maaf la...rumah MakNgah ni jenis tinggi melangit...


                                     
Yey! Kela-Zara dah redy nak mandi kolam...


Kami menginap betul-betul dekat dengan town. Nama apartment tu Jetty Suite Apartment. Ada 3 bilik, ruang tamu dan dapur yang luas. Selesanya berbanding di rumah Angah yang macam sarang burung merpati tu...hihihi.


Masuk je apartment Kela dan Zara dan berlari ke sana-sini, melompat-lompat atas katil..keriangan sungguh mereka ni..


Petang

Kami ronda town. Abah dan keluarga CikNa nak naek Cruise. Adik pulak tak tak nak sebab ada baby Khalil, takut pulak bawak baby kecik sangat. So kami berpecah. Angah dan mama ikut adik sekeluarga lepak dekat tempat tumpuan orang ramai di clock tower...meriahnya Melaka dengan abang becanya, cendol tepi sungainya...seronoknya.

Hajat nak terjun kolam tak kesampaian, sebab sampai ke apartment semula, hari dah senja bebenor...


Malam

Beli makanan luar dan kami lepak apartment je..

                                      
Si Kenit dua ketul ni, layan ipad je, tak peduli orang lain dah..


*****
Waktu yang dinantikan oleh si kenit.

Usai sarapan, semua pakat tak sabar nak terjun kolam...terutama 2 ketul kenit ni...kemain...








Selepas puas berendam, kami bersiap-siap nak checkout awal, sebab nak menuju MPO

Baby Khalil yang sangat behave..

 Opah yang tak pernah berenggang dengan Khalil..

*****
Kami checkout dalam jam 10.30, sampai di MPO dalam jam 11.30, sedang elok, orang baru mula nak ramai...meriah juga kat sini ye..





Amboi..si kenit pun bukan main memilih...hihi..


Lepas shoping, makan-makan, tapi biasa la kalau berjalan dengan Abah, dia kira nak balik cepat je,...terasa rushing, tak sempat nak cuci mata bertui betui...adehh

Begitulah kisah percutian keluarga kali ini. Yang lebih penting sebenarnya adalah keberadaan secara bersama...MakNgah happy...

Wassalam...jumpa lagi insyaallah

Thursday, September 28, 2017

CINA


Pada suatu ketika pulang ke kampung, pergilah membawa kereta ayahnda yang mengalami sedikit kerosakan. Tempat dituju adalah Pekan Talang, Kuala Kangsar.



Banyak terdapat deretan kedai sebegini. Dua blok deretan kedai-kedai ini adalah peniaga Cina yang menjalankan perusahaan Bengkel Kereta/kenderaan.

Lalu terfikir di minda, kedai sebelah menyebelah, berniaga benda yang sama, owner berlainan tapi bangsa yang sama:

Tidakkan mereka pernah bergaduh...berebut customer misalnya? 

Tidak...elok saja aman damai...

Kalau kita nak pergi kedai A, tapi parking di kedai B...tiada masalah...tidak pula owner kedai B maah-marah...

Indahnya PEMUAFAKATAN mereka...



Dalam menanti kereta ayahnda dibaiki, kelihatan sebuah lori mengambil barang-barang buangan dari kesemua bengkel-bengkel itu, juga dari bangsa yang sama.  Pada telahan Angah, hasil dari barang buangan itu untuk disalurkan kepada Persatuan Kebajikan bangsa mereka juga (seperti yg tertulis pada lori) 

SISTEMATIK kan mereka ini? semua untuk bangsa sendiri. Ye lah kalau tak sesama bangsa yang nak menolong, siapa lagi...

Lalu melirik fikiran Angah pada bangsa sendiri yang bernama Melayu. `?`




Kereta tua ayahnda yang sudah siap dibaiki...
 - orang Melayu juga yang mengkayakan orang Cina..
nak kata apa kan...peace..

