Friday, February 25, 2011

Saman Menyaman Amalan Mulia!

Mulia apa...bila kena saman ia akan jadi pengajaran supaya lebih berdisiplin di jalanraya, itu pon kalo anda sayangkan RM anda  la..

kalo tak sayang
dan rasa RM anda itu terlalu banyak
dan melimpah ruah
dan nak bersedekah kat polis
sila lah langgar aje peraturan jalanraya dan...
selamat menjadi hantu raya di jalanraya

Anda dah semak saman trafik anda? silalah berkunjung ke website di bawah ni. Inilah website yang paling laku dan hot sehari dua ni....


Tengok Che Din ni, sampai empat saman dia dapat, semua sebab parking haram. Ni gara-gara tak mampu bayar parking halal masa keja kat Bangsar Village dulu... huhuhu...sib baek tak sampai dua hatus hengget, itu pon aye rase ralat sangat nak bayor kat polis ermm...

Thursday, February 24, 2011

'Jalan-Jalan Makan Angin, Buang Angin, Masuk Angin Keluar Asap...'

Hahahaha tajuk di atas tu tak de kaitan apa-apapun  sila abaikan je..:D


Duk tengah raflahjingga otak ni..rumah punya pasaila, adik-beradik punya pasai la, kerja opis punya pasai la..huh! banyaknya benda nak di pikiorkan nih! Tapi tak apa, masih under kontrol..cuma isu rumah ni yang aye betoi-betoi risau, sebab rumah yang aye duk sewa sekarang ni, tuan punya nye  nak jual pulak dah...

So semalam aye amik cuti sebab che din off duty, so kami pon pakat  pi DBKL dan UDA Holding. Niat nya nak mendaftar pembelian rumah.

Kisah Di DBKL

Sehari sebelum tu aye dah call org DBKL nak tanya syarat-syarat pembelian, dia cakap kalo dah pernah beli tak boleh beli lagi. Ok la sebab che din memang tak pernah ada beli rumah pon, so che din ni berkobar-kobar la nak daftar beli rumah DBKL, sampai sana dah amik no., dah tunggu bagai, tidak jugak dapat daftar.."encik tak layak mendaftar! sebab isteri dah ada rumah..." laaa...awat la orang yang aye call semalam tak cakap plak kalo pasangan dah ada rumah, tak boleh apply... ish ish ish...padan muka aye...sebab tak cek kat website DBKL syarat-syarat tu..

Kisah di UDA Holding

Dari DBKL kami tuju ke BB Plaza, mencari pulak UDA holding dengan niat yang sama...yang ni pon aye idok le nak cek websitenye, main terjah aje.
Masa sampai kat kaunter dan beritahu niat kami, staf kat situ macam pelik je kami nak beli rumah, dia tanya projek mana yang kami nak beli, pas tu aye cakap le 'kami nak tanya-tanya dulu..', so dia tu suruh kami pi tingkat 9. Sampai kat tingkat 9 ada sorang staf yang incharge, dia pun tanya soklan yg sama, projek mana yg kami nak beli sambil senyum-senyum..tak dan aye jawab, dia cakap ' projek yg tangah buat la ni kt area  cheras, unit banglo, harga 800 ribu ke 1 million, kalau rumah teres ada pun yang harga 600 ribu ke atas je..'
mak aihhh tak semena-mena aye terlopong..pas tu aye cakap 'erkk ekceli saya cari projek kos sederhana..kalo ada'
'ohhh UDA sekarang tak ada buat dah projek kos rendah ke sederhana ke..sekarang banyak projek township je..mahal la..sikit'

Dengan penuh hormatnya aye pon minta diri...pas tu aye pon teringat le kenapa staf kat situ cam pelik je tengok kami...maklum le, kami pakai seluar jeans cabuk je....ada hati nak beli projek UDA muahahahaha...ini la yang dikatakan Masuk angin keluar asap....kui kui kui...

Tuesday, February 22, 2011

Undi, Mengundi, Terundi: Tahniah kepada yang menang!

