Bila artis ditangkap kerana penyalahgunaan dadah, hati dan
otak INI terfikir TIDAKKAH MEREKA SAYANG
PADA DIRI MEREKA? Sedangkan diri ini yang hanyalah seorang peminat
sangat-sangat menyayangi mereka – sayang dek kerana mereka ini berbakat. Suara
mereka menemani hampir dari separuh umur diri ini.
Penahanan Ezad Exis sangat mengejutkan akhir tahun lalu dan baru
nak reda satu lagi kejutan yang berlaku melibatkan penahan Zamani Slam.
Arhg..kenapa dua orang ini pula? Sebab angah pernah minat
gila dengan kedua-dua artis ini. Terumanya Zamani. SAYANGNYA!
Berbanding penahan Ezad, penahanan Zamani agak tragik
sekali. Satu Malaysia dah tahu dia
ditangkap bersama ’orang rumahnya’ dan yang lebih tragiknya penganiayaan yang
berlaku terhadap Zamani semasa dalam tahanan. Ya, angah bercakap tentang video
Zamani menyanyi dengan tangan bergari
Sedih! Kalaupun dia bersalah kerana mengambil dadah,
perlukah dia dimalukan dan diaibkan sebegitu
rupa.
FLASBACK
1994, ketika angah bersekolah di Tingkatn 6, angah mula
kenal Kumpulan SLAM. Lagu-lagu dalam albumnya boleh kata semua boleh ‘dijual’.
Angah sangat-sangat teringin membeli album mereka, tapi dengan status budak
sekolah manalah angah mampu nak beli Kaset mereka waktu itu.
Dengan suara dia yang angah rasa sangat merdu, dengan rupa
paras yang comel dan rambut lurus ala-ala rebounding – mahunya hati ini tak
cair…
1995, usai STPM angah mula bekerja, ketika itu SLAM
mengeluarkan album kedua mereka bertajuk KESAN TERBUKTI, nah…album ni lagi
gila-gila punya sedap lagu-lagunya.
Siapa tak kenal lagu NUR KASIH, KEMBALI TERJALIN dan TAK
MUNGKIN BERPALING? Oh…kerana album inilah angah pernah nak tukar nama pena
angah daripada Adinaduana kepada Nur Kasih…pernah ya! Tapi tak jadi tukar sebab
ramai sangat orang lain nak guna nama Nur Kasih haha..
Inilah cover album Kesan Terbukti, album artis melayu pertama yang angah beli
1997, ketika belajar di Kuala Lumpur, salah satu Asrama Luar
Universiti Malaya terdapat di Bangsar. Berhampirannya
terdapat satu studio TV3, yang mebuat
rakaman program-program tv3 (tak ingat namanya). Angah and the classmate pernah
ke studio itu untuk menyaksikan rakaman sitkom SENARIO (masa tu kumpulan senario sungguh popular) dan yang tak sangka tu selepas rakaman senario,
Kumpulan SLAM buat Showcase kat situ, apalagi….tunguu…walaupun waktu dah agak
lewat malam. Oiiii..sukanya dapat tengok Zamani in person…memang sangat comel
orangnya…dan angah rasa angahlah penonton yang paling comel yang membuatkan
Zamani hanya memandang angah seorang…hehehe..poyokan?
Dan tahun-tahun berikutnya angah masih meminati Zamani dan
lagu-lagu SLAM dalam album-album seterusnya, sehinggalah Zamani bergerak solo. Dan
waktu ini angahpun dah dewasa…dah tak taksub sangat dah dengan artis-artis ni…
Pun begitu, November lalu RTM menyiarkan Hiburan Minggu ini
yang dihoskan Kumpukan SLAM, mereka bergabung semula untuk siaran itu, dah tentu
angah layan depan tv…sebab lagu-lagu mereka masih segar dan sungguh nostalgia. Malah
suara Zamani pun masih maintain, cuma seperti yang semua orang perasan, susuk
badannya sangatlah cengkung dan mendatangkan persepsi ‘sesuatu’ terhadap Zamani tak terkecauali angah. Dan
benarlah…bebarapa hari lalu Zamani sendiri diberitakan mengaku telah mengambil
dadah sejak 10 tahun lalu.
KASIHAN…mengapa agaknya dia memilih jalan hidup begitu? Teringin
sangat angah nak tahu…apakah masalah dia?adakah sebab Putus Cinta? Ah…apalah
sangat dengan putus cinta, ramai lagi yang masih menagih cintanya kalau dia
ingin…sambung saja dengan cinta yang baru sudah tentu ramai yang mahu!
Ye lah, itu kata kita, yang mengalami adalah dia…
Mudah-mudahan ada cahaya baru yang menerangi kelam hidupnya.
Janganlah ada yang mengutuk dan mengeji hidupnya, kita tak tak tahu pengakhiran
hidupnya bagaimana, entah-entah dia akan jadi lebih baik daripada kita.
Kepada si DURJANA yang mengaibkan Zamani dengan video itu, harap-harap
kamu insaf dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Zamani, keluarga
dan peminat-peminatnya. Jangan tak tahu, mungkin ada yang sedang mendoakan
suatu hari nanti anak-anak kamu akan terjerumus dalam kancah penagihan dadah…ingat
tu!
* eheh..ter'emosi sikit...:D
8 comments:
Jujurnya, akakpun suka dengan beliau..
Jujurnya, akak kesian dengan beliau..
Jujurnya, ini bukan kali pertama beliau kena tangkap..
Memang sayang.. Tapi tu la.. Kita tak tau kenapa dia jadi macam tu.. Harap dia segera sembuh dari segala penyakit..
Betul tu Ngah,
We just dunno what d future brings,
All d best to Zamani n family.
saya pun minat lagu2 nyanyian dia..siap beli kaset masa kat U.
mmg geram kat sape yg aibkan gitu.
Suka ngan lagu2 slam dan Zamani..sore dia..mmg ada class yang tersendiri
Salam jumaat salam pkenalan...
Artis feveret sy ms belajar dulu ni...hermmm moga dia dpt kembali ke pangkal jalan...
Btw i folow u...
Biarpun org tu bersalah, mereka yg mengiabkan org lain pasti ada balasannya...
Insaflah yg kita semua hidup tak lama di dunia ni.
kak tak tertengok lak video itu..
takde sapa send,...huhu
tak apalah, lagi baguskan agaknya..
kita doakan yg terbaik buat zamani
semoga ada sinar perubahan buatnya
igt lg room mate ms sekolah yg mmg minat giler slam dan zamani. smpi sggp telefon zamani tuuu entah cm ne laa dia dpt norbor telefon zamani tu...
Post a Comment