Assalamualaikum semua...
Hari ini merupakan Jumaat terakhir dalam tahun 1437 Hijrah. Dengan rendah hati saya ingin mengambil sedetik di ruang maya ini untuk memohon keampunan dan kemaafan jika ada melakukan kesalahan atau berkasar bahasa di medan blog ini. Semoga ukhuwah kita diberkati Illahi.
Saya doakan semoga kita terus berjaya, bahagia, murah rezeki di tahun 1438H dan tahun-tahun mendatang.
Wassalam.
Friday, September 30, 2016
Wednesday, August 31, 2016
Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia `59
Haruslah sayang kepada Negaraku Malaysia nan satu ini.
Biarpun ada segelintir yang menabur onak pada Tanah tumpah darah sendiri, biarlah mereka dengan kepelikan yang jelik itu..harap mereka mendapat cahaya untuk berubah.
Malaysiaku,
Semoga terus aman.
Malaysiaku,
Semoga kekal dalam kemerdekaan.
Wassalam.
Labels:
Emosi
Monday, August 01, 2016
Motivasi Diri
'Kalau kau rasa diri kau bagus, ingat, ada orang lain yang lebih bagus
Kalau kau rasa diri kau baik, ingat, ada orang lain yang lebih baik'
Kadang-kadang kita meletak diri dan berdiam di zon yang selesa, sehingga lupa menaiktaraf diri,
kita perasan kita nyaman dengan apa yang kita miliki, tetapi lupa ada orang lain yang telah jauh mendahului kita dengan pelbagai kemajuan diri.
Seringkali kita merasa tiada orang lain yang dapat membuat sesuatu sebaik kita, jangan silap! cuba buka mata dan bergaul dengan lebih ramai orang, kau akan tahu tahap kedudukan diri sendiri.
Sudah sudahlah menjaja kebolehan diri, sekiranya yang dibuat adalah perkara yang sama sahaja,
sering seringlah melihat kebolehan orang lain dengan hati dan minda yang terbuka, serapkan di jiwa bahawa, kebolehcapaian di dunia ini sangat luas, bukan di ruang lingkup yang kau selesa sahaja.
Kau cari pasti kau akan jumpa!
wake-up girl!
adinaduana/1.8.16
#selalusedardiri
Labels:
Emosi
Monday, July 18, 2016
Aidilfitri Hari Bersama Keluarga...
Salam Syawal semua.
Selamat
berpuasa Sunat Enam.
Selamat beraya juga kepada yang masih meraikannya…majlis
rumah terbuka di sana-sini…apapun kesihatan kena jaga ye..kontrol makan
minum..ini ingatan untuk Angah jugak ni, lepas kembali dari kampung halaman badan
macam tak sedap je, rasa nak demam pun ada..
Apa cerita raya kawan-kawan
semua?
Angah selalu terlewat cerita
pasal hari raya, maklum saja di kampung internetnya tenat sangat..kena tunggu
balik KL baru dapat berceloteh di alam maya.
Aidilfitri tahun ni kemeriahnya
lain dalam keluarga Angah, ia sudah tentu kerana bertambahnya ahli keluarga.
Kehadiran Khayla Aishah dan Aisyah Nur Zahra (dipanggil Kela dan Rara) sangat
memeriahkan suasana. Semua adik beradik Angah dan sanak saudara yang berkunjung
pun teruja nak melihat cucu baru Mama & Abah.
Angah macam biasa akan pulang ke kampung
pada pagi raya berseorangan, tahun ini sekali lagi menaikai ETS.
Che Din hantar ke KL Sentral

Tepat 2 jam 45 minit, sampailah Angah ke Kuala Kangsar tercinta...
Rara ambil Makngah di Setesn
Keretapi KK
Selamat Hari Raya Rara...amboi sedap manyandor dalam car seat dia..
Elok Angah sampai ke rumah, semua bersiap-siap nak beraya di kampung Abah, di Mukim Senggang.
Ziarah pusara atok ,opah dan pak sedara belah Abah..
Langsung ke rumah adik-beradik Abah, berjumpa sepupu sepapat..
