Thursday, January 20, 2011

Cinta Yang Manis


Jangan tawarkan cinta
Dari bibirmu
Kerana kau mungkin akan terlupa
Dengan apa yang kau ucapkan.
Sebaliknya,
Berikan aku cinta
Dari lubuk jiwa
Kerana ia tanpa ada paksa
Dan lebih tulus kasih sayangnya.

Jangan tawarkan cinta
Dari pandangan mata
Kerana kau mungkin terkhilaf
Dengan paras rupa.
Sebaliknya,
Berikan aku cinta
Dari rasa iman
Kerana ia berpandu taqwa
Dan kita akan lebih bahagia.

Kasih,
Tawarkan aku cinta
Berikan juga aku cinta
kerana sehaluan bicara
janji yang seia sekata
Kitakan bisa bersama
Menempuh segala gelora

                                                                       adinaduana/20012011

Wednesday, January 19, 2011

Thursday, January 13, 2011

Tengah banyak duit "yang tua nak ke Mekah, yang muda gatei nak menikah..." kata Mr. Os

Tersenyum manis makwe-makwe pemain bola ni agaknye...ye la pakwe dapat durian runtuh..boleh la kawen cepat..tapi awas anda juga perlu risau kerana khabarnya ada artis-artis wanita mula memberi perhatian terhadap pakwe-pakwe anda ini muahahaaa...kot-kot la..


-sumber hmetro-


INFO: Pecahan insentif Piala Suzuki AFF


Kerajaan
RM50,000 unit Amanah Saham Wawasan setiap seorang
RM10,000 insentif setiap seorang
Skim Hadiah Kemenangan
Majlis Sukan Negara (MSN) - RM5,000 setiap seorang
Negeri

Kedah - RM5,000 (Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Khairul Helmi Johari, Mohd Sabre Mat Abu, Mohammad Faizal Abu Bakar, Amar Rohidan)
Terengganu - RM5,000 (Mohd Sharbini Alawee Ramli, Mohd Ashaari Shamsuddin, Mohd Muslim Ahmad, Izzat Faris Ramlan, Mohd Faizal Mohamad, Norshahrul Idlan Talaha) dan satu lot tanah seorang
Perlis (Yayasan Pok & Kassim) - RM5,000 (Amar Rohidan)
Kelantan - Rumah (Khairul Fahmi Che Mat)
Perak - RM10,000 (Mohd Safee Sali)
- RM5,000 (Mohd Sabre Mat Abu, Mohamad Fadli Mohd Shas)

(sumber-bharianonline)

-sumber utusan-
Harap-harap sangat skuad harimau ini tak mengulangi sejarah skuad Piala Thomas 1992...dapat habuan mewah, berarak sana-sini berbulan-bulan akhirnya piala kebanggaan itu terlepas bagai 'pergi tak kembali lagi' kui kui kui...
 
 
pssstt...M. Nasir kata lagu Ana Rafali menang sebab lagu tu bersifat personal dan lahir dari hati! humangaihh pasai pa dia dok kata cam tu...'ohh sebab Ana Rafali tulis seniri, cipta seniri dan nyanyi seniri..., eh tapi si Yuna bukan pulun semua ka ciptaan lagu tu? pasai pa tak bagi menang...'   mak konpius nyahhh...patutkah mak bertanya  'sama itu hud-hud?  (maaf lari topik!)

Thursday, January 06, 2011

Penutup 2010 (Part 2)

31.12.2010

Akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki ke Pusat Pemuliharaan Gajah di Kuala Gandah, Temerloh, Pahang. TERUJA! sebab dari tahun 2005 angah mengidam nak bermanja-manja dengan si manja ni..

Gambar menceritakan segala-galanya. Let's Go!

Macam besa la sblom apa-apa posing dulu...mesti mau..

