Duka dan…
Salam pagi rabu…Angah menulis la ni dengan keadaan abdomen yang masih sakit tau. Bersolat masih tak boleh rukuk dan sujud dengan selesa, duduk juga tak boleh tegak tetapi baring sudah boleh mengiring…sedap le sikit tido, idakle kejang je rasanya. Dah masuk hari ke 23 dibedah, alur belahannya masih belum bercantum, terbongeh lagi weh, walaupun luka dah makin kering tetapi masih perit di bahagian dalam huhuhu ngeripun ada bila memikiorkannya. 2 minggu kat kampung, udah rase tuan puteri raja, mana idaknya makan pakai semua tersedia, tapi idak le angah makan tido je, gerak-gerak le juga ngan koje ringan supaya tak beku perjalanan darah ni ha. Pesan doctor, rajin le jalan-jalan jangan baring je katanya. Ni dah balik KL ni, dah tak jadi tuan puteri dah le...kena masak seniri, tapi yang ringkas-ringkas je la. iron baju dan mengemas rumah che din le kena buat...hihihhihi baru dia tau betapa penatnya membasuh dan mengiron baju, tabik lah kat che din!
Alkisahnya angah ni sikit berduka dengan apa yang dilalui bersama penyakit ni. BUKAN berduka kerana penyakit yang Allah beri, tetapi berduka kerana tidak berupaya mengesan awal, tidak berupaya mendapatkan rawatan yang lebih baik, doctor yang lebih baik, ilmu pengetahuan yang lebih baik tentang penyakit ni, memang agak terkilan!
Angah mengalami sengugut sejak usia 16 tahun, berkunjung ke klinik desa dan lepas tu ke klinik swasta semua doctor mengatakan sakit itu normal, rawatannya hanyalah pain killer. Sudahnya setiap kali sakit angah hanya beli panadol dikedai sebab malas dah nak ke klinik. Panadol tak pernah tinggal setiap kali period sehingga ke sekarang ni, dulu ada orang kata lepas kahwin sengugut boleh hilang, tapi ia tak berlaku pada angah. Pada tahun 2006 angah dikesan punya fibroid di dalam rahim, itupun setelah angah mnejalani rawatan bagi mendapatkan cahayamata. Pun begitu doctor tidak mengambil tindakan apa-apa kerana fibroid itu walaupun menyebabkan sengugut tetapi ia kecil dan tak menghalang laluan kehamilan, saya percaya pada doctor, mereka mengatakan fibroid adalah normal bagi kebanyakan wanita. Akhirnya angah mendapati sengugut itu bukan normal, dari setahun ke setahun tempoh sakitnya makin panjang dan terdapat benjolan disebelah kanan perut. Hairannya klinik baru nak scan rahim angah bila aye beritahu ada benjolan tu, selagi tak benjol selagi itu le haram dema nak nyecannya! Dah scan baru tahu ovari kanan dah bengkak sebesar penumbuk. Puncanya kerana separuh darah period mengalir ke ovari dan berkumpul sehingga beku, patut le sakit benor
perut aye ni…kita ni ingat sengugut biasa aje le…JADI jangan le percaya sangat kat doktor sebab dema bukan sayang kat kita pun…
Nasihat saya kepada gadis-gadis sekalian, kalu sengugut tu pergi lah terus ke hospital, dapatkan ujian di bahagian radiology, supaya kelainan-kelainan dalam perut tu dapat dikesan awal. Kalo awal dapat dikesan rawatanya lebih mudah dan kaedahnya lebih ringkas, tak payah le menderita kena bedah, sakit dik nun oooiii…
1 comment:
sabor ler...gadis sekalian denga nasihat angah tu k
Post a Comment