Angah dan anak-anak Lope, abang sulung Angah
Balik semula ke rumah dah lewat petang, kami melepak saje melayan si Rara..
***********
Hari kedua Kela balik …
Rara pulak nak balik rumah maktok
sebelah abah dia di Sungai Petani…
Dah puas gomol Rara, Gomol Kela pulak..
Bye Bye Rara, jumpa semula raya ke 4 nanti..
Hi..saya Kela...
Gambar wajib setiap tahun, mama dan 3 anak perempuannya..
************
Pagi raya ke 4 baru Che Din dapat
cuti, maka bergerak ke Selama pulak…tapi
dah lewat macam ni dah tak ada Susana raya dah di Kampung Che Din.
Jadinya kami
ambil keputusan bawak mak Che Din bercuti…kami pergi bermalam di Pulau Pangkor…
dalam teksi pink
Bestnya mandi manda di Coral, Teluk Nipah...airnya putih cantik bersih..
Begitulah cerita raya Angah tahun ni...
Seronok layan anak buah...
Wassalam
Labels:
Keluarga
Thursday, July 14, 2016
Salam Aidilfitri 2016
Buat semua sahabat handai, Angah dan Che Din ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. mohon maaf zahir dan batin, atas segala salah silap dalam bertutur bicara.
Semoga kita mendapat keberkatan dan dinaungi kasih sayang Illahi.
Yang memandu ke sana-sini..berhati-hati jangan lupa berdoa untuk keselamatan...Angah sayang anda semua!
Semoga bertemu lagi..insyaallah...
* lor... posting ni duduk dalam draf, baru hari ni perasan...jadi hari ni la baru terbitkan..kui kui kui...
Labels:
Emosi
Friday, July 01, 2016
Ramadan 2016
Assalamualaikum
Apaka khabar kawan-kawan, Angah doakan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera -
hati yang tenang dan beroleh keberkatan dari yang maha Esa.
Ramadan ~ sesuatu yang Angah dapat serap more pada ramadan kali ini adalah 'SABAR'.
Sabar untuk bangun awal
Sabar untuk menyediakan itu ini
Sabar untuk mengawal diri dan kata-kata
Sabar untuk mengawal perut yang lapar
Sabar untuk yang macam-macam
- semata-mata untuk memastikan puasa terjaga dan pahala yang terjamin dan mudah-mudahan berganda.
-semata-mata untuk melatih diri untuk tetap 'baik' di bulan-bulan yang seterusnya.
Sabar - mengungkapnya sangat mudah
tetapi sangatlah sukar untuk dipraktikkan - apabila kita berniat, berdoa dan berazam mahu jadi lebih baik - masa itu lah datang sesuatu yang membuat diri rasa sangat teruk, jahat dan membuat diri rasa 'tak payah jadi baiklah!' ha! marah marah! Angah tak tahulah orang lain macam mana...ini adalah secebis diri Angah yang sangat lemah ini.
hai angin angin yang jahat silalah menjauh...
Selamat meneruskan Ramadan semua...semoga hari ini lebih baik dari semalam...
Wassalam
Labels:
cerita ceriti
Tuesday, June 07, 2016
Adehhh malunya...
Serius...Angah
ni kadang-kadang huru hara jugak perangainya…
Jumaat
2 Jun 2016…lalala hati berbunga-bunga sebab dapat balik kampung, jumpa family… makan-makan
sebelum bulan Ramadan menjelma.
Sesudah
subuh kami gerak balik kampung, duit dalam beg ada sikit tak sampai seratus, Angah
pakai Bank Islam, dalam kampus UM ada, tapi sebab bizi…tak dan cucuk duit sebelum
balik kampung kaedahnya… dah la di Kuala Kangsar (KK) tak ada Bank Islam.. ’tak
pe, KK banyak mesin ATM’ cuba sedapkan hati sendiri.
Sampai
RTC Ipoh dalam jam hampir ke 8 pagi, ada ATM BSN dan Agro Bank, namun kedua-dua
reject kad Bank Islam Angah…panas sikit hati ni, tapi cuba positif..’ awai
sangat kot, bank belum ada duit…’ kunun..
