Friday, July 01, 2016

Ramadan 2016

Assalamualaikum
Apaka khabar kawan-kawan, Angah doakan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera -
hati yang tenang dan beroleh keberkatan dari yang maha Esa.

Ramadan ~ sesuatu yang  Angah dapat serap more pada ramadan kali ini adalah  'SABAR'.

Sabar untuk bangun awal
Sabar untuk menyediakan itu ini
Sabar untuk mengawal diri dan kata-kata
Sabar untuk mengawal perut yang lapar
Sabar untuk yang macam-macam

- semata-mata untuk memastikan puasa terjaga dan pahala yang terjamin dan mudah-mudahan berganda.

-semata-mata untuk melatih diri untuk tetap 'baik'  di bulan-bulan yang seterusnya.

Sabar - mengungkapnya sangat mudah
tetapi sangatlah sukar untuk dipraktikkan - apabila kita berniat, berdoa dan berazam mahu jadi lebih baik - masa itu lah datang sesuatu yang membuat diri rasa sangat teruk, jahat dan membuat diri rasa 'tak payah jadi baiklah!' ha! marah marah! Angah tak tahulah orang lain macam mana...ini adalah secebis diri Angah yang sangat lemah ini.

hai angin angin yang jahat silalah menjauh...


Selamat meneruskan Ramadan semua...semoga hari ini lebih baik dari semalam...

Wassalam

4 comments:

dear anies said...

bln ramadan kali ni betul2 cabar sy esp jammed. x penah sy hadap jammed sblm ni bla blk keje...sabo je laa

Kakzakie Purvit said...

Setiap kita mempunyai azam mahu menjadi yg terbaik dari hari ke hari
Apa lagi di bulan ramadhan yg mulia ini. Sayu hati tak lama lagi ia akan pergi

Selamat Hari Raya maaf zahir batin dari kakak buat Angah.

Afif Rayyan said...

Semoga kita memperoleh keberkatan di bulan ramadhan pada tahun ini.. Amin

Angah said...

Anies, tu satu hal, jemmed sampai naik nugei..

TQ Kak Zakie

Amin..TQ Afif