Friday, June 24, 2022

TERAPI HORMON (II)

 Assalamualaikum.

Salam Jumaat penghulu segala hari.

Semoga semua dari kita yang hadir ke sini berada dalam perlindungan rahmat yang maha Esa.


Agak lama 'termenung' kisah hormon ni ya...

Sekadar memaklumkan bahawa terapi hormon terdahulu tidak berjaya. Bagai air lalu sahaja, tiada meninggalkan kesan positif terhadap permasalahan yang dialami.

27 Mei 2022, saya kembali menyerah diri ke PPUM, pendek cerita - saya diberi ubat lain untuk dicuba. CUBA...penat dengan hal cuba dan cuba sebebanarnya, tapi apa pilihan yang saya ada?

Ya, saya perlu CUBA:


Ubat ini , untuk tempoh 7 hari, sebelum temujanji lagi sebulan.


Selepas sebulan, pada 23 Jun 2022 saya kembali ke PPUM dengan rasa pelik dan berat jiwa - saya nyatakan bahawa ubat ini juga gagal befungsi pada keadaan saya- itu yang pelik. Ntah apa la penyakit saya ni...semua ubat pun seakan tak lut.

Pertemuan dengan doktor kali ini saya agak beremosi dan sedikit 'drama', saya menangis depan doktor;
bukan kerana sedih dengan penyakit, tapi saya sakit otak sebab perlu menceritakan lagi dan lagi sejarah penyakit, kerana saya berdepan dengan doktor baharu, bukan dengan doktor yang sama dalam 2 temujanji yang lalu. Saya fed-up nak ungkit sejarah sakit berulang-ulang...

Doktor itu terdiam dan menganggap saya mengalami depresi...malah sekonyongnya dia memberi cadangan untuk merujuk saya ke psikiatri.

Oh ya, saya ada sebut saya depress sebab banyak sangat ubat yang saya kena makan kepada doktor yang terdahulu!...direkod rupanya.


'Deras hujan turun di pagi Jumaat
Sederas degup jiwaku yang penat'

                                                 ...penat/adinaduana/24.6.22



Jumpa lagi...



5 comments:

Cik Azz said...

Assalamualaikum Angah.
.
Sabar ya Angah. Akak tau Angah kuat. Moga apa yang Angah usahakan ini membuahkan hasil yang sangat manis. Aamiin.
.
Maaf ya lama tak singgah di sini.

Ujie Othman said...

Tak ada apa yang dapat saya katakan, kecuali berdoa moga Allah temukan Angah dengan doktor yang dapat membantu kesembuhan Angah. Kekal kuat ya Angah.

angah said...

Waalaikumusalam Kak Azz, terima kasih atas doanya.

Ujie, terima kasih Ujie...

muhammad solehuddin said...

nice info!! can't wait to your next post!
visit mine: muhammad solehuddin https://uhamka.ac.id/

Fachrina Savitri said...

Terimakasih telah berbagi cerita, sangat bermanfaat. Kunjungi web kami di Kabar UMJ