Sampai
KK terus ke Maybank – reject juga, pi CIMB – reject lagi..dah cuak dah ni, pi tanya
kat staf di situ, dia kata..mungkin line MEPS bermasalah..cuba sekejap lagi
katanya..adeh…
Tak
puas hati Angah pi pulak BSN…reject le jugakkkk uarghh, staf kat situ pun kata
benda yang sama..masalah line.., last sekali pi RHB kat jam besor KK..memang
reject jugak kaedahnya..ko dah kenapa mesin ATM oiii?
Hati
busukpun mula la berkata-kata... ‘apalah
KK ni dah la tak ada Bank Islam, mesin ATM pun tak boleh tumpang pakai! ‘ bla bla
bla dalam hati, sampai rasa nak hashtag kat
ahli parlimen KK (bakal), suruh usaha
adakan Bank Islam..kui kui kui…Angah…Angah..
Sambil
marah-marah tu cuba juga positif ‘agaknya lepas jam 10 baru line ok kut..’ tapi masa tu baru jam 9 lebih, ye tak ye..pecut
ke Taiping…..kat sana memang ada Bank Islam… nasib baik Che Din tak banyak bunyi..I
follow je.. kata dia..
Fuhh..kunun
nak cepat jumpa Khayla and Zahra..Makngah rindu tau..sabor aje..
Sampai
Taiping…percaya ke tak…di Bank Islam sendiri pon kena pun reject!.. juga??? apahal??
Makkk…rupa-rupanya…
edehh
malu sendiri..bila staf kat kat situ
kata…’memanglah reject..kad dah habis tempoh..tu kat kad ada tulis 05/16’ – maksudnya mei 2016 tamat tempohnya…ALLAH…tak
pernah lah Angah nak ambil tahu bahawasanya
kad BI ada tempoh tamatnya…aduhai..Angah..
kwang-kwang kwang…
Kannn…dah
buat dosa je merungut-rungut pasal KK di pagi hari…ampun…
Kena
gelak dengan Che Din memang kompom..sampai rumah..kena gelak pulak dengan
adik-adik…adehhh…
nahh amik kau kad baru...2021..ingat...pi tuko kad..
Buang masa pulak kat bank, patut-patut dah awal-awal boleh jumpa family...ermm..
~~@@@@@~~~
Hai Kela, hai Rara...muahhhciked
Labels:
cerita ceriti
Tuesday, May 24, 2016
Jaga Kata-Kata
Assalamualaikum semua...
My friend kan, yang mana dah pi Haji atau dah pi Umrah tu selalu berpesan, kalau berada di Tanah suci, mulut kena jaga. Jangan suka suki nak cakap itu ini, takut-takut terlepas cakap atau tercakap benda yang bukan-bukan ...ha...betul sangat tu
Sebenarny, walau di mana-manapun dan apa jua keadaanpun kita sebenarnya perlu sentiasa menjaga kata-kata
'berkatalah yang baik-baik atau diam' - kata-kata ini patut menjadi motto hidup kita...kan kan kan...
Ni saja nak cerita, kejadian petang semalam di office...
Sambil sembang-sembang santai...Kak Bai tegur Angah, 'tak makan ubat ke..' teguran tu merujuk keadaan Angah yang dah 'sengau' sebab dek selsema.
'saya kalau kena demam ke selsema ke tak nak la ambik ubat, bior dia hilang sendiri je, sebab dah banyak sangat makan macam-macam ubat' jawab Angah...
Kak Bai pun mengangguk je sebab dia faham maksud Angah - dengan penyakit endometriosis, fibroid lah sys lah, memang agak banyak ubat yang Angah makan..itulah maksud Angah ...
Tapi tu lah..perkataan 'tak nak' tu bagai memakan diri. Walaupun Angah tidak bercakap dengan nada dan niat nak 'arrogant' dengan Allah..tapi nadanya seolah benda tu Angah boleh kawal sendiri..haishh...