Ni dalam bilik pameran, di sebelahnya bilik tayangan dokumentari mengenai operasi menyelamat sang gajah


Ni gajah pertama yang menjadi mangsa sebagai prop utk kitaorang bergambor..kui kui kui


ops ops..sabor la gajah...ok redy..peace..




Gajah dimandikan sebelum dibenarkan membuat aksi


Nak bagi gajah makan tapi takut-takut dan geli..


Ni paling besh...tapi satu pusingan je, sebab ramai orang nak naik dia..Yang angah naik ni gajah yang paling tua di pusat ini, umur dia dah 72 tahun..kulit pon dah kedut dan sopak

ni aktiviti yang besh jugak tapi angah tak joint sebab takut tenggelam hahaha..

Memandikan gajah, kebetulan pulak dapat mandikan gajah yang berasal dari Kuala Kangsar. Nama dia Siput, sebab dia di jumpai di Sungai Siput KK. Nakal tau si Siput ni, dalam duk golek-golek mandi dia melabor plak...mencicit kami lari ciss

Ni la si Siput dengan instraktornya. Siput ni paling muda umur dia baru 5 tahun..comell


Mai la sini..tak kena bayaran cuma donate seikhlas hati..

Dan kala senja 31 Disember itu genap la lapan tahun kami menikah...:D

Wednesday, January 05, 2011

Penutup 2010 (Part 1)

26 Disember 2010



Sepertimana pertama kali pergi ke Zoo Negara awal tahun 2010 nan lalu, ke KL Tower pun sama la jugak…firstime pegi walaupun dah berbelas tahun aye duduk kat KL ni.
Apa yang menarik? Tak de la menarik sangat pon, apatah lagi bayaran masuknya agak mahal bagi org berkategori miskin badar macam aye ni..kui kui kui…
Aye kata mahal sebab aktiviti dia ala-ala ‘sendu’ je, bayor RM38, beratur panjang tunggu turn naik lif, pas tu sampai atas, tengok view tak sampai berapa menet dah abis pusing..





Pas tu turun bawah semula, kita diberi pilihan sama ada nak masuk ‘zoo’ atau ‘Kampung Budaya 1 Malaysia…aye pilih masuk kampung..





Kat luar kawasan menara tu ada la jugak pameran-pameran, kereta kuda, kuda padi untuk ditunggan oleh kanak-kanak riang..








Itu saja...lawatan sambil belajar..kali ini..:D


Jumpa lagi..Che Din kata, bila ada anak nanti kita mai lagi... aye kata - sila pastikan anak itu adalah anak dengan saya hahahahaha...

Thursday, December 30, 2010

Coli Laser Julia Perez Tidak Berfungsi?

Syabas Malaysia!!! Terima kasih Rajagobal dan anakanak buah kerana menang! Menang yang mencipta kemanisan dan senyum meleret kepada semua warga Malaysia...



Semangat kental walau di provok, diejek dan diganggu, sehingga berlatih pon di kawasan hotel sahaja, itupun diganggu juga...betui-betui haru la fans Indonesia ni..tak de keje lain ke dr nak mangacau orang?

Bagaimanapun nak ucap tahniah juga kepada team Indonesia, sangat jelas  kesungguhan mereka untuk menang..sehingga ke minit akhir..Syabas!
I like...player yang bernama Arif Sunoyo...:D, tapi last-last dapat kad kuning :(



Kebanggaan....Safee Sali. merangkul anugerah penjaring terbanyak dan yang paling besh semua jaringannya cantek-cantekkkk...



Mengharapkan Fahmi menjadi pemain terbaik perlawanan! Berani sungguh budak ni, bola jauh dari gawang pon dia pi hambat. Tahniah Fahmi! kerana ketangkasanmu dapat melengahkan jaringan Indonesia.

