Al-kisah Sabtu 21 Oktober 2011
Bukan selalu angah dapat berteman di hujung minggu, kalau tak Che Din off duty atau Che Ija fly dari Sabah atau Che Na mai KL ngan Mama....memang keseorangan la angah bertemankan TV dan Komputer. Walaupun ada kawan baik di office, tapi diaorang semua ada anak-anak untuk diluangkan masa di hujung minggu begini...tak pe lah.
Ke mana angah? asalnya dah mengidam nak ke Bukit Ampang, meneropong KL. Punya la excited pepagi dah keluar rumah, sampai kat tempat dituju...ish ish ish...rupa-rupanya petang baru bukak.. alaahai...melepas.
Akhirnya angah dan che din membunuh waktu di TAMAN TASIK PERDANA.
Kali terakhir pergi ke sini 2 tahun yang lalu, tak sangka taman ni sudah Cantik!
Pertama kali tengok pokok ni angah macam pelik sikit, nak gelak pun ada, sebab badan dia montok tapi daunnya sikit.
Pokok apa ni? tak perasan pulak nama nya.
Wahh..ramai betul pengantin mengambil gambar di sini, tak silap angah lebih daripada 5 pasangan yang angah jumpa di sekitar taman ni. Angah curi-curi amik gambar satu couple yang tengah shoot ni, sebab latar belakangnya sangat cantik, macam kat oversea plak.
Meh la layan gambo angah pulak, hasil tangan photographer amatur:
Di bawah pokok yang pelik tadi...
Ini lah photographer amatur yang dimaksudkan. Tq banyak-banyak Che Din, walaupun penat bekerja 6 hari seminggu, hari off day kena bawak angah jalan-jalan pulak...tocey tocey..
ermmm...ni la akibatnya bila berjalan berdua-duan sahaja...tak de sapa nak tolong amikkan gambor kami berdua, amik seniri le...tu yang dahi ilang separuh dan lubang hidung sangat mempamerkan lorongnya.. hahaha...
15 comments:
cantik gambar tu angah..boleh buat kenangan tu.
gambor yang mana satu yang cantik wahai acik erna...(sambil tersipu-sipu malu dan idung kembang kempis..)
hujung minggu gua suke jalan2 naik monorel waktu senja, cantik kalo nak tangkap gambo hu3
orlando, bunyi macam best la bro...angah tak penah naik monorel lagi...nanti nak cuba la
salam kenal...
tak pernah ke tasik perdana...tasik titiwangsa pornah la...
kecik sangat gambar yer...kalau besar pasti jelas...:)
Hamboii... Bergambar sakan nampak...
Ni yg rasa geram je nak beli kamera ni... hehe...
Papa Mifz, Salam Ukhuwah..
Daddylicious (sedap nama), sengaja tangkap gambor kecik-kecik...malu sebab debab!
Kak Azz.....memang sakan bergambor kak
akak posing le banyak-banyak nanti uplod kat blog akak...
Angah wei..awak kecik no gambar nyer.. sakit ler dok jegil kan mata nie.. kasi le beso sikit..hehehe..
tau ke nak besokan tuh..nak akak tolong ker.. heheheh..:)
wah.. cantiknya tempat tu.. apa lagi orgnya..
jelesnya.. kami sekeluarga tak sempat nak p jln2 lagi.. bz sokmo dgn aktiviti semasa..
cepatlah cuti sekolah..
kak Rinna, jgn le dibesorkan gambor tu....nanti nampak spare tayar berlekuk-lekuk di badan aye ni...
Hariah, pegi la bawak anak-anak, tempat mainan budak-budak pun sangat cantik...
tak pernah ke sana lagi..:(
Post a Comment