Balik ke rumah petang tu, kepala punya berdengung...sakit tak reti nak cakap, selalu kalau sakit kepala akibat selsema, minum air 100 plus sakit akan lega, tapi kali ni tak lut lah air tu. Berkali basahkan kepala pun tak jalan, minum air suam banyakpun tak hilang sakit.,adehh..
Sampai ke malam..akhirnya tak bertahan..makan jugak ubat klinik...sambil menyesal dengan kata-kata sendiri ketika bersembang dengan Kak Bai tadi...sob sob sob...mintak ampun...
Begitulah sebagai manusia, kadangkala kita akan tergelincir pada 'kebiasaan' . Iktibarnya- janganlah terlalu yakin pada perkara-perkara yang di luar kawalan, ada waktunya benda yang 'biasa' itu, jika tidak diizin Allah, ia takkan terjadi seperti yang kita mahukan.
wassalam.
Labels:
cerita ceriti
Friday, May 06, 2016
Gurauan Alam
Senja ini
Langit menunjuk amarah
Kilat dan guruh betengkaran
Menangis sang alam semahunya
Mewarnakan gelap di segenap maya
Langit menunjuk amarah
Kilat dan guruh betengkaran
Menangis sang alam semahunya
Mewarnakan gelap di segenap maya
Senja ini
Bintang-bintang berjauh hati
Lalu bersembunyi
Bulan tak sudi mempamer diri
Entah ke mana pergi
Bintang-bintang berjauh hati
Lalu bersembunyi
Bulan tak sudi mempamer diri
Entah ke mana pergi
Aduh
Tersentak diri
Tatkala sang petir memekik
Menebar cahaya
Bagai api yang menyala
Apakah ini dendam
Atau...
Apakah ini rindu
Yang tersimpan
Setelah sekian lama kontang
Tersentak diri
Tatkala sang petir memekik
Menebar cahaya
Bagai api yang menyala
Apakah ini dendam
Atau...
Apakah ini rindu
Yang tersimpan
Setelah sekian lama kontang
...adinaduana/gurauan-alam/7.30pm/5.5.16
* sekali lagi negara di kejutkan dengan berita kehilangan helikopter, salah seorang penumpang adalah MP Kuala Kangsar. Masih teringat kemesraan dan manis wajah MP Kuala Kangsar itu, ketika bertandang ke rumah mama-abah pada tahun 2013.
Labels:
PUISI
Thursday, April 14, 2016
The Last Shot
Eh tiada siapa yang dipukul...saja nak menyedapkan tajuk
Tapi bendaallah ni memang berjaya 'memukul' emosi Angah..pheww
Tapi bendaallah ni memang berjaya 'memukul' emosi Angah..pheww
Sebenornye nak cerita pasal suntikan terakhir Lucrin yang Angah ambil pagi tadi. Dah berakhir dah,sesi suntik menyntik...tak perlu suntik lagi (harapnya). 3 dos sebelum operation dan 6 dos selepas operation...habis lunyai kalsium dalam badan Angah.
Nak bangun kena topang dengan tangan sebab lutut sangat 'tua' untuk bergerak cergas, akhirnya siku pulak seperti bengkak sebab asyik menopang badan yang dah semakin berat ni.
Harapnya sebulan yang akan datang Angah akan kembali normal dan sihat walafiat. Doakan Angah ye kawan-kawan...
Labels:
cerita ceriti
Monday, March 28, 2016
Ikhtiar Hidupnya
Ini mungkin hanya secebis dari seribu satu kisah kegetiran hidup insan marhaen di bumi Kuala Lumpur
Selepas menumpang kesejukan penghawa dingin di Nu Central, Angah menaiki LRT ke stesen terhampir dengan kediaman. Saat turun sudah kelihatan 2 Bas Rapid telah menunggu, tetapi pemandunya tiada.
"bas yang depan jalan dulu" seorang 'makcik' memberitahu, sambil menunjuk-nunjuk bas yang di hadapan.
