Pernah sampai Kuala Kubu Baru, dekat je...tapi Che Drive 2 jam lebih jugakla, salah masuk jalan la, salah simpang la....hihihi..
Aiii..awal-awal tahun Che Din teringin nak mandi sungai, kalau ikut Angah mahunya mandi manda di laut kat PD je.
Layankan saja lah, so Angah mulalah riview beberapa lokasi, maka terjumpalah tempat yang nampak menarik iaitu di Santuari Ikan Sungai Chiling, KKB. Untuk ke sana kita melalui Rawang - Serendah - KKB
Walaupun di KKB tapi sebenarnya lokasi dia dah masuk ke kaki Bukit Fraser dah, anda perlu melalui KKB sehingga Nampak papan tanda menuju ke Kuala Lipis.
Melalui review itu, Ia bukan sekadar tempat perkelahan, tetapi mempunyai air terjun yang sangat cantik dan ada sanctuary ikan. Conform Angah teruja...
Mari-mari...(klik pada gambar untuk size gambar yang lebih besar)
Anda akan melalui Empangan Selangor ini, one word INDAH...sukanya Angah tengok...membiru hijau warna airnya, tapi kami tak singgah pun, snap pic dari dlm kereta je..
Sampai di lokasi, kami melihat banyak kereta di pakir di bahu jalan, sahlah ini tempatnya. Sekonyong-konyong kami pun berhenti dan membawa segala bekalan
Kami membayangkan ini lah tempat yang kami ingin tuju
Menuruni tangga curam, angah dah terbayang betapa adventure nya perjalanan kami nanti, tinggi betul tangga ni
aikk..lengang je, ada sorang dua je yang tengah berkelah...
adoih...
mendaki tangga semula...bergegar lutut weh, ngilu rasa kat parut pembedahan, sabor je lah
Kami dimaklumkan oleh peniaga meinuman di situ, bahawa tempat tujuan kami, lokasinya ke hadapan lagi
Nasib baik dalam jarak 150 meter saja jauhnya, kami berjalan kaki sajalah.
Haa...ini baru betul tempat tujuannya...oiii teruja mak..
dari jalan besar, kami berjalan ke dalam lebih kurang 10 minit, melalui jalan kecil di kelilingi kehijauan
Ok..dah sampai ke tapak perkelahan. Sekali lagi bayangan Angah tersasar, Angah ingat kan di sinilah air terjunnya, tapi rupanya dekat sini adalah tapak perkelahan biasa tanpa air terjun dan tempat untuk perkhemahan
Perkara pertama anda perlu mendaftar diri di pondok ini.
Untuk yang ingin pergi ke kawasan air terjun utama anda perlu :
1) daftarkan jam berapa anda ingin memasuki hutan (isi borang)
2) declare bekalan yang ingin dibawa, jika membawa bekas makan pakai buang anda perlu membayar deposit (utk elak pengunjung membuang bekas makanan tu merata-rata di kawasan air terjun
3) membayar bayaran RM1 untuk setiap pengunjung masuk ke sana
4) selepas keluar dari hutan, anda perlu sahkan waktu keluar, pada borang pendaftran tadi
sausana si tapak perkhemahan
Kami memilih untuk meneroka hutan untuk ke kawasan air terjun utama dan menikmati santuari ikan. Menurut kata staf di pondok pendaftaran, perjalanan akan mengambil masa 45 minit...fuhh jauh tu..seriau jugak ni..
Dengan bismillah,
bermula dengan jalan darat yang kecil, yang sebenarnya jalan sangat berliku, tapi dalam gambar-gambar yang sempat angah snap ni adalah ketika melalui jalan yang tidak begitu mencabar, sampai part mencabar, henpon, kemera semua kena simpan, sebab kita perlu berpaut-paut pada kayu-kayu di kiri kanan jalan supaya tak terjatuh
jom!
owh..melalui lopak lopak air kome ya..
denai-denai yang sungguh tidak rata...hati-hati ya
Setiap inci perjalanan kami ditemani deruan air yang sungguh mengasyikkan...
setelah hampir setengah jam, jalan darat mencapai jalan mati, maka mengharung sungai pula kita ya..
Lintasan kedua, palingg mencabar sebab curam, air pula sangat deras, untuk pertama kali angah tergolek sebab tersadung batu..kuyup
Lintasan ketiga
Lintasan keempat
Lintasan kelima..yang terakhir
ye betui tu Che Din...katanya 'pakailah kasut yang sesuai, kasut getah atau plastic yang bertutup dan ringan macam ni supaya kaki tidak sakit dan tercedera..Tips uolss
Akhirnya...selepas 1 jam 10 minit lebih kurang, selepas dua tiga kali tergolek dalam sungai.....sampailah kami. Oklah sejam lebih sikit, saya masih sakit dekat luka pembedahan..tak boleh jalan laju-laju..hihii
Subhanallah...cantik
Tapi Angah tak berjaya mendapatkan sudut yang cantik untuk ambil gambar air terjun ni, sebab port cantik tu penuh dengan budak-budak muda yang kaki fotografi
tengok tu jalur-jalur cahaya matahari bagai mencurah dari langit, macam duduk dalam kawah yang jauh ke bawah cantik..hangpa semua kena mai sini baru dapat rasai
Mari jumpa Ikan-ikan comel...jakun sekejap mak..
rasa nak tangkap sekor sekor..
seronok benor Angah hihihi..
salute ar dekat keluarga ni, bawak dua anak kecik...wuhuuu...kena cekal, angah nak bawak diri sendiri pun..tergolek golek dalam air
ok..mari balik, sejam lebih pulak ni..nak meredah jalan keluar pulak
Alhamdulillah...kerana dapat menikmati keindahan
ok jumpa lagi
Wassalam
6 comments:
assalamualaikum angah..selamat malam..angah apakhabar...
terasa lenguh lutut masuk hutan..huhu
wa'alaikumusalam...Kak Yan, angah sihat, tu la, hari ni kaki rasa kembang...sebab tak biasa berjalan utk tempoh yang lama
wah...adventure tu..sejam trekking!
tapi berbaloi lah..tempat cantik, byr murah sgt pulak tu.
tapi Angah..mmg kelasss gitu, trekking pakai handbeg..tudung pun kemain. haahhaa..
kannn hihihi..gitulah jadinya Ujie, akibat tak tahu perjalanannya macam mana..ingat tak adventure sangat
Waaahhh... nampak cool betullah tempat itu angah
Kakak tengok airnya yg jernih sampai nampak ikan-ikan terasa nyaman betul.
Kak Zakie, memang terbaik tempat nih, boleh lah ajak anak-anak akak pergi, tapi kena tunggu adik dah besar sikit, tegap sikit, sebab air sungainya agak deras
Post a Comment