Semalam 21 Februari 2011, aye bertugas untuk Majlis Perwakilan Pelajar, jaga bebudak universiti mengundi. Ganas gak tahun ni, ada calon ilang lah, usung  replika mayat la, kepala bab* pun ada gak lagi..huisshhh macam-macam!



Tahun ni pusat mengundi yang aye kena bertugas adalah di Fakulti ini...

ni la team aye, kecuali 2 budak lelaki tu... enterprem je lebey bukan bertugas pon
Gossip!
Mana le bebudak ni...tak mo ngundi ka? cemuih aye tunggu...

tahun depan panggil le kami bertugas lagi, dapat gak nambahklan markah B2,  KPI.. kui kui kui...

Monday, February 14, 2011

Hari Keluarga FSSS, 2011: Best ke Tak Best?


Gile kome tak best..tiada yang best melainkan yang best-best belaka!  fuhh teruja je bunyik kan?
Al-maklum le..si angah ni last joint Family Day fakulti pada tahun 2006, punya la lama tak joint, bukan apa.. yg seblom ni buat kat luar KL dan bermalam so..seperti biase la,  angah mana bley tinggalkan Che Din sengsorang! (huk'alohhh..ada yg nyampah dengo ni) muahahaha....

Membantu Pendaftaran Peserta

Sehari sblom kejadian dah tak bley tido dah..terpikir-pikir macam mana la perjalanan aktiviti tu nanti. Tapi memang hepening lah. kredit to all AJK dan bukan AJK atas usaha anda utk merealisasikan acara ini, penat memang penat tapi berbaloi...tahniah juga utk semua staf yang hadir...

Kredit to Cik Bai, yang tolong jaga kaunter pendaftaran sampai akhirnya...

hohohoho...sangat besshhh
FRIM. Hutan di tengah Kuala Lumpur, pemandangan hijau sangat cantik, ada sungai kecil utk bebudak kecik mandi, utk org dewasa tak sesuai sangat kot sebab cetek. Tapi yang angah perasan walaupun dikelilingi pokok-pokok tapi udara dia panas lah, berpeluh tak hengat...Special thanks utk crew-crew FRIM  yang membantu acara telematch, kelakar gile la diorang ni, angah ketawa sampai sakit rahang!


Persekitaran FRIM
Cabutan bertuah yang paling ditunggu-tunggu. Hadiah-hadiah awal-awal kita dah tahu apa bendanya, sebab gang Pejabat Dekan yang balut, cumanye..teruja nak jampi hat yang besor sekali..tapi bila cabut nombor gang kitaorang dapat yang kecik-kecik je..uhukkk betui betui tak lucky la dalam lucky draw itu huhhuu...
Dah tau dah apa barang dalamnye..duk berebut nak yg besor..

Pengacara Bidan Terjun..

Opkos le menang...!

Begitu la ceritanya...kalau ada yang tak besh pon hanya lah perkara yang sebesor kuman je, boleh di abaikan. Hari ni kat opis masing-masing heboh bergebang pasai family day, semua pon gelak-gelak, hepy-hepy...see ya!

Friday, February 11, 2011

Mazlin Chik Inn Nordin: "Lawak Kesiaannnn..."

Mazlin Chik Inn Nordin: "Lawak Kesiaannnn...": "Dah dua hari saya menulis entri mengenai hobi atau koleksi yang diminati saya mahupun rakan rakan blogger. Hari ini saya terpanggil berkon..."

Thursday, January 20, 2011

Cinta Yang Manis


Jangan tawarkan cinta
Dari bibirmu
Kerana kau mungkin akan terlupa
Dengan apa yang kau ucapkan.
Sebaliknya,
Berikan aku cinta
Dari lubuk jiwa
Kerana ia tanpa ada paksa
Dan lebih tulus kasih sayangnya.

Jangan tawarkan cinta
Dari pandangan mata
Kerana kau mungkin terkhilaf
Dengan paras rupa.
Sebaliknya,
Berikan aku cinta
Dari rasa iman
Kerana ia berpandu taqwa
Dan kita akan lebih bahagia.

