Beberapa bulan kebelakangan ini rajin betul orng Telekom Malaysia call angah, call sebab nak suruh ambik produk internet baru mereka. Dan seringkali itu juga angah katakan Tak Nak!
Angah selesa dengan streamyx yang sedia ada ni. Dengan Steamyx pada kelajuan paling rendah, cukuplah bagi angah untuk membaca, meng-emel dan membloging. Kadangkala kalo lewat malam nak menonton movie online pun sudah cukup laju. Ok la kan? bukan angah ni gila internet sangat pon...
Dua minggu lepas orang TM call lagi, tapi bukan promote produk sebaliknya mahu meng upgred streamyx angah. Kata nya angah guna yang paling rendah 384mb dengan kadar RM60 sebulan, pihak TM nak bagi percuma pengupgredan ke tahap kelajuan sederhana, 500++mb, tapi bil masih RM60. dua kali mereka telepon baru angah setuju, bukan apa angah takut mereka menipu. Oleh kerana kata mereka semua pelanggan dah diberi percuma pengupgredan semacam ini maka angah setuju, dan sabtu lepas datanglah staf TM untuk mengupgred steamiyx angah.
Percuma sape tak nak ye dak? Bil masih sama dan kadar kelajuan internet lebih mantop...rasa meletop gitu.
Angah pun siap-siap letak kat ruang tamu segala modem streamyx, wayar internet yang berkaitan supaya senang staf tu buat kerja. Bila staf tu sampai angah pun berilah dia modem angah tu, tapi dia kata 'tak apa, ada bahagian lain yang dia kena buat dulu...' ok la. Disebabkan angah sorang je kat rumah, angah pun lari duduk dalam biliklah. Selang setengah jam staf TM tu panggil, katanya dia nak ajor cara pasang. Aikkk...beria pulok nak mengajornya.
'Yang ni baru, ada lain sikit cara pasangnya, sebab dia ada connection dengan tv' katanya. oh ok...lepas dah ajor tu dia suruh sign borang, Masa dah sign baru angah perasan nama internet angah sekarang bukan steamiyx tapi UNIFI.
Apa ni? bila masa angah apply UNIFI? Bil UNIFY seganda lebih dari bil Steamyx...dah lah harga barang semua naik...ingat nak jimat-jimat mana yang boleh...tapi...!
Kerana tak happy, on the dot angah menelipon TM, dan persoalkan kenapa mereka berbuat begini (cakap lain buat lain) oh...yang sambut telepon tu pun kata, oh kami kena chek dulu, sebab yang telefon puan tu cumalah ejen-ejen kami, kami kena siasatlah dulu...bla..bla..ok dalam masa 14 hari. kalo puan tak nak unifi ni puan bole dapat balik streamyx puan, tapi kami kena deal dengan bahagian steamyx dulu, kami akan call puan semula dalam waktu terdekat....
dan pagi ni baru mereka menelon setelah lebih seminggu (konfom le bulan ni kena bayor bil UNIFY) ermmm..bukan nak selesai kes, sebaliknya masih nak tanya samada angah nak ke tak nak UNIFY tu..haih!
nanti kami call puan semula ye...(adoi...bila nak selesai)
Apakah?
8 comments:
Alahai kesiannya Angah dalam berjaga-jaga terkena juga.
Kakak memang malas nak layan. Selalu mereka call kakak kata kakak busy. Call lagi pun kakak kata tak senang.
itu lah kak Zakie, selalu angah ignore je...tapi tu lah, dah nak terkena agaknya...
kdg2 geram jg dgn 'perangai' manusia mcm ni kan...grrrrr
memang geram ni Kharin...macam memaksa pelanggan pulak TM ni
So skang ni guna unify la...?sy pn tgh baran gak ngan TM ni line asyik sngkut2 je la...
kalau melibatkan ejen, memang camtulah cara mereka cari pelanggan kan..
unifi ni bukanke ada kontrak. kak le teringin kat rumah lama. nak off kena tggu tamat kontrak kalau tak kena fine. tapi tak taulah...yg terbaru ni.
Sham,
dah itu yang ada kena pakai jugaklah, streamxy memang dah tak berfungsi.
Kak Anim,
memang ada kontrak, 2 tahun. tapi sebab angah buat aduan, tu yang dia kata bole sattle 14 hari. tapi tak tau la...
Nanti inform perkembangan yer...
Post a Comment