Tuesday, August 02, 2005

Yang pergi

Hari ini genap sepurnama
ayahnda yang dikasihinya
pergi mengadap Illahi

Aku tidak pernah
melihat dia menangis
namun hari itu
air matanya menitis

Dia memang anak yang baik
semoga kebaktianya
semoga doa kudusnya
diangkat tuhan
lalu mewangi dan menerangi
kamar persemadian allahyarham bapanya


Al-fatihah

Tuesday, July 26, 2005

Kita bukan sesiapa
yang dapat menghalang orang
untuk suka ataupun tidak suka kepada kita

Dan orang lain juga bukan sesiapa
yang dapat menghalang kita
untuk suka ataupun tidak suka kepada orang

Wednesday, June 15, 2005

Oh tuhanku yang maha esa
Maha pengasih maha pemurah
Andainya malalam yang begini
Memberi pengertain
Untukku mencari hidayahmu.

Padamu akan kuserahkan
Setulus pengampunan dan pengharapan
Untukku menebs dosa-dosa semalam.

Cukup setkat ni
Aku merasa terasing, terhukum dan sengsara
Balasan dari kehancuran yang aku ciptakan
Dan kini aku mengerti
Antara dosa pahala yang mana lebih utama
Dalam meniti hidup yang menuju kematian

Andainya malam ini satu pengertian
Bersyukurku pada Illahi
Andai malam ini satu kesudahan
Penginsafan ku pintakan satu penangguhan
Untukku mengucap kalimah terakhir.

 ni lagu kumpulan..ape ntah

Wednesday, June 01, 2005

Ahhh jangan nak menagada-ngada la mu nih!!!
kat belakang ada cermin besar..tak reti-reti?

Tuesday, May 31, 2005

Ya Allah ya tuhanku, apa dah jadi?
jatuh cinta lagi? biar betul!
angau, tak tentu fasal... arghhh
pening pening
amakkk tolonggggg

Friday, May 13, 2005

Masak lemak cili padi
sambal berulam enak rasanya
mari nikmati makanan tradisi
pelbagai rupa pelbagai rasa

Nasi ulam pedas berlada
makan bersama si jeruk maman
halwa maskat hidangan ibunda
tak boleh lupa sepanjang zaman

Ayam kampung masak rendang
goreng bercili si pucuk paku
bermacam juadah enak terhidang
resepi emak sejak dahulu



......semoga mak sihat selalu

Tuesday, April 05, 2005

Menangis Lagi

Air mata ini bercucuran
mengalir hangat membasuh duka di jiwa

Air mata ini berguguran lagi
dari jiwa nestapa yang bukan dusta

Air mata ini berbicara lagi
tanda setia temankan derita

Air mata ini tak berhenti lagi
sebak dan pilu masih bersisa

Air mata ini menyiksa lagi
merentap tawa sekian lama

Friday, April 01, 2005

Bicara


Aku ingin bicara
bicara apa saja
mengikut rentak hati
tanpa rasa sangsi

Aku suka bicara
bicara tentang apa saja
apa yang aku rasai
apa yang aku alami

Aku selalu bicara
sesekali bicara jenaka
dengan nada gurauan cuma
tapi ada yang tak mengerti
lalu mereka berkecil hati
kerna telah salah fahami

Salahkah aku bicara
bicara apa jua yang ku rasa
ya! kadang-kadang terlebih bicara
ada yang buruk padahnya

Silapnya berbicara
bila ada hati yang terluka
walau kata tak berniat apa
hati manusia tak sama rasa

aku tak akan henti bicara
selagi ada upaya
aku mahu terus bicara
selagi ada nyawa

Tuesday, March 22, 2005

give & take vs gigit & takek

Selalu letakkan diri kita dalam situasi orang lain yang lebih susah, supaya kita dapat bersabar dengan kesusahan yang kita alami, yang mungkin tak sesusah kesusahan orang lain.

Kalau situasi ini dapat semua orang praktikkan, nescaya urusan harian kehidupan manusia dapat berjalan lancar dengan adanya sikap tolak ansur.

Tapi SAYANG banyak orang dikeliling aku, meletakkan diri mereka sebagai orang-orang yang patut diberi keutamaan tanpa menghiraukan keperluan orang lain dan kesusahan orang lain. Bila sesuatu gagal dipenuhi, akan timbullah suara-suara meninggi, perli-memperli, cuak -mencuak yang sungguh-sungguh memualkan.

..patutlah timbul kata-kata ...kecik-kecik tak nak mati, dah tua-tua menyusahkan orang...

Friday, March 18, 2005

Aku yang hebat

Bukan riak bukan takbur, tapi bersyukur dengan seketul otak ini yang di kurnia Allah kepada aku. lagi sekali di ulang aku bukan RIAK tapi sesekali kita kena puji diri sendiri supaya lebih bersemangat buat kerja.