Monday, September 18, 2017

Dunia Hari Ini

Dunia hari ini
rencamnya tak terjangka
kecahnya tak terduga
padahnya tak pernah dikira

Dunia hari ini
aksinya bermacam gaya
kata-kata banyak yang nista
musibah bermaharajalela

Dunia hari ini
orangnya sudah hilang manusia
akalnya entah ke mana hala
dosa bukan lagi penahan durja

Dunia hari ini
kian parah berduka
suara suci cuba menyapa
tenggelam dek  amarah  jiwa



DuniaHariIni/adinaduana/18/9/2017

Wednesday, September 06, 2017

Kakak pun macam mak-mak jugak..

~Assalamualaikum Kawan-Kawan~

Siapa di sini dia adalah  Kakak di kalangan adik-beradik dia, sila angkat kening!

...hihii..dah angkat?..good good...

Setuju tak anda, bila Angah katakan -  hati seorang kakak terhadap adik-adiknya,  sama dengan rasa hati seorang ibu terhadap anak-anaknya.

Sakit pening adik-adik, makan minum, pelajaran sehingga hal kahwin, hal beranak pinak, eh segala macam hal merekalah...semua ter automatik ter touch n go ke dalam jiwa dan perhatian kakak  ni..


Angah kan..masa kecik dulu, kalau adik-adik merenung sambil telan air liur tengok budak-budak lain makan sakneka jajan ke cekedi ke, tora, dendang segala bagai...Angah jadi kesian tau, sayu je hati...haha padahal benda-benda tu bukan elokpun, cuma Angah faham sebagai budak-budak kitaorang memang teringin makan benda-benda macam tu, tapi waktu tu mama abah tak mampu nak bagi duit belanja lebih. Sebab tu bila dah dewasa dan bekerja Angah memang boros bab makan, beli apa ndak, makan apa ndak kira balas dendamlah ni.

Moment indah ketika masih sebumbung,

Bercekau, tarik menarik rambut, terlempang, sepak menyepak, berebut makan, terjerit-jerit amarah tetapi kemudiannya masih mampu tido bergolek bersama. Jika kelakuan adik-adik ni nakal, kakaklah yang akan pening nak mentarbiyah mereka, becok mengomel itu-ini, memang sebijik macam-mak-mak..

Saat meningkat remaja, mulalah banyak urusan rumah diperturunkan pada kakak. Memasaklah, mengemaslah, bantu adik-adik buat kerja sekolahlah...

Haa, bila penat kakak ni lah yang akan berpotensi menjadi tarzan rimba, silap sikit memang ada adik-adik yang akan kena bedal. Masa ini rasa menyampah betul ada ramai adik...haih! tak bolehlah si  kakak nak relek sikit..meluat aje rasa, adik-adikpun mula meluat juga kat kakak...panas je masing-masing. 

Tapi lepas tu boleh pulak terjun sungai mandi sama-sama, gelak-gelak tak hengat dunia. Bila ada adik yang kena gigit pacat kat sungai, kakaklah paling kalut  tolong buang pacat dan check kut-kut ada bahagian lain kena gigit jugak, punyalah risau takut jadi apa-apa kat adik, fuhh, tahap risau tu sama macam mak-mak  punya risau kaedahnya ...


Bila masing-masing dah dewasa, dah berkeluarga sendiri...sedikit sebanyak mesti ada perubahan. namun Angah yang belum ada anak ni, keseluruhan perasaan terhadap adik-adik tu masih banyak yang sama. Harap adik-adikpun begitu...hiii..sebak pulak rasa


Adik lelaki, tanggungjawab dia pada anak isteri pun selalu termasuk dalam perkiraan si kakak ni, risau takut adik tak tertunai tanggungjawab dengan baik, bab solat bab didik anak isteri, bab kerja dia...selalu je menyinggah dalam fikiran


Lately ni Angah berhadapan dengan adik-adik perempuan yang bersalin, mak aih...dia punya berdebar tu... tak tahu nak cakap. Selamat ke dia, sakit ke dia...kita pulak yang terasa bebannya heheh..