Dia duduk di bahagian kanan tangga, Angah memilih ruang kiri tangga, jarak terpisah lebih kurang 3 meter. Angah perhatikan dia memegang beg plastik besar, mungkin baru balik shoping kot. Kemudian Angah melayan persaan sendiri je, sehingga terlihat kelibat budak kecik bermanja-manja dengan makcik tu. Comel dan riang lagak budak itu. Suka Angah melihat keletahnya.
"makcik nak balik mana?' laung Angah. Sebenornya Angah nak 'pancing' budak kecik tu...
"tak balik lagi...pukul 7 baru balik" jawabnya. Dalam hati tertanya, bas rapid ni jalan pukul 7 ke? ai..jenuh nak menunggu.
'makcik tunggu bas ni ke, atau ada orag ambik makcik' tanya Angah lagi, cuak juga kalau betui bas ni jalan pukui 7, sebab melihat jam, menunjukkan belum pukul 6.
Oleh kerana dia tak berapa dengar, dia datang ke arah Angah. "saya naik bas ni, tapi pukul 7 baru nak balik"
"kenapa, tunggu orang ke?'
"tak...saya kutip tin...!
Allah...fahamlah Angah bahawa dalam beg plastik besar tu agaknya adalah tin-tin yang dikutip. "ni anak ke cucu" tanya Angah, merujuk budak kecik disebelahnya.
"ni anak bongsu saya" katanya lalu balik ke ruang kanan tangga.
Angah pun menilai, rupa makcik tu memang macam makcik la...tapi agak kecik anaknya tu untuk disesuaikan dengan rupa paras makcik tu.
Angah menggamit budak kecik tu, dia pun sekonyong-konyong nya datang tanpa rasa segan. Alahai.. pucuk dicita ulam mendatang
nama sape?
Ikah (dia sebut nama penuh, tapi angah sembunyikan lah ye..)
sekolah darjah berapa?
tiga
sekolah kat mana?
kat sana, merujuk sekolah yang hampir di situ
Umpan Angah sungguh mengena, petah betui budak ni bercakap.
Lalu berlarutanlah sembang kami berdua. Dipendekkan cerita, maklum sudah Angah akan keadaan diri Ikah sekeluarga..
Ini cerita Ikah...
Setiap hari Ikah akan tolong maknya mengutip tin. Gaji maknya sebagai Pencuci di Stesen LRT sebanyak RM500.00 sebulan. Ayah dia pun Pencuci juga, jadi sebulan keluarga mereka dapat RM1000.00.
Ikah ada seorang kakak berumur 19 tahun, dah bekerja dan tidak tinggal bersama. Abang Ikah berumur 15 tahun, bersekolah di sekitar situ juga.
Ikah kata dia bawak duit RM5 dan abangnya RM10 ke sekolah. Angah usik dia..'eh banyak la tu RM5, acik dulu bawak 50 sen je, "ala...acik tu zaman bila...katanya sambil ketawa..hihihi
Asal dari perak, kat Bota. Ayah Ikah berumur 67 tahun, sakit kencing manis, sebab tu dia dengan maknya kutip tin, sebab tak cukup belanja, nak rawat ayanhya lagi...Umur mak Ikah awal 50an...(serius..dia nampak macam dah 60 lebih, sebab tu Angah panggil makcik- sory...)
Cerita Ikah lagi, kalau hari sekolah dia akan makan di sekolah sahaja dengan duit RM5 tu, malam dia tak makan. Kalau hari minggu dia makan gitu-gitu aje sambil kutip tin, malam baru maknya masak. Menu yang mak dia selalu masak ikan goreng dan telur goreng. (detail betui Angah interview dia ni..)
Kawan-kawan semua...cuba bayangkan dengan RM1000.00 hidup di Kuala Lumpur, perlu mengnggung 4 beranak, ayah yang follow up rawatan, sewa rumah lagi, sekolah 2 beradik tu lagi, Allah...insaf Angah dibuatnya.
begitulah ikhtiar hidupnya...
begitulah ikhtiar hidupnya...
Angah pun susah juga masa kecik dulu, tapi kami hidup di kampung, nak makan kutip keliling rumah, jadi tak perlulah sampai kena mengutip tin kosong untuk tampung hidup..
