Eh...bukan sitcom tu
Ni lain, walaupun tajuknya sama. Ni kursus anjuran UM untuk staf-stafnya memenuhi KPI dan juga menambah ilmu pengetahuan.
Tak silapnya, ini kursus baru, macam baru tahun ini ada wujud. Tengok pada tajuk, Angah dah terbayang betapa bestnya kursus ni, kalau tak se havoc kelas Mr Middleton pun, pasti ia sesuatu yang fun.
Selepas kursus tamat, kesimpulannya...ok lah, banyak buat latihan tapi kurang situasi berinteraksi...jadi..so n so je kot
Tapi tu lah, mana boleh berharap dengan 2 hari kursus kau akan pandai bertutur bahasa Inggeris ye dak? and than, bila balik rumah dan balik ke pejabat kau tak mengaplikasikan penggunaan bahasa ini, so..jangan berharap lebihlah Makngah oii...
Selain memenuhi tuntuan KPI, Angah apply kursus ni sebagai pelarian daripada kerja-kerja rutin di pejabat, dah hari-hari hadap benda yang sama...al buhsan la juga..meh kita ambik angin luar sekali-sekala...barulah segar sikit ya tak?
Dan yang terpaling Angah suka bila pergi berkursus ni adalah, peluang bertemu dengan rakan-rakan baru dari fakulti lain. Seronok berkenalan dan bertukar-tukar cerita..jaringan pun akan lebih meluas.
Mari cuci mata dengan foto-foto yang sempat dirakam..
Day 1
Hikmah..bertemu rakan baru, satu group dalam kursus...mesra bagai dah berkurun bersama
Rosyida, Norlina, Angah gemuk dan Saras
Kerja kumpulan...melontar vocal membaca teks ini dengan intonasi yang betul..
Bekerjasama menyusun ayat yang betul...
eheh..Syida happy sangat tu, eleh yang tiga lagi tu...berlakon je tu
Day 2
Posing...Ini la teacher kami untuk 2 hari, Dr. Sheena From FBL
Keberadaan gadget..sangat membantu, google translate je you!
eheh posing lagi..
dan lagi!..memang...
Ok dah selesai 2 hari kursus, 5 hari lagi menunggu untuk dipenuhkan...
Sekian :D
8 comments:
Assalamualaikum, seronok kan ada kursus dapat kawan baru lagi.
Bagus cara pendekatan yg diberikan
Kalau kakak kerja ni 100% memang kami berkomunikasi BI sebab kakak aje seorang org Melayu
Lagi pulak boss-boss semuanya foreighner memang habuk ajelah nak cakap melayu.
Ada masanya memang kita perlu lari seketika dari rutin biasa...:)
babY, alhamdulillah, setiap ilmu yang kita cari pasti dapat hikmah yang baik..
KakZakie, rungsing dengan keupayaan sendiri dalam berbahasa inggeris...tapi tu lah kelemahan angah, tiada tempat untuk mempraktik, kat rumah kalo cakap BI takut di gelak dek Che Din..
Kakcik, sekali-sekali memang perlu..segarkan minda..
Masa sekolah dan masa kerja dan masa skrg... Mmg suka sangat jumpa kawan lama dan baru...
Sbb mmg Ramah namanya....
Jumpa kawan baru mmg menyeronokkan
Waktu sekolah, belajar dan kerja mmg suka dapat kawan baru..
Dah namanya Ramah... :-)
Ibu n Abah, betul tu
Akak masa zaman sekolah dulu, selalu kena baca buku english ni.. Akak punya la tundukkan kepala tapi cikgu english tu tetap panggil nama akak.. ahaha..
Sebab apa tau..? Sebab akak punya suara kuat.. Satu kelas boleh dengar.. Lepas tu bila baca, kiranya lancar la jugak.. Takde la sangkut-sangkut beria.. Jangan tak tau, masa Form 5 akak dapat best student BI padahal bukannya faham apapun.. Mungkin sebab bacaan tadi la kot dapat best student.. kikiki..
Post a Comment