Kasih,
Tawarkan aku cinta
Berikan juga aku cinta
kerana sehaluan bicara
janji yang seia sekata
Kitakan bisa bersama
Menempuh segala gelora

                                                                       adinaduana/20012011

Wednesday, January 19, 2011

Thursday, January 13, 2011

Tengah banyak duit "yang tua nak ke Mekah, yang muda gatei nak menikah..." kata Mr. Os

Tersenyum manis makwe-makwe pemain bola ni agaknye...ye la pakwe dapat durian runtuh..boleh la kawen cepat..tapi awas anda juga perlu risau kerana khabarnya ada artis-artis wanita mula memberi perhatian terhadap pakwe-pakwe anda ini muahahaaa...kot-kot la..


-sumber hmetro-


INFO: Pecahan insentif Piala Suzuki AFF


Kerajaan
RM50,000 unit Amanah Saham Wawasan setiap seorang
RM10,000 insentif setiap seorang
Skim Hadiah Kemenangan
Majlis Sukan Negara (MSN) - RM5,000 setiap seorang
Negeri

Kedah - RM5,000 (Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Khairul Helmi Johari, Mohd Sabre Mat Abu, Mohammad Faizal Abu Bakar, Amar Rohidan)
Terengganu - RM5,000 (Mohd Sharbini Alawee Ramli, Mohd Ashaari Shamsuddin, Mohd Muslim Ahmad, Izzat Faris Ramlan, Mohd Faizal Mohamad, Norshahrul Idlan Talaha) dan satu lot tanah seorang
Perlis (Yayasan Pok & Kassim) - RM5,000 (Amar Rohidan)
Kelantan - Rumah (Khairul Fahmi Che Mat)
Perak - RM10,000 (Mohd Safee Sali)
- RM5,000 (Mohd Sabre Mat Abu, Mohamad Fadli Mohd Shas)

(sumber-bharianonline)

-sumber utusan-
Harap-harap sangat skuad harimau ini tak mengulangi sejarah skuad Piala Thomas 1992...dapat habuan mewah, berarak sana-sini berbulan-bulan akhirnya piala kebanggaan itu terlepas bagai 'pergi tak kembali lagi' kui kui kui...
 
 
pssstt...M. Nasir kata lagu Ana Rafali menang sebab lagu tu bersifat personal dan lahir dari hati! humangaihh pasai pa dia dok kata cam tu...'ohh sebab Ana Rafali tulis seniri, cipta seniri dan nyanyi seniri..., eh tapi si Yuna bukan pulun semua ka ciptaan lagu tu? pasai pa tak bagi menang...'   mak konpius nyahhh...patutkah mak bertanya  'sama itu hud-hud?  (maaf lari topik!)

Thursday, January 06, 2011

Penutup 2010 (Part 2)

31.12.2010

Akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki ke Pusat Pemuliharaan Gajah di Kuala Gandah, Temerloh, Pahang. TERUJA! sebab dari tahun 2005 angah mengidam nak bermanja-manja dengan si manja ni..

Gambar menceritakan segala-galanya. Let's Go!

Macam besa la sblom apa-apa posing dulu...mesti mau..

Ni dalam bilik pameran, di sebelahnya bilik tayangan dokumentari mengenai operasi menyelamat sang gajah


Ni gajah pertama yang menjadi mangsa sebagai prop utk kitaorang bergambor..kui kui kui


ops ops..sabor la gajah...ok redy..peace..




Gajah dimandikan sebelum dibenarkan membuat aksi


Nak bagi gajah makan tapi takut-takut dan geli..


Ni paling besh...tapi satu pusingan je, sebab ramai orang nak naik dia..Yang angah naik ni gajah yang paling tua di pusat ini, umur dia dah 72 tahun..kulit pon dah kedut dan sopak

ni aktiviti yang besh jugak tapi angah tak joint sebab takut tenggelam hahaha..

