Thursday, January 26, 2023

2023, tolong berbaik dengan aku!

Assalamualaikum semua yang masih tekun membaca dan sudi berziarah ke blog ini. Semoga kalian dalam rahmat Allah SWT dan beroleh keberkatan hidup dalam meniti usia yang masih berbaki.

Wow, tersedar sudah hampir ke penghujung Januari 2023. Belum sempatpun saya mengucapkan selamat tahun barharu kepada kawan-kawan, pantas betul masa berlari, terkehel saya dibuatnya.

Imbas sedikit tahun 2022 - saat melangkah ke suku terakhir tahun  itu, adalah merupakan saat termurung saya setakat ini. Pada waktu itu, saya sangat mahu 2022 berlalu pergi dengan cepat. Saya penat, saya menyampah, saya meluat.

Bermula Oktober, selepas saya berkonfrantasi dengan pihak Klinik Gyne berkaitan hal pembedahan, dengan Klinik Psikaitri yang saya rasa tidak membantu, saya diamuk bermacam emosi buruk.

Emosi buruk itu terbawa-bawa ke ruang kerja saya. Saya jadi tidak suka kepada rakan sekerja, malah saya tidak suka kepada ketua saya, gara-gara saya rasa mereka tidak memahami situasi sakit saya. Saya dibebani dengan tugas-tugas yang tak semena-mena menjadi tugas saya akibat kesilapan percaturan pihak pengurusan.

Kesudahannya, saya menjadi tidak seronok untuk hadir bekerja. Saya berkira-kira mahu memohon pertukaran ke PTj lain, sebagai protes terhadap pihak pengurusan.

Biarlah walau belum 2 tahunpun saya di sini, nak buat apa tunggu kalau hati tidak gembira. Ada terfikir, jika emosi saya yang bermasalah, pergi bertukar kemanapun kau tak akan gembira...ya saya tahu itu, tapi biarlah...itu sahaja yang mampu saya fikir buat masa ini. Kadangkala saya hanya mahu tisur sepanjang masa, supaya tak memikirkan hal-hal sekeliling.

Oh tuhan...mohon petunjuk Ya Rabb...

Saya perasan, takdir sakit ini menyebabkan saya mudah menjadi pembenci, saya benci pada semua perkara yang ada di keliling saya, saya benci pada semua perkara yang berlaku kepada saya, saya benci rupa paras saya