Dah naik tersembul jerawat di sepanjang dahi aku nih sebagai bukti jerih perih aku kat opis yang penuh dengan orang-orang yang 'kurang asam'. Seketul otak ini yang aku perah untuk siapkan kerja yang patut profesor-profesor buat. Kira standart profesor le aku nih!

Ya, siapa tahu 10 tahun dari sekarang aku akan bergelar Profesor Dr. Haslina Bt. Ahmad Masri. Hanya Allah saja yang maha tahu.

Thursday, March 17, 2005

Assalamualaikum
Berjumpa setelah sekian lama tidak bersua

Banyaknya habuk dan sawang
Tak tahu macam mana nak buang
Nantilah bila ada masa terluang!

Monday, November 01, 2004

Selamat Bertemu Kembali

Assalamualaikum, macam mimpi pulak dapat bukak blog ni....lamanya blog ni fengsan!
emmm.... berkat bulan ramadhan ni sembuh dia dari koma yang panjang.
apa nak citer nih? nanti dululah...

Wednesday, July 21, 2004

Ramainya nak jadi penyanyi
 
Termasuklah angah! tapi angah idak le nak masuk bertanding la ni, sebab cita-cita nak jadi penyanyi ni dah lama berlalu. Seingat angah sejak pandai menghafal lagu dalam darjah 3 gitu, kalu cikgu tanya cita-cita nak jadi apa jawapannya memang 'penyanyi' he he he maklumlah anak penyanyi. upss... abah angah dulu ikut band nyanyi kat rumah org. kawen, mana nak tumpahnya kuah ye tak,  angah jadi penyanyi at pentas sekolah, lagu feberet dah tentu lagu-lagu  fransisca peter penyanyi yang paling glemer ketika itu.
 
Sebenornya bukan le nak citer pasal cita-cita yang tak jadi nyata ni, saja je nak menghangatkan suasana, almaklum le,  la ni banyak sangat pertandingan nyanyian, semua nak jadi penyanyi, budak kecik pon nak jadi penyanyi. Dalam banyak-banyak tu Malaysian Idol (MI) je yang angah suka, sebab peserta dia memang power, kalu setakat suara macam Mas AF2 tu, rasenya peringkat ujibakat lagi dah kena tendang. He he he peminat-peminat AF jgn marah ek...

Wednesday, July 14, 2004

Tak Keruan

Aduhhhh hilang idea, maaflah tak ada apa yang hendak dicerita. BZZZ...
seperti yang aku kata dulu , menulis disini akan menelanjangi diri, kalau aku menulis saat ini dah pasti cerita yang tak bes tak bes aje. jadi tunggu lah bile ada cerita yang bes-bes. Kesihatan juga agak tergugat bila minda tidak sihat, di asak tekanan.Tunggu aku sihat!

Thursday, July 08, 2004

How Do I Live

How do I get through a night without you
If I had to live without you
What kind of life would that be
Oh I, I need you in my arms, need you to hold
You?re my world, my heart, my soul
Oh, if you ever leave
Baby you would take away everything good in my life
And tell me now

How do I live without you
I want to know
How do I breathe without you
If you ever go
How do I ever, ever survive
How do I, how do I, oh how do I live

Without you, there?d be no sun in my sky
There would be no love in my life
There would be no world left for me
And I, well baby, I don?t what I would do
I?d be lost if I lost you
If you ever leave
Baby you would take away everything real in my life
And tell me now

How do I live without you
I want to know
How do I breathe without you
If you ever go
How do I ever, ever survive
How do I, how do I, oh how do I live

Please tell me baby
How do I go on
If you ever leave
Well baby you would take away everything
Need you with me
Baby don?t you know that you?re everything good in my life
And tell me now

How do I live without you
I want to know
How do I breathe without you
If you ever go
How do I ever, ever survive
How do I, how do I, oh how do I live
How do I live
How do I live without you
How do I live without you baby
How do I live
How do I live without you
How do I live without you baby


...tak tau apa nak citer, sebab bizi giler

Friday, June 25, 2004

Harapan

Wahai Allah maha berkuasa dan pemberi
genap diusia dewasa ini
perkenankanlah segala permintaanku
- Ampunilah segala dosaku
semalam kini dan akan datang
- Simbahkan aku dengan Nur HidayahMu
agar aku sentiasa di landasan yang benar
- Kuatkanlah rasa kasihku terhadap org yg mengasihiku
moga panjang silaturahim ini
- Murahkanlah rezekiku dan berkatilah ia
supaya aku tenang menghadapi hidup ini
- Panjangkanlah umurku dalam sihat walafiat
dapat aku mengabdi diri padaMU
- Ya Allah lindungilah umatMu
di segenab maya pada
biar aman kami bernafas di sini
Wahai Allah
banyaknya permintaanku
walaupun aku tahu tiada layak utkku
meminta-minta dariMu
kerana aku adalah hamba yang hina
banyak dosa dan sedikit pula pahala
namun, kasihanilah aku...

