Wednesday, October 20, 2021

HATI MASIH DI SANA

21 tahun bukan sekejap kawan-kawan.

Jujur, saya sangat sayang dengan rakan-rakan di Fakulti lama. Saya tak kisahpun jika perlu berkhidmat di sana sehingga pencen...tetapi takdir tidak menetapkan saya berada di sana lagi, kerana baran seketul hati ini.

Dahulu, sewaktu bersatus junior, kita ikut orang lama, semua panduan kerja ikut sahaja, jika ada pembaharuan sama-sama berkongsi. Bertali aliran masa, sampai ketika kita pula menjadi senior dan ada junior yang mengikut kita, tetap masih boleh berkongsi hal-hal terkini yang memudahkan kerja. Namun ibarat psang setandan...ada yang tidak sama warna masaknya....kuning pekat, ceroi, kelabu, kusam, buruk pun ada..haih macam-macam, rencam sungguh!

Saya seorang yang suka memberi pandangan, demi kemaslahatan bersama, ada yang suka, ada yang diterima, ada juga yang tidak diterima, itu biasa...saya sentiasa berlapang dada, dan  neraca minda saya selalu di radar yang seimbang. 

Namun, saya tidak tahan dengan orang yang bermuka-muka, yang melempar batu sembunyi tangan, yang terlalu 'menyakat' kesabaran saya... biarlah saya pergi, sebelum terjadi sesuatu yang berkeadaan buruk.

Mungkin...jika saya punya tahap kesabaran yang sedikit tinggi waktu itu, mungkin saya  masih boleh berada di sana-masih bersusah senang dengan rakan-rakan di sana...mungkin

Sedih.

Ada kawan-kawan yang cuba memujuk, tetapi saya sangat panas waktu itu...seolah saya menidakkan hati dan perasaan serta nasihat mereka....maaflah. Jujurnya kini saya merasa sedikit kesal. Betul, kini saya rasa bebal kerana meninggalkan kawan-kawan hanya kerana bermasalah dengan sesuatu yang tertentu itu...tapi benda dah berlaku, tidak boleh undur lagi, saya cuba bertenang dan  tak mahu memikirkan sangat, kerana hidup perlu diteruskan tanpa mengenang-ngenang perkara lalu.

Betulkan?  ok... saya pasti ok...cuma selalu rindu pada kawan-kawan di sana.

eheh.

...nah seketul dua gambo bersama sebahagian kesayangan..


2014


2019


Jumpa lagi...






6 comments:

Etuza said...

Asalam angah..aktifkan blog anda ya..kita geng blog .Terima kasih terjah blog Etuza ya

Wak Lat said...

wahh jeliterr uoolss., ;p

Angah said...

Etuza....insyaallah...harap dapat menulis selalu dan jengah blog kawan-kawan

Angah said...

Wak Lat....hahahaha jelita tu zaman muda..

Acik erna said...

21 tahun lama tu ngah.acik dulu pindah selepas 18 tahun menangis berhari2 juga..pindah jauh..pindah tempat kerja dan pindah rumah sekali

Angah said...

Acik Erna...risiko bertukar ni, bukan soal kerjanya yang merungsingkan, bagi Angah mencari kawan yang serasi tu yang agak payah...tapi kena harung juga...