Semoga Ikah sentiasa dilindungan Allah. Budaknya comel dan cerdik, pelajaran pun not bad, katanya dia selalu dapat no. 2 dalam kelas.
Semoga dia dilindungi dari pengkhianatan manusia, kawasan LRT tu ramai betui orang negro, semasa angah bersembang dengan Ikah , kami turut di 'usik' seorang negro..eii berderau darah.
lelaki depan Ikah tu, sebahagian dari lelaki negro yang ramai lalu lalang di situ
Erm..kita ni, kalau banding hidup dengan orang kaya memang kita akan rasa tak puas hati memanjang, cuba-cubalah membanding dengan orang yang jauh lebih susah, baru kita tahu hidup kita ni tak lah seteruk mana..
Wassalam.
Labels:
cerita ceriti
Wednesday, March 16, 2016
Alhamdulillah
Terima Kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan Aisyah Nur Zahra.
Zahra berkeadaan baik sekarang, mudah-mudahan dia dapat membesar dengan sempurna...amin
Ini Zahra setelah beberapa hari keluar dari ICU. Kulit Zahra macam terbakar dan kering mengelupas sikit, insyaallah makin lama makin elok kulitnya..
Ini Khayla, dah sebulan lebih umurnya. bulat dan mantap bodynya..full susu ibu...
Cak!..buah hati terbaru di rumah mama...
Makngah LOVE kamooo
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah di atas perasaan yang indah dan gembira ini..
Labels:
Keluarga
Tuesday, March 01, 2016
Doa Buat Aisyah Nur Zahra
Mohon doakan anak buah Angah, Aisyah Nur Zahra, anakanda kepada Cik Na, yang sejak dilahirkan 24 Februari 2016 lalu, anak ini ditempatkan di ICU Hospital Taiping sehingga kini.
Cik Na mengalami komplikasi yang agak sukar ketika melahirkan, anak kecil itu telah tertelan air ketuban. Zahra di dalam tempoh pemantauan untk mengelakkan jangkitan.
Terima Kasih terlebih dahulu buat kawan-kawan semua.
Labels:
Keluarga
Wednesday, February 17, 2016
'kau ingat Allah tak tahu? Allah tahulah...!
Segala sakit, segala perit
kau fikir kau seorang yang rasa
mungkin kau sahaja
tapi ada yang tahu; Allah tahu
mengadulah pada yang tahu
Semua duka, semua luka
kau fikir kau seorang yang pilu
mungkin betul begitu
tapi ada yang menyembuh; Allah penyembuh
mohonlah dari yang maha penyembuh
Kala kau lelah diumpan derita
Sang pencipta mendepang dada
sedia mendakap keluhanmu
kesahmu, tangismu
rintihlah doa pada setiap sujud
raih padu kasih simpati Nya
semoga nur dan rahmat
bertebar dalam takdir hidupmu
kau fikir kau seorang yang rasa
mungkin kau sahaja
tapi ada yang tahu; Allah tahu
mengadulah pada yang tahu
Semua duka, semua luka
kau fikir kau seorang yang pilu
mungkin betul begitu
tapi ada yang menyembuh; Allah penyembuh
mohonlah dari yang maha penyembuh
Kala kau lelah diumpan derita
Sang pencipta mendepang dada
sedia mendakap keluhanmu
kesahmu, tangismu
rintihlah doa pada setiap sujud
raih padu kasih simpati Nya
semoga nur dan rahmat
bertebar dalam takdir hidupmu
...adinaduana/AllahAda/17Feb2016/11.20am
* terkadang hanya banyak mengeluh, bersoal itu ini, mencabar begitu begini, tapi lupa mencermin diri !
Labels:
Emosi
Friday, February 05, 2016
Semoga Selamat Semuanya
~Assalamualaikum Kawan-Kawan~
Seronok eh, dua tiga minggu ni cuti weekend kita lebih panjang dari biasa. Minggu ni lagi panjang, sempena Chinese New year.
