Susah menelah sisi sebenar perilaku manusia, nampak lembut
tapi kasar, nampak macam ganster tapi alahai baiknya lah...
Ya, Faham akan
kejadian manusia yang tidak serupa, namun kita kadangkala diikat dalam satu
ikatan yang dipanggil simpati dan empati yang dapat menyatukan emosi antara dua
insan
(I)
September 2014
Di Klinik Gyne.
Air mata bergenang.
Dia seorang Doktor perempuan, muda, melayu, islam, bertudung.
Nampak manis sekali. Setelah bersuara, baru tahu dia seorang yang sangat sinis
dan sangat menghiris.
Lebih kurang begini:-
‘so, you dah buat
keputusan?
‘belum? Kenapa ye, dah
besar sangat ni, lebih dari buah kelapa’
‘you bleeding banyak,
dah berapa kali buat transfusi darah?’
‘you nak tunggu apa
lagi? Dengan umur you yang begini kebarangkalian untuk mengandungpun dah tak
ada!’
‘kita akan remove rahim
you sekali, kalau you setuju, kita jalankan operation 2 minggu dari sekarang,
kita tak nak you membazir darah hospital, ada yang orang lain lebih memerlukan’.
Dia bercakap tanpa memberi perhatian kepada aku, macam bercakap dengan skrin monitor dia saje.
Aku terlopong, air mata macam nak gugur sangat, rasa tak
percaya dengan apa yang aku dengar! Aku harap aku takkan
berjumpa dengan doktor ini lagi!
(II)
April 2015
lama jugak nak buat keputusan, tapi dek kerana rasa bersalah menghabiskan darah hospital, ditambah rasa sakit yang makin melampau, aku redha aje le, buangpun buanglah!
Di klinik Gyne.
Air mata bergenang.
Dia seorang Doktor lelaki, muda, berbangsa india, wajah biasa-biasa saja, tapi nymannya hati bila dia bersuara
'puan sudah maklum ya, operation ini mungkin mengakibatkan rahim puan dibuang'
'kita faham ini perkara berat dan sukar untuk puan'
'suami kata apa?, ada ambil anak angkat?'
'suami kata apa?, ada ambil anak angkat?'
'ok kita beri masa lagi untuk puan bincang dengan suami, dalam pada tu kita akan setkan puan untuk buat CT scan'
'berdasarkan keputusan CT scan itu, baru kita akan dapat buat keputusan tepat tentang cara bagaimana pembedahan itu akan dijalankan.'
'are you ok puan?'
kali ni air mata memang gugur, bukan sedih tapi rasa touching.
Itu lah EMPATI, seseorang yang berupaya meletakkan diri dalam alur emosi orang lain...
Wassalam
Wassalam
10 comments:
Allahu Akbar..!
Sabar la Ngah ya.. Akak yang baca ni pun sedih..
Tapi tu la kan, rupa manusia ni kadang-kala boleh menipu kita.. huhuhu..
Teringat kisah masa mak akak kena tahan kat wad hospital hari tu.. Kalau boleh, akakpun tak nak jumpa lagi nurse yang kerja shif malam tu..!!
Itulah manusia...luarnya lain dlm nyer pun lain...
Bersabarlah...
dengan lisan...seseorang itu boleh ditinggikan darjatnya oleh Allah...
tak heranlah kalau kita diingatkan supaya menjaga lisan..
kalau kak pun.....sentap dengan kata2 doktor orang kita tu...
sedih..
kak azz, nurse pun macam doktor, mereka berurusan dengan orang-orang yang sakit, bukan kita minta dimanja dan diberi perhatian tapi cukuplah sekadar menunjukkan sedikit kefahaman dan berkata-kata yang baik
Khairin, memang selalu tertipu dengan rupa luaran...memang kena banyak bersabor
Kak anim, sepatutnya sebagai perempuan dia lebih memahami berbanding doktor lelaki itu...
Kenapa pulak kakak ikut menangis ni Angah. Sedih kakak dpt bayangkan apa yg angah rasa. Cuma dua situasi berbeza dari dua manusia yg punya jawatan yg sama buat kakak marah dan satu lagi terharu...
Moga Angah tabah..
Kak Zakie, angah memang harap sangat Allah beri kekuatan pada angah..tq
kuatkan semangat angah...akak juga punya nasib yang sama..tinggal lagi akak tak buang rahim...cuma memang ditakdirkan akak tak punyai anak....tapi dalam masa yang sama akak bersyukur kerana Allah hadirkan akak suami yang pnyayang dan memahami...orang sekeliling yang sentiasa bagi kata positif...sekurang kurangnya kita masih bernafas untuk bersama insan yang kita sayang
Iryanti, terima kasih...
Allah tu adilkan, kurang kat sini dia bagi lebih kat sana...
Ada orang diduga macam macam... tak dapat anak... tapi dapat suami yang sangat baik tu sebagai penyelamat...
Rasa sedih pula... teringat masa peknen extopic tu, doktor nak buang... kita ni merayu la tak bagi buang... sanggup tahan sakit macam manapun padahal sebelum tu berguling guling sakit... dah la tunggu 6 tahun, tak sedar peknen, dah sedar, Tuhan nak ambil pulak, tapi nasib baik doktor tak jenis sinis macam tu... doktor lelaki mungkin lebih perihatin... tapi lepas kita kena belah dan buang tiub, dok dalam bilik yang orang yang dok kiri kanan lepas bersalin... huhuhu...
"Sayang jer... sakit tetapi tak anak !"
Rasa macam berdesing telinga nih dapat komen dari seorang pelawat gitu !
Sabar la yer...
Izawani...aduhai, melawat orang sakit tapi bagi komen menghiris pulak...
orang macam kita ni memang kena bertabah selalu...
Post a Comment