Memandikan gajah, kebetulan pulak dapat mandikan gajah yang berasal dari Kuala Kangsar. Nama dia Siput, sebab dia di jumpai di Sungai Siput KK. Nakal tau si Siput ni, dalam duk golek-golek mandi dia melabor plak...mencicit kami lari ciss

Ni la si Siput dengan instraktornya. Siput ni paling muda umur dia baru 5 tahun..comell


Mai la sini..tak kena bayaran cuma donate seikhlas hati..

Dan kala senja 31 Disember itu genap la lapan tahun kami menikah...:D

Wednesday, January 05, 2011

Penutup 2010 (Part 1)

26 Disember 2010



Sepertimana pertama kali pergi ke Zoo Negara awal tahun 2010 nan lalu, ke KL Tower pun sama la jugak…firstime pegi walaupun dah berbelas tahun aye duduk kat KL ni.
Apa yang menarik? Tak de la menarik sangat pon, apatah lagi bayaran masuknya agak mahal bagi org berkategori miskin badar macam aye ni..kui kui kui…
Aye kata mahal sebab aktiviti dia ala-ala ‘sendu’ je, bayor RM38, beratur panjang tunggu turn naik lif, pas tu sampai atas, tengok view tak sampai berapa menet dah abis pusing..





Pas tu turun bawah semula, kita diberi pilihan sama ada nak masuk ‘zoo’ atau ‘Kampung Budaya 1 Malaysia…aye pilih masuk kampung..





Kat luar kawasan menara tu ada la jugak pameran-pameran, kereta kuda, kuda padi untuk ditunggan oleh kanak-kanak riang..








Itu saja...lawatan sambil belajar..kali ini..:D


Jumpa lagi..Che Din kata, bila ada anak nanti kita mai lagi... aye kata - sila pastikan anak itu adalah anak dengan saya hahahahaha...

Thursday, December 30, 2010

Coli Laser Julia Perez Tidak Berfungsi?

Syabas Malaysia!!! Terima kasih Rajagobal dan anakanak buah kerana menang! Menang yang mencipta kemanisan dan senyum meleret kepada semua warga Malaysia...



Semangat kental walau di provok, diejek dan diganggu, sehingga berlatih pon di kawasan hotel sahaja, itupun diganggu juga...betui-betui haru la fans Indonesia ni..tak de keje lain ke dr nak mangacau orang?

Bagaimanapun nak ucap tahniah juga kepada team Indonesia, sangat jelas  kesungguhan mereka untuk menang..sehingga ke minit akhir..Syabas!
I like...player yang bernama Arif Sunoyo...:D, tapi last-last dapat kad kuning :(



Kebanggaan....Safee Sali. merangkul anugerah penjaring terbanyak dan yang paling besh semua jaringannya cantek-cantekkkk...



Mengharapkan Fahmi menjadi pemain terbaik perlawanan! Berani sungguh budak ni, bola jauh dari gawang pon dia pi hambat. Tahniah Fahmi! kerana ketangkasanmu dapat melengahkan jaringan Indonesia.

Meninjau kelibat Julia Perez yang mencari publisiti murahan itu, tak kelihatan kerana mukanya angah tak familiar..sebab sebelum statement coli leser itu angah tak kenal pon muka dia, selalu dengar nama aje. Sebaliknya yang angah nampak  Si Manohara..Wahh...terserlah...memang cantik la dia ni, sungguh berbeza dengan penyokong perempuan lain di kiri kanannya hahahaha...

Julia Perez...kamu lambang perempuan yang terdesak! sangat malu dengan statementnya, angah hendak katakan begini kepadanya "kamu buat lawak ker...cuba la cari lawak yang pandai sikit.....dah la negara kamu tu kacau bilau, bencana selalu menimpa, insaf la weii!"



Terima kasih Pak Najib kerana berikan Cuti Umum Esok, jimat sehari cuti rehat rakyat Malaysia.....Kepada kengkawan yang dah apply cuti rehat untuk esok sila batalkan cuti anda...Selamat Bercuti!

