Thursday, September 28, 2017

CINA


Pada suatu ketika pulang ke kampung, pergilah membawa kereta ayahnda yang mengalami sedikit kerosakan. Tempat dituju adalah Pekan Talang, Kuala Kangsar.



Banyak terdapat deretan kedai sebegini. Dua blok deretan kedai-kedai ini adalah peniaga Cina yang menjalankan perusahaan Bengkel Kereta/kenderaan.

Lalu terfikir di minda, kedai sebelah menyebelah, berniaga benda yang sama, owner berlainan tapi bangsa yang sama:

Tidakkan mereka pernah bergaduh...berebut customer misalnya? 

Tidak...elok saja aman damai...

Kalau kita nak pergi kedai A, tapi parking di kedai B...tiada masalah...tidak pula owner kedai B maah-marah...

Indahnya PEMUAFAKATAN mereka...



Dalam menanti kereta ayahnda dibaiki, kelihatan sebuah lori mengambil barang-barang buangan dari kesemua bengkel-bengkel itu, juga dari bangsa yang sama.  Pada telahan Angah, hasil dari barang buangan itu untuk disalurkan kepada Persatuan Kebajikan bangsa mereka juga (seperti yg tertulis pada lori) 

SISTEMATIK kan mereka ini? semua untuk bangsa sendiri. Ye lah kalau tak sesama bangsa yang nak menolong, siapa lagi...

Lalu melirik fikiran Angah pada bangsa sendiri yang bernama Melayu. `?`




Kereta tua ayahnda yang sudah siap dibaiki...
 - orang Melayu juga yang mengkayakan orang Cina..
nak kata apa kan...peace..

4 comments:

Aryan azra said...

betullah angah..orang melayu kita ni ada juga yang bermuafakat tapi tak kurang juga yang berdengki, tak mahu tolong menolong, tengok bangsa cina mereka majukan sesama sendiri, kalau barang yang kita cari takde dikedainya dia akan suggest kita pergi ke kedai kawannya yang ada barang tu. kalau melayu ntahlahh en tapi tak semualah sesetengah je kan. kita punkadang suka pergi kedai cina sebab servisnya baik, kalau melayu pulak buat kerja sambil lewa, tak semualah macam tu kan sesetengah je

dear anies said...

kita pulak mcm mana ya? hmmm

nayfatimahrasyid said...

😁😁CB dtg sinie

Ujie Othman said...

budaya.
kita masih belum ada budaya mcm tu.
nak membentuk budaya, memang ambik masa.
mulakan hari ini, atau kita camtulah selamanya.