Bila dah ada anak buah, happynya macam ada anak sendiri pulak...hai lah MakNgah...



Ini anak buah MakNgah yang terkecik buat masa ini...Khalil Asy, hari baru berusia 30 hari. Anaknda kedua Adik Eja, adik kepada si Kela

Kela & Zara..yang dah kuat berlari dan banyak cakap!



......Begitulah Indahnya menjadi seorang kakak. Wassalam





Friday, August 18, 2017

Penginapan 4hari 3malam

Di PPUM!




Mampu?

...hanya yang 'terpilih' sahaja yang mendapat uols...



~ * * * ~ * * *~

10 Julai 2017


Niat Angah hanya ingin menjadi sukarelawan kepada  pelajar-pelajar Bioperubatan UM yang sedang menjalankan kajian / penyelidikan terhadap tahap kesihatan staf-staf di UM terutama tahap kolesterol. Program dijalankan di Klinik Pelajar UM yang bersebelahan sahaja dengan Fakulti Angah.

Apa salahnya menjadi bahan ujikaji mereka ye dak, kut la boleh jadi sedekah jariah, sekiranya hasil dapatan kajian tersebut menjadi rujukan sepanjang zaman...

Kemudian dari check-up tersebut,  kami akan diberi mencuba sejenis supplement untuk membaik pulih kesihatan, sekiranya kelesterol kami sangat tinggi.

Namun apa yang jadi pada seorang Angah ini?

Pada akhirnya,  kajian mereka telah membawa Angah untuk 'dikurung' di Wad 10U, PPUM dengan sebab anemia, perlu masuk darah, perlu dicucuk, perlu di itu di ini...

Apa nak kata?

Semunya gara-gara HB Angah yang sangat rendah iaitu hanya pada kiraan 5 sahaja. Angah juga terus di tolak dari meneruskan ujikaji bersama mereka dengan alasan tidak mahu mengambil risiko...

ye betul...Angah juga tak mahu mengambil risiko... 

Lab PPUM yang yang menganalisa darah Angah tu telah menelefon Klinik Pelajar, menggesa supaya Angah serta merta hadir ke Bahagian Trauma/Kecemasan PPUM. 

Tapi Angah buat rilek je...Angah tahu kondisi tubuh Angah, kalo bacaan HB 5 tu, kira sihat la lagi, Angah pernah tinggal HB dengan bacaan 4 dan tak rasa pitam, cuma mengah bila naik tangga.

So esok paginya baru Angah ke Trauma dan memang bersedia untuk di'kerjakan' oleh staf PPUM. 


11 Julai 2017

Well..saat leceh pun menjelma;

Jam 9 pagi Angah sudah terbaring di katil wad kecemasan. Dimulai dengan mencucuk tangan untuk drip....bla bla bla..doktor bersilih ganti datang interview...sedar-sedar perut lapar tapi tak dibenarkan keluar...takut pengsan katanya dan di situ tiada staf yang free untuk tolong belikan makanan, nasib baik seorang nurse sudi memberikan Angah segelas air...

Wad kecemasan atau wad sementara ni dia terbuka, jadi kau akan nampak semua orang yang terbaring. Jadi suasananya agak mengerikan...yang kemalangan, yang nazak yang meraung yang mengeluh-ngeluh sakit semua terpampang depan mata dan bunyi-bunyi yang masuk telinga. Keadaan itu sangat merimaskan.

Setelah puas menunggu akhirnya, jam 3 petang baru lah Angah dapat tempat di wad sebenar. 

Menunggu lagi....menunggu darah pulak. Semalam masa Lab call, katanya keadaan Angah ni mendesak sangat untuk di transfer darah, tapi bila masuk wad, darah pun tak standby lagi. Hanya jam 6 petang lebih baru lah pack pertama darah sampai....aduiii..tangan yang di cucuk tadi dah mula membengkak dah... sakitnya tuhan saja yang tahu.