Meninjau kelibat Julia Perez yang mencari publisiti murahan itu, tak kelihatan kerana mukanya angah tak familiar..sebab sebelum statement coli leser itu angah tak kenal pon muka dia, selalu dengar nama aje. Sebaliknya yang angah nampak  Si Manohara..Wahh...terserlah...memang cantik la dia ni, sungguh berbeza dengan penyokong perempuan lain di kiri kanannya hahahaha...

Julia Perez...kamu lambang perempuan yang terdesak! sangat malu dengan statementnya, angah hendak katakan begini kepadanya "kamu buat lawak ker...cuba la cari lawak yang pandai sikit.....dah la negara kamu tu kacau bilau, bencana selalu menimpa, insaf la weii!"



Terima kasih Pak Najib kerana berikan Cuti Umum Esok, jimat sehari cuti rehat rakyat Malaysia.....Kepada kengkawan yang dah apply cuti rehat untuk esok sila batalkan cuti anda...Selamat Bercuti!

Monday, December 27, 2010

BTN oh BTN

Tanggal 14-18 Disember 2010
Kem Bukit Sagu, Kuantan Pahang


Al-kisahnya si Angah pegi BTN...

"Ape ke jadahnya dah lama koje, tetap dan telah sah baru nak pegi BTN..."
marah betui aye, pas tu aye rasa marah lagi pasai kena beli pulak sak neka benda - pakaian wajib katanya  "eimakkk udoh le macam kena paksa berkursus, kena keluo duit pulok baju kurung putih le, kain itam le, kasut itam formal la, t'shirt bekolar la..eiii sak neka mak nenek kena beli la, makan ratun-ratun gak abis ye huhuhuu...soping benda lain pon baguih..
bertambah marah  bile deme ngantor surat panggilan kursus  lambat! ishhh kelam kabut buat persediaan, mana nak balik kampung kenduri cik na lagi, nak beli barang-barang ni lagi...huiii rushing benor idup aye masa tu.

Bertolak

Disebabkan marah sana-sini, aye jadi tak sonok nak pegi, bila tak sonok aye jadi stress, bila stress mula le jentera pencernaan kaco bilor...perut memulas, bila ke tandas tak jadi keluo pulaok aiii jenuhhh.

masa berkumpul tunggu bas, staf lain suami antor saja tak tunggu, yang che din ni siap tunggu sampai angah naik bas sebab dia risor angah cabut lari...muahahaha...

dah tak leh nak lari, pegi le juga..bertolak la kami dengan 3 buah bas....
aduiii dah naik bas bertambah sengal rasenya perasaaan ni...apa punya 'berhemah dan sangat bersopan' la encik driver ni...2 biji bas lagi  dah tak nampak bayang... gerak lebih kurang 10 pagi, sampe ke kem dah pukui 4 lebih humangaihh betui-betui makan angin, patut-patut pukui  3 dah sampe!

Day 1


my roomatess yang beshh

Setel hal-hal penginapan, kami dengar taklimat dan suai kenal dengan Jurulatih dan Fasilitator, pas tu buat kumpulan kecil utk group meja makan. Selepas dinner bermulala kursus KENEGARAAN...first tayangan muvie "Hati Malaya" hahaha nak harap pegi panggung tgk citer ni memang idok le jawabnye...

Ceramah pertama tentang : Tanahair...disebabkan rasa tak seronok masih bersisa dan badan penat, makanya si angah ni jadi mengantuk, kepala otak rasa kena blok, semua info tak lekat , dah tu ceramahnye sehala aje..dah ujung-ujung   kat pukui 11 lebih baru bukak untuk soalan  , huiiii jgn buat pasaii aye dah nampak bantal  je, ni kalo ada yang angkat tangan bertanya soklan, memang aye lastik tangan dia

gedebak-gedebuk dekat kui 12 tgh malam baru boleh landing, landing je tidonye balum lagi, nak tido cam ne...duk dalam ladang sawit...musim ujan plak...aiii apa lagi aumm gedek-gedekk, gedek-gedekkkk  cisss kugiran  sang katak daaa....aduiiiii la...mengalahkan kugiran kat panfair Kpg Talang je..

