Saturday, January 24, 2015

MENGUNDANG GERIMIS

Bila artis ditangkap kerana penyalahgunaan dadah, hati dan otak  INI terfikir TIDAKKAH MEREKA SAYANG PADA DIRI MEREKA? Sedangkan diri ini yang hanyalah seorang peminat sangat-sangat menyayangi mereka – sayang dek kerana mereka ini berbakat. Suara mereka menemani hampir dari separuh umur diri ini.

Penahanan Ezad Exis sangat mengejutkan akhir tahun lalu dan baru nak reda satu lagi kejutan yang berlaku melibatkan  penahan Zamani Slam.

Arhg..kenapa dua orang ini pula? Sebab angah pernah minat gila dengan kedua-dua artis ini. Terumanya Zamani. SAYANGNYA!

Berbanding penahan Ezad, penahanan Zamani agak tragik sekali.  Satu Malaysia dah tahu dia ditangkap bersama ’orang rumahnya’ dan yang lebih tragiknya penganiayaan yang berlaku terhadap Zamani semasa dalam tahanan. Ya, angah bercakap tentang video Zamani menyanyi dengan tangan bergari

Sedih! Kalaupun dia bersalah kerana mengambil dadah, perlukah dia dimalukan dan  diaibkan sebegitu rupa.

FLASBACK

1994, ketika angah bersekolah di Tingkatn 6, angah mula kenal Kumpulan SLAM. Lagu-lagu dalam albumnya boleh kata semua boleh ‘dijual’. Angah sangat-sangat teringin membeli album mereka, tapi dengan status budak sekolah manalah angah mampu nak beli Kaset mereka waktu itu.

Dengan suara dia yang angah rasa sangat merdu, dengan rupa paras yang comel dan rambut lurus ala-ala rebounding – mahunya hati ini tak cair…

1995, usai STPM angah mula bekerja, ketika itu SLAM mengeluarkan album kedua mereka bertajuk KESAN TERBUKTI, nah…album ni lagi gila-gila punya sedap lagu-lagunya.

Siapa tak kenal lagu NUR KASIH, KEMBALI TERJALIN dan TAK MUNGKIN BERPALING? Oh…kerana album inilah angah pernah nak tukar nama pena angah daripada Adinaduana kepada Nur Kasih…pernah ya! Tapi tak jadi tukar sebab ramai sangat orang lain nak guna nama Nur Kasih haha..


Inilah cover album Kesan Terbukti, album artis melayu pertama yang angah beli

1997, ketika belajar di Kuala Lumpur, salah satu Asrama Luar  Universiti Malaya terdapat di Bangsar. Berhampirannya  terdapat satu studio TV3, yang mebuat rakaman program-program tv3 (tak ingat namanya). Angah and the classmate pernah ke studio itu untuk menyaksikan rakaman sitkom SENARIO (masa tu kumpulan  senario sungguh popular)  dan yang tak sangka tu selepas rakaman senario, Kumpulan SLAM buat Showcase kat situ, apalagi….tunguu…walaupun waktu dah agak lewat malam. Oiiii..sukanya dapat tengok Zamani in person…memang sangat comel orangnya…dan angah rasa angahlah penonton yang paling comel yang membuatkan Zamani hanya memandang angah seorang…hehehe..poyokan?

Dan tahun-tahun berikutnya angah masih meminati Zamani dan lagu-lagu SLAM dalam album-album seterusnya, sehinggalah Zamani bergerak solo. Dan waktu ini angahpun dah dewasa…dah tak taksub sangat dah dengan artis-artis ni…

Pun begitu, November lalu RTM menyiarkan Hiburan Minggu ini yang dihoskan Kumpukan SLAM, mereka bergabung semula untuk siaran itu, dah tentu angah layan depan tv…sebab lagu-lagu mereka masih segar dan sungguh nostalgia. Malah suara Zamani pun masih maintain, cuma seperti yang semua orang perasan, susuk badannya sangatlah cengkung dan mendatangkan persepsi ‘sesuatu’  terhadap Zamani tak terkecauali angah. Dan benarlah…bebarapa hari lalu Zamani sendiri diberitakan mengaku telah mengambil dadah sejak 10 tahun lalu.

KASIHAN…mengapa agaknya dia memilih jalan hidup begitu? Teringin sangat angah nak tahu…apakah masalah dia?adakah sebab Putus Cinta? Ah…apalah sangat dengan putus cinta, ramai lagi yang masih menagih cintanya kalau dia ingin…sambung saja dengan cinta yang baru sudah tentu ramai yang mahu!

Ye lah, itu kata kita, yang mengalami adalah dia…

Mudah-mudahan ada cahaya baru yang menerangi kelam hidupnya. Janganlah ada yang mengutuk dan mengeji hidupnya, kita tak tak tahu pengakhiran hidupnya bagaimana, entah-entah dia akan jadi lebih baik daripada kita.

Kepada si DURJANA yang mengaibkan Zamani dengan video itu, harap-harap kamu insaf dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Zamani, keluarga dan peminat-peminatnya. Jangan tak tahu, mungkin ada yang sedang mendoakan suatu hari nanti anak-anak kamu akan terjerumus dalam kancah penagihan dadah…ingat tu!

* eheh..ter'emosi sikit...:D



8 comments:

Cik Azz said...

Jujurnya, akakpun suka dengan beliau..
Jujurnya, akak kesian dengan beliau..
Jujurnya, ini bukan kali pertama beliau kena tangkap..

Memang sayang.. Tapi tu la.. Kita tak tau kenapa dia jadi macam tu.. Harap dia segera sembuh dari segala penyakit..

Kengkawan said...

Betul tu Ngah,
We just dunno what d future brings,

All d best to Zamani n family.

Ujie Othman said...

saya pun minat lagu2 nyanyian dia..siap beli kaset masa kat U.

mmg geram kat sape yg aibkan gitu.

Rinna said...

Suka ngan lagu2 slam dan Zamani..sore dia..mmg ada class yang tersendiri

Sham said...

Salam jumaat salam pkenalan...

Artis feveret sy ms belajar dulu ni...hermmm moga dia dpt kembali ke pangkal jalan...

Btw i folow u...

Kakzakie Purvit said...

Biarpun org tu bersalah, mereka yg mengiabkan org lain pasti ada balasannya...

Insaflah yg kita semua hidup tak lama di dunia ni.

ANIM said...

kak tak tertengok lak video itu..
takde sapa send,...huhu
tak apalah, lagi baguskan agaknya..
kita doakan yg terbaik buat zamani
semoga ada sinar perubahan buatnya

dear anies said...

igt lg room mate ms sekolah yg mmg minat giler slam dan zamani. smpi sggp telefon zamani tuuu entah cm ne laa dia dpt norbor telefon zamani tu...