Jam 10.30 malam, pack kedua pula. Wah...malam lagi lah memeritkan, dengan suasana yang sejuk, lagi mudah urat menjadi kecut. Berulang kali saluran urat Angah di flush...setiap kali flush tangan Angah akan jadi gemuk macam Hulk...deritanya.. 2.30 pagi baru habis pack kedua...aduiii sakitnya tangan Angah...

Angah ni memang ada masalah urat halus dan pendek, jadinya jarum susah nak masuk. Kalau masukpun dia kan cepat bengkak dan kemudian akan block menyebab transfusi darah terhenti di tengah jalan...

12 Julai 2017

Dah dapat dua pack darah, badan pun rasa segar bugar sikit. Hati pun berbunga-bunga mengharap boleh discaj hari ini. Tapi kerana rekod Angah yang punya follow up hal-hal sakit puan  menyebabkan Doktor sangat berminat untuk nak 'menyelidik' Angah. 8.30 pagi, doktor ambik darah untuk check pertambahan hb. Sementara menunggu result darah, Angah kena pergi bilik rawatan untuk buat pap smear, ultrasound abdomen dan Doktor cuba nak ambil sampel daripda tisu rahim. Sakit tau..

Yang lebih sakit adalah di hati...Angah merayu pada HO supaya Doktor Wanita yang buat prosedur tu, tapi jangan harap mereka memperdulikannya.

Menjelang tengahari sepatutnya Angah dah tahu bacaan hb yang baru, tapi Doktor semua sibuk. Memang pesakit di wad terlalu ramai, duty di gyne clinic pun kena attend, kalo ada operation pun diaorang kena duty jugak...Petang baru diaorang muncul...adui..punah harapan nak discaj.

Pulak tu, dah tambah 2 pack darah semalam tu, hb Angah naik pada bacaan 7.2 sahaja, syarat nak discaj, hb mesti pada bacaan 8 dan ke atas.  Kena masuk satu pack lagi. Dalam jam 8 malam dapatlah pack yang ke 3. Jarum di tangan telah bertukar tempat ye....sebab urat semalam dah sangat membengkak dan saluran itu tak dapat digunakan lagi....Allah..rasa nak demam urat dibuatnya. 

Untuk chek hb, baru tahu, darah hanya boleh diambil selepas 6 jam transfusi darah. Makanya....


13 Julai 2017

Darah dah diambil jam 12 tengah malam, seterusnya dalam jam 5 pagi Doktor datang maklumkan bacaan hb. Pelik tak pelik...bacaan hb hanyak naik kepada 7.5 sahaja....??? what! ada hantu ke yang curi darah yang ditransfusi semalam??? hanya Allah yang tahu.

Rela tak rela, kena transfusi satu lagi pack darah dalam jam 10.00 pagi....dan di tempat lain pula perlu dicucuk, kerana tempat cucuk semalam juga uratnya sudah 'bocor' . Angah dah tersangat stressssss dah waktu ini..merusuhnya hati di dalam...

Semalam Pap Smear dan Ultrasound di jalankan oleh Dr. Kartik selaku MO dengan dibantu dua orang Doktor baru bertaraf HO. 

Hari ini sekali lagi Angah perlu di ultrasound kan oleh Doktor  lain yang lebih tinggi, yang bertaraf Pakar Klinikal pula...kali ini lagi sadis, lebih ramai 'pemerhati' berada bersama Pakar Klinikal tersebut untuk menyiasat Angah...Allah saja yang tahu betapa malu nya Angah menjadi bahan ujikaji, tapi Angah niatkan saja di hati sebagai Jariah untuk Doktor-Doktor muda belajar.

