Untuk kali ketiga.
Maknanya saya bakal dibedah buat kali ketiga.
Kerana seingat saya setiap kali sist dan fibroid membesar, ia perlu dibuang melalui pembedahan.
Terapi hormon selama 3 bulan adalah kemestian untuk tujuan mengecilkan saiz ketumbuhan.
Ia perlu supaya pembedahan lebih senang dijalankan tanpa luka yang terlau besar.
..itu kata Doktor...
Jadi saya dapat ubat ni, ubat hormon menghentikan pendarahan yang nama lainnya pil perancang dan nama sebanarnya ialah - Medroxyprogesterone Acetate.
Saya perlu makan 2 biji pagi dan 2 biji malam.
Saya dibekalkan ubat ini untuk 3 bulan sebelum berjumpa Doktor semula.
Sebenarnya saya patut mula makan ubat ini mulai November 2021...saya bertangguh, kerana cuba menafikan bahawa saya perlu makan ubat ini. Depresi saya...
Saya cuba berharap ini semua dongengan sang Doktor kerana Doktor ingin membedah saya dengan tujuan penyelidikan dia. Seperti pembedahan-pembedahan sebelum ini. Saya tak tuduh, tapi hakikat rawatan sebelum ni, 'serumpun' pelajar perubatan mengelilingi saya saat rawatan!
Tak mengapa saya anggap ini sedekah.
Akan tetapi pada kali ini jiwa sangat memberontak, mungkin faktor usia....minda tidak putus berfikir, mengapa saat usia pertengahana 40-an saya masih berpenyakit sama?
Sungguh saya susah untuk terima.
Pun, akhirnya saya perlu makan ubat ini kerana 'bleeding' yang berpanjangan pada bulan Februari 2022.
Maka...perlu bersedialah saya untuk pembedahan, walau saya berharap ia tidak perlu dilalui lagi, saya berdoa ada keajaiban berlaku. Saya tak mahu dibedah lagi!
Tak mahu!
5 comments:
Angah, semoga Allah beri Angah kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.
Kekal positif ya, insyaAllah segalanya akan berlalu dengan baik.
syafakillah utk angah
Semoga dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera dan tidak sakit lagi selepas itu.
Ujie - Amin..., mudah-mudahan. tq Ujie
Anies - Amin, insyaallah
Mrs A - Insyallah ...aminn..tq ya
https://blogkatek.blogspot.com/
Post a Comment