Saat dapat cuti-cuti free begini pasti ramai yang dah merancang macam-macam agenda. Balik kampunglah, berholidaylah, berhoneymoon bagai...seronokkan...
Apapun jangan terlalu ingka (gembira), sentiasalah beringat-ingat hal keselamat diri, keselamatan rumah yang ditinggal, kesihatan juga. Maklumlah macam-macam virus duk sedang melanda ni.
Ramai kawan-kawan yang ada anak-anak, bercadang nak pergi zoo, nak mandi di hutan lipur, nak mandi laut - tolong berhati-hati ye...kut di sengat nyamuk
Janga lupa berdoa, minta Allah jauhkan kita dari segala mara bahaya. Berhati-hati di jalanraya, banyakkan bersabar dan bertenang selalu.
Akhir kalam, Selamat Bercuti Panjang....semoga bersua kembali.
Wassalam.
Labels:
cerita ceriti
Friday, January 29, 2016
Naluri Sama Tiga Bersaudara
Kebetulan!
Yang sungguh tak diduga,
Semua terdedah ketika Adik Eja selamat bersalin 24 Januari 2016 yang lalu.
Subhanallah rupa-rupanya kami bertiga beradik punya keinginan menamakan anak sulung masing-masing dengan nama AISYAH,
Wah terasa ajaib sekejap, sebab kami memang tak pernah sembang pun pasal nama anak.
Angah, sekiranya punya anak, si sulung akan dinamakan Aisyah Humairah. Oleh kerana belum beranak, jadi nama ini akan disimpan sehingga the golden time itu sampai.
Cik Na, mahu namakan puteri sulungnya Aisyah Nur Zahra, insyaallah 2 minggu lebih lagi akan menjengah dunia,
Adik Eja, telahpun menamakan puteri sulungnya dengan nama Khayla Aisyah. Ahlan Wasahlan ya Khayla Aisyah. Kecil cenonet je macam ibunya, 2.5kg...alahai comel sangat ni..
Foto dirakam pada Aidiladha 2015 (September lalu)
Siapa Yang Mengandung Ni???
hihihi..masa ni angah belum operate buang fibroid, jadi perut kami sama je buncitnya...padahal Adik dah 5 bulan, Cik Na dah 4 bulan hamil kui kui kui..
meh belanja sefoto dua wajah Khayla Aisyah
makngah doakan Khayla sihat-sihat selalu dan membesar menjadi anak yang solehah...
wie...Makngah tak sabor nak syiummm dia...tunggu Makngah balik na...
Labels:
Keluarga
Monday, January 25, 2016
Siapa Rashid?
Sepanjang hidup ini, Rashid yang popular yang dikenali adalah Rashid Sidek, bekas pemain badminton Negara. Kalau ada pun Rashid yang lebih awal popular adalah Rashid Hassan, bekas pemain bola sepak Negara, tapi mereka popular zaman -zaman Angah kecik dulu. Haa..dari kecik minat ahli sukan je Angah ni. Artis ada ke yang bernama Rashid? tak ada kot ek.
Tapi dalam seminggu ni asik terjumpa nama Rashid disebut orang di dalam tulisan-tulisan mereka. Lalu Angah menggoogle siapakah Rashid ini?
Lorh..rupa-rupanya Rashid ni bukan manusia, tetapi ia adalah watak 'seorang' kartun yang memiliki akaun FB. Dia mungkin dimanipulasi oleh pemiliknya dalam menyuarakan sesuatu perkara secara sindiran....Ok.. faham..faham..
Baguslah Rashid, kau pun dah popular. Post-post kau pun banyak yang mengena...semoga kau terus jadi suri teladan...
hihihi, meh tunjuk sikit rupa Rashid ni, dan caption-caption yang boleh menyayat sengat di hati...
hahaha...jadilah seperti Rashid.
Wasssalam.
* kemungkinan pemilik Rashid ini sudah ingin muntah dengan kelakuan para penggiat media sosial ...agak nya lah..angah agak je..
Labels:
cerita ceriti
Subscribe to:
Posts (Atom)





