Jam 4 petang darah sekali lagi diambil untuk tahu tahap hb, selepas sejam sepatutnya dapat result, dan ada harapan untuk discaj. Tapi Doktor pula dalam OT Room (macam tak ada Doktor lain kan?) Jam 9 malam baru tahu result darah.

Alhamdulillah...kesakitan tangan di kanan kiri yang membengkak bagai hilang selepas bacaan hb Angah naik pada kiraan 9, namun hari dah malam, kaunter discaj pun dah tutup, kena bermalam lagi sehari.

14 Julai 2017

Dr. Kartik berjanji akan urus discaj Angah pagi ini. Namun bak kata Angah tadi, ramai sangat Doktor berebut nak menyiasat penyakit Angah, pagi ini seorang Doktor bertaraf Prof. Madya pula yang hendak men'chekup' Angah. 

Sesuai dengan taraf dia, checkup kali ini sangat detail, kerana dia tak puas hati dengan dua checkup yang dibuat MO dan Pakar Klinikal. MO dan Pakar Klinikal gagal mengambil tisu rahim Angah.

Maka Angah perlu di Scoop...Apat Tu?

Scoop, adalah memasukkan kemera ke ruang rahim paling dalam untuk melihat, meneropong ke segenap sudut ruang peranakan.

Prosesnya dalam masa 15 hingga 20 minit bergantung kepada yang buat prosedur, kalau ramai yang ada bersama dia, sambil teropong sambil explain macam kelas tutorial maka....30 minit pun belum selesai. 

Terus terang prosedur ini sangat MENYAKITKAN. Ditambah pula diakhirnya dinding rahim Angah di'cubit' untuk ambil sample tisu rahim untuk mengesan jika ada kenser.

Dalam prosedur ini barulah Angah tahu, mengapa Angah selalu bleeding banyak dan berpanjangan ketika period. Selama hari ini di Klinik Gyne Doktor hanya mengesan Angah ada Cyst dan Fibroid sahaja, rupanya  dalam rahim Angah ada dua ketul polip. Polip inilah yang bila bergesel menyebabkan pendarahan. Ya Allah...apa sajalah yang Angah hadapi ini...

Doktor memulangkan keputusan di tangan Angah, kerana mereka hanya boleh memberi pendapat sahaja.

Dilema melanda bila Doktor menerangkan: seeloknya buang keseluruhan organ peranakan, tetapi faktor umur yang masih agak muda dan pembedahan lalu yang masih baru, mereka seperti bercanggah pendapat. Akhirnya Angah sendiri yang kena buat keputusan.

Jujurnya Angah belum ada keputusan. Sakit pembedahan lalu masih terasa. Tetapi bleeding yang banyak menyebabkan pelbagai komplikasi lain pula...

'Ya Allah aku mohon petunjuk dariMu'



Wassalam..tolong doakan Angah sihat ya!

Tuesday, August 01, 2017

Saat Besendiri

akhirnya engkau bersendirian pilu
engkau bukan yang ditunggu
engkau bukan yang dirindu
engkau bukan yang diperlu
engkau ditinggal disetiap sesuatu

engkau
bisakah engkau berdiri
dengan kaki sendiri
tanpa sesiapa di sisi
di arena ini
di lapangan ini

engkau
mampukah berlari
di padang ini
yang ranjaunya berduri
yang jauhnya semakin sunyi
yang dalamnya semakin sepi
kau hanya punya hati sendiri

engkau
tak mengapalah bersendiri
bukan mereka yang beri itu ini
engkau patut punya wajadiri
terus melangkah tanpa sangsi
yang penting rasakan Allah di sisi

engkau
engkau tahu apa yang engkau mahu
saat berteman bukan lagi yang perlu
dakaplah rahmat sang penciptamu
dia lebih memberi restu
asalkan kau tahu
jalan yang satu!

saatbersendiri/adinaduana/14.10/22/1/2016

(Kuatnya pengaruh Puan Zurina terhadap saya...sampai saya tak boleh move on sejak kepergiannya ke Unit lain)