Day 2 dan seterusnya

Oh! rushing! jadi tak sempat la angah nak mencatat apa yang terjadi, sebab rushing nye nak melabor selalu pon tak bole...

disebabkan rushing juga la angan dah lupakan hati yang marah dan kepala yang stress masa mula-mula nak pegi ari tu.., tahu tahu dah hari terakhir dah...YEYYYY :D

Ni ahli kumpulan 4, yang buat bersembahan menari gelek lagu 'Malaysia Baru'




rasa macam budak tingkatan 6 pulak...


tapi sayang banyak aktiviti tak dibenarkan apa-apa jua  bentuk rakaman, jadi tak dapat la nak tayang..
Bila nakbalik rase sedey plak...sebab ada di antara Jurulatih  sangat-sangat baekkk macam Pak Sufian yang dalam gambar ni...

Friday, December 24, 2010

TQ RTM!

Tanggal 13 Disember 2010 angah pergi ke sini..



Miahahahahahaaa...Kepada bebudak opis ni yang sangat suka mengutuk angah 'berjiwa tua' sebab dengor siaran Klasik Nasional...SILA JANGAN JELESS ok...

BERMINAT DGN BARANG-BARANG INI?

Andai kamu dan kamu mahukan barang-barang di atas ni menjadi milik kamu, sila jawab soalan ini!

"Pada Bulan Berapakah Bulan Bahasa Kebangsaan di Sambut Setiap Tahun?"

jawab, jawab...Ehhh tak payah! sebab benda-benda di atas itu telah termaktub dalam sejarah bahawa ia adalah menjadi milik angah...hoyey..hoyeyyy
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AL-KISAHNYA...Radio Klasik Nasional telah mengadakan kuiz sempena Bulan Bahasa Kebangsaan sekitar bulan Oktober lalu, dan sebagai pendengar setia dah tentu lah angah akan masuk segala macam aktiviti kuiz ke pantun ke, puisi ke..yang dianjurkan pihak mereka...Dan sungguh berbaloi apabila penyertaan itu membuahkan kemenangan...

Hadiah utama kamus Dewan Edisi terbaru, tajaan DBP dan beberapa cenderamata daripada Klasik Nasional dan yang penting SIJIL yang akan menambahkan markah KPI angah bagi tahun 2010, Budak Ida Debab...ohh Ida Debab... jangan jelesss ok...




Actualy DJ Yusmawati Yunos menelefon meminta alamat angah, oleh kerana alamat tu sangat hampir dengan RTM maka disuruhnya angah ambil sendiri hadiah ini...ok la tu, kalau tanpa sebab tak mungkin kita akan mendaki bukit angkasa itu sewenang-wenangnya.....:D

* Dengarlah Klasik Nasioanal...Segalanya di sini menggamit memori...

Thursday, December 23, 2010

Cik Na dah bertunang...

Tanggal 11.12.2010.   Dah bertunang dah budak Cik Na ni. Tahniah ye Cik Na dan MR Dzul, semoga ikatan ini diberkati Illahi dan berpanjangan dalam kebahagiaan...



Orang sekarang buat majlis bertunang pun siap pelamin bagai...angah dulu tak dak pon, hatta pelamin kawen angah pon tak secnatik ini ohhh gue sungguh jelessssss. Che Din! moh kita bertunang dan sanding lagi nak? nanti la aye kuruih sikit aye nak sanding semula...
Tengok le badan aye mesti kena kerat sebelah, sebab tak muat frame huhuhuhu sadissss. Nanti la, Nanti La...nanti la aye kuruihhhh

Kuih Tart yang aye sponsor utk hantaran, tempah dari kawan yg sama-sama keje UM.