Friday, June 18, 2004

Emak angah

Emak angah yang rindu pada anak-anak, kasihan juga melihatnya.
hari-hari angah mesti telfon dia, supaya dia tidak sunyi dan terlalu memikirkan adik-adik.
tak dapat tidak emak mesti call adik-adik, semalam dia merungut bil tel sebulan ni begitu tinggi. Yang eiz kata, mak jgn merungut, sebab mak yang guna ha ha ha (nampaknya Yang eiz kena bantu akak ni bayo bil tepon mak :)

2 hari sudah Abah angah beli kambing 4 ekor ekekekekk angah gelak awai-awai, mak marah-marah katanya susah mak nak pegi sana-sani bila ada kambing. ok le tu mak drpd mak asik call adik, baik le mak pelihara kambing, nanti suruh abah buat pagar elok-elok supaya mak tak yah jenguk kambing tu selalu...kay mak..

Malam dari Forum Perdana Hal Ehwal Islam TV 1, Live dari kampus Farhana, he he he si Farhana siap pesan suruh tengok, mak pulak siap pesan suruh Farhana duduk depan pentas supaya boleh nampak ha ha ha...mak mak..

Pesan emak

Mak angah memang selalu pesan macam-macam, pantang ada kes jenayah kat surat khabor, dia mula tak senang perut. la ni hangat kes ragut, dia bimbang sebab angah memang selalu jalan sorang-sorang. Ye la mak, angah inga pesan mak.
Tapikan kes ragut ni bukan le baru, cuma la ni kes dia dibesar-besarkan dalam media, sampai trauma pulak dibuatnya.
Macam yang zino, cerita kat blog dia, peragut la ni bukan buat keje kat tempat sunyi aje, kat mana-man pun dia boleh buat hal. Lama dulu angah pernah terserempak dengan orang kena ragut kat stesen minyak BP,terlalu pantas org keliling tak sempat buat apa-apa, mungkin kalu ada hero hindustan kat situ sempat le agaknya he he he...

Wednesday, June 16, 2004

Serba tak kena

Bila mood tak baik
angin pun yang busuk-busuk je
menerewang kat dalam kalbu ni
suara pun berhaba panas
nak marah-marah aje rase
benda dulu-dulu yang aku dah maafkanpun
terasa aku nak marah-marah semula
hei..apa kenanya aku ni
sape yang dah ngaco mood aku ni
maakkkkkk aku nak cuti..
tapi keje banyak
muncung aku pun dah panjang macam itik

Tuesday, June 15, 2004

Kuhantarmu dengan kasih dan sayang

Marahkah kau pada kakakmu yang seorang ini wahai Farhana?
janganlah begitu, bukan kakakmu ini sengaja
sekalipun tidak pernah terlintas untuk membezakan
antara dirimu dan adik bongsu kita itu
maaf ya Farhana.

Berkali-kali kakakmu ini menelefon tapi tidak kau jawab
"ala...ana ada aktiviti ni, ok lah nak kena beratur ni
kena jalan kaki pulak nak balik hostel"
ohhh sebok rupanya...adikku yang sorang ini
macam mana la agaknya si Farhana tu
dihambat waktu yang tergesa-gesa macam ni
bukan apa, si Farhana ini begitu slow
terutamanya bab mandi, bab jaga kecantikan
dekat kampung dulu bebulu je adik bila Farhana kat bilik air
berjam-jam duk bilik air, sampai kena jerit baru keluo.

Pandai-pandai la Farhana bawa diri
ada rezeki kakakmu ini akan mengjengukmu disana
jgn lah kata kakakmu ini sengaja tidak menghantarmu tempohari
sebenarnya, kakakmu ini tak dibenarkan cuti
sebab di UM ni juga menerima pelajar baru
macam ana juga.

Salam sayang setulus hati buatmu Farhana
Semoga Allah melindungi keseluruhan hidupmu di sana




Friday, June 11, 2004

Petang ini indah!

Mentari kian suram di hambat sore yang redup
aku masih dikantor ini,
meneliti blog handai dan taulan
bukan aku tidak boleh balik,
bila-bila saja aku boleh balik
tapi aku sengaja menhambat janji Deen,
bahawa setiap kali dia berkerja pagi,
maka pulang petang dia akan mengmbil aku di sini
tapi sehingga jam ini dia belum menjemput ku.
oh dia lewat kerana managernya meeting
supervisor lagi sorang cuti kecemasan,
seperti biasa Deen akan jadi galang gantinya.
Deen menelefon resah kerana managernya belum pulang meeting
dia suruh aku pulang dulu, aku kata tak mahu
sebenarnya aku bukan mengada nak boncing motor dia
sebenarnya aku telah berjanji dengan seorang insan baik hati
yang hendak menyewakan rumahnya kepada kami
aku perlu melihat rumah itu hari ini
kerana tuan rumahnya sudah hendak pindah besok
segalanya hendak konfirm hari ini.
Aku mesti tunggu Deen disini!
Ya Allah mudahkanlah urusan kami