Monday, December 27, 2010

BTN oh BTN

Tanggal 14-18 Disember 2010
Kem Bukit Sagu, Kuantan Pahang


Al-kisahnya si Angah pegi BTN...

"Ape ke jadahnya dah lama koje, tetap dan telah sah baru nak pegi BTN..."
marah betui aye, pas tu aye rasa marah lagi pasai kena beli pulak sak neka benda - pakaian wajib katanya  "eimakkk udoh le macam kena paksa berkursus, kena keluo duit pulok baju kurung putih le, kain itam le, kasut itam formal la, t'shirt bekolar la..eiii sak neka mak nenek kena beli la, makan ratun-ratun gak abis ye huhuhuu...soping benda lain pon baguih..
bertambah marah  bile deme ngantor surat panggilan kursus  lambat! ishhh kelam kabut buat persediaan, mana nak balik kampung kenduri cik na lagi, nak beli barang-barang ni lagi...huiii rushing benor idup aye masa tu.

Bertolak

Disebabkan marah sana-sini, aye jadi tak sonok nak pegi, bila tak sonok aye jadi stress, bila stress mula le jentera pencernaan kaco bilor...perut memulas, bila ke tandas tak jadi keluo pulaok aiii jenuhhh.

masa berkumpul tunggu bas, staf lain suami antor saja tak tunggu, yang che din ni siap tunggu sampai angah naik bas sebab dia risor angah cabut lari...muahahaha...

dah tak leh nak lari, pegi le juga..bertolak la kami dengan 3 buah bas....
aduiii dah naik bas bertambah sengal rasenya perasaaan ni...apa punya 'berhemah dan sangat bersopan' la encik driver ni...2 biji bas lagi  dah tak nampak bayang... gerak lebih kurang 10 pagi, sampe ke kem dah pukui 4 lebih humangaihh betui-betui makan angin, patut-patut pukui  3 dah sampe!

Day 1


my roomatess yang beshh

Setel hal-hal penginapan, kami dengar taklimat dan suai kenal dengan Jurulatih dan Fasilitator, pas tu buat kumpulan kecil utk group meja makan. Selepas dinner bermulala kursus KENEGARAAN...first tayangan muvie "Hati Malaya" hahaha nak harap pegi panggung tgk citer ni memang idok le jawabnye...

Ceramah pertama tentang : Tanahair...disebabkan rasa tak seronok masih bersisa dan badan penat, makanya si angah ni jadi mengantuk, kepala otak rasa kena blok, semua info tak lekat , dah tu ceramahnye sehala aje..dah ujung-ujung   kat pukui 11 lebih baru bukak untuk soalan  , huiiii jgn buat pasaii aye dah nampak bantal  je, ni kalo ada yang angkat tangan bertanya soklan, memang aye lastik tangan dia

gedebak-gedebuk dekat kui 12 tgh malam baru boleh landing, landing je tidonye balum lagi, nak tido cam ne...duk dalam ladang sawit...musim ujan plak...aiii apa lagi aumm gedek-gedekk, gedek-gedekkkk  cisss kugiran  sang katak daaa....aduiiiii la...mengalahkan kugiran kat panfair Kpg Talang je..

Day 2 dan seterusnya

Oh! rushing! jadi tak sempat la angah nak mencatat apa yang terjadi, sebab rushing nye nak melabor selalu pon tak bole...

disebabkan rushing juga la angan dah lupakan hati yang marah dan kepala yang stress masa mula-mula nak pegi ari tu.., tahu tahu dah hari terakhir dah...YEYYYY :D

Ni ahli kumpulan 4, yang buat bersembahan menari gelek lagu 'Malaysia Baru'




rasa macam budak tingkatan 6 pulak...


tapi sayang banyak aktiviti tak dibenarkan apa-apa jua  bentuk rakaman, jadi tak dapat la nak tayang..
Bila nakbalik rase sedey plak...sebab ada di antara Jurulatih  sangat-sangat baekkk macam Pak Sufian yang dalam gambar ni...