Sunday, January 24, 2010

dan...HikmahNya
Benarlah seperti yang kita selalu dengar; setiap apa yang berlaku, setiap dugaan yang kita tempuh, tersembunyi hikmahnya disebaliknya. Angah bersyukur kerana masih ada emak yang masih kuat dan sihat untuk menjaga angah ketika terlantar , adik beradik , saudara mara yang perihatin dan banyak memberi sokongan. Kerana sakit ini angah sedar kasih sayang keluarga yang hangat dan mendalam.
Kerana sakit juga angah makin sayang kepada Che Din. Che Din yang sangat memahami keperluan angah, penuh pengertian terhadap ketidakupayaan angah dan selalu bersusah payah menemani angah disaat saat sukar. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan kepada angah seorang Che Din yang sangat baik hati.
teman-teman sejati kat opis, of course...sangat perihatin dan selalu bertanya khabar, ada juga rakan yang tak begitu akrab di opis tetapi apabila sakit ni, baru nampak yang mereka ni sangat mengambil berat kat angah huhh sentimental plak rasanya dan tak sabor nak mula kerja dan jumpa kome semua.
Hikmah yang paling best! dah tentulah ketika 'berpantang' dikampung halaman. Angah kerja kat KL ni dah hampir 13 tahun, dalam tempoh itu jaranglah dapat bercuti lama, nak-nak lepas kawin ni lagi la. Jadi dek kerana cuti sakit yang agak panjang..maka beristirehat lah angah dikampung terchenta..yabedabedu...
Masa kat kampung ramai la sedara mara dan jiran tetangga yang menziarah dan terasa silaturahim dikampung sangat kuat. Angah perhatikan yang lapis opah-opah ni dah sangat dimakan usia dah nampak keuzuran tetapi masih gagah jenguk angah, syahdu juga rasanya...
Terima kasih semua...

No comments: