Alhamdulillah..Allahuakbar
syukran Ya Allah dengan rahmatMu
masihku menghirup udara maya fana ini
syukran Ya Allah dengan rahmatMu
masihku menghirup udara maya fana ini
Biarpun aku belum sempurna
aku mengharap masih ada masa
mengecap segala nikmat sebagai hamba
aku mengharap masih ada masa
mengecap segala nikmat sebagai hamba
Sebolehnya kini
aku mahu lebih merenung pada yang kurang
agar aku selalu merasa beruntung dengan apa yang aku ada
aku mahu lebih merenung pada yang kurang
agar aku selalu merasa beruntung dengan apa yang aku ada
Sebolehnya kini
aku tidak mahu lagi mengira-ngira keuntungan orang
dan memberbanding kekurangan diri
agar aku tidak terkhilaf hati
dalam meladeni takdir sendiri
aku tidak mahu lagi mengira-ngira keuntungan orang
dan memberbanding kekurangan diri
agar aku tidak terkhilaf hati
dalam meladeni takdir sendiri
Hari ini
aku memilih menaiki bas
untuk ke pejabat
padahal boleh saja dihantar Che Din
dengan EX5 atau sang kancil
tak mengapa
kerana aku mahu menyorot lampau
nyatanya aku bermula dengan susah
dan kini diberi sedikit kesenangan
aku mahu menginsafi dan mensyukurinya
aku memilih menaiki bas
untuk ke pejabat
padahal boleh saja dihantar Che Din
dengan EX5 atau sang kancil
tak mengapa
kerana aku mahu menyorot lampau
nyatanya aku bermula dengan susah
dan kini diberi sedikit kesenangan
aku mahu menginsafi dan mensyukurinya
Aku menelefon Mama
maka aku mendapat hadiah
nyanyian Happy Birthday…
tapi mama lupa umurku berapa hihiihi…
maka aku mendapat hadiah
nyanyian Happy Birthday…
tapi mama lupa umurku berapa hihiihi…
Terima kasih Mama, Abah dan adik-beradik
terima kasih semua yang mendoakan kesejahteraanku
terima kasih semua yang mendoakan kesejahteraanku
Untuk teman-teman seperkongsian hari lahir:
Norlida Ahmad, Nora Ishak, Jillian Oii dan
hero korea ku Bi Rain
Salam ulangtahun kelahiran
semoga kebahagiaan menjadi milik kita selamanya…
Salam ulangtahun kelahiran
semoga kebahagiaan menjadi milik kita selamanya…
8 comments:
selamat hari ulang tahun kelahiran angah
Selamat hari jadi.... Moga-moga sentiasa sihat dan ceria selalu....
Selamat Hari Lahir Angah.. Mogd dipjgkan umur dan diberi rezeki.. Insyallah..
selamat ulangtahun kelahiran ye angah.. is doakan angah ceria2 selalu dan diberkatiNYA.... amin (^___^)
Besdei Angah sama dengan besdei kazen akak...
Hepi besdei Angah.. Moga segala impian dan doa Angah dimakbulkan Allah.. Insyaallah...
Terima kasih
Acik Erna
WuMing
Kak Rinna
Eis
Kak Azz - ramai rupanya yg berkongsi tarikh lahir dgn angah..:D
hepi belated bufday Angah! sori lambat wish.. anyway semoga segala yg didoakan dari Allah akan termakbul.. dan hidup ceria selalu....
Amin...TQ kak yatie..
Post a Comment