Kenduri kendara di rumah angan ni still masak secara bergotong royong, so dua tiga ari sebelum kenduri memang rumah penuh ngan jiran tetangga dan sedara mara. Terima kasih semua yang bertungkus lumus, kalo tak dak hangpa jenuh la tuan rumah nak buat semua...tak larat wehh.

Ermmm mama, mana abah nye? hahahaha teringin juga nak berposing ateih pelamin ye ma..

Perkara baik tak elok tangguh lama-lama, angah doakan cik na dan en.dzul bertemu jodoh/bernikah secepat mungkin...tak sabor nak tgk pelamin kawen yang lagi grand, bole le aye numpang berposing, ITU PUN! itu pun kalo aye kuruihhhh  dan muka aye kambali licin...:D

Friday, December 03, 2010

Bila Cela Di Wajah Memberi Amaran!

Petanda Sudah TUA!

Owwhhh  TIDAKK..

Muka tumbuh jerawat? sangat biasa... jerawat halus manja, jerawat nasi org kata, angah tak heran pon, seminggu dua dia ilang begitu saja - tanpa kesan dan muka licin semula dan kelihatan suci bersih!

Itu DULU!

KINI? owhhh sedeyyy

Angah perasan masa ramadhan ari tu, kulit muka mula mengering dan mengelupas di sekitar bibir dan dahi..  tak pe la angah bior aje, kot kot masa ramadhan memang kita kurang air..

TAPI stat dengan kering tu..dah ada pulak bintik itam sebutir dua  terbit kat pipi dan yang paling sadis selepas aidilfitri ari tu, jerawat tumbuh silih berganti tak berenti dan yang paling tak tahan meninggalkan parut hitam yang kekal sehingga post ini ditulis! ohoooooiii... menderitanya jiwa tatkala menatap cermin. Dah lah rumah banyak cermin, panjang ada, bulat ada, bujur ada, empat sagi ada, besor kecik ada belaka setiap sudut, maklum le orang jenis 'perasan model' ni memang rumahnya banyak cermin huhuhuhu sekarang cermin-cermin itu manghantui diri ku...

Maka bermula la pencarian produk-produk yang kunun bersesuaian dgn muka...

Sudah setahun lebih menggunakan Bio Assents - Tanaka White, kulit muka ok je. Serasi sehingga masalah ni timbul. Apa lagi kawan-kawan yg bermuka suci bersih menjadi rujukan angah, pakai produk apa, beli kat ne, berape regenye..bla bla bla...
seorang teman mencadangkan produk susu kambing jenama HR, katanya muka aye alah pada bahan kimia, so produk ni bebas kimia. Angah pon cuba la starter kit dia 50 hengget empat perkara sebesar ibu jari setiap satu. Selepas 3 Minggu? jerawat makin lebat daaaa

Lepas tu kebetulan body shop open table kat Law Fac. angah pon pi la..men'scan' muka, katanya struktur muka udoh jatuh akibat terlampor kering dan pori tersumbat, dia cadangkan pakai cleansing milk dgn krim pelembab intensive. Selepas sebulan? ya kulit kering agak pulih tetapi   jerawat tetap tak berenti membukit terutama di dahi  hisysssyyy...marah betoi angah nengok muka ni sampe naik tension! memang tensionnnnn.....uhuk uhuk uhukk  makkkk..tolong angah

Marah punye pasei produk lain pon angah bedal jugak, ZA la, Safi Rania Gold la, Fairever la, Forever la ever n ever la...huargggghhhh...ari tu buat facial guna produk Biocos muahahahhaa mukaku bertambah jadi macam parut chiken pox..

Angah sedey tau...bertambah sedey bila ada org teka umor angah dgn 'tepat' seblom sblom ni selalu org teka mesti 4-5 tahun muda dari umor tauuu..huhuhuhuhu...nasib badan...What to Do???

















Gambor terbaru dgn parut jerawat yang sangat mablesss, tapi tetap menten senyum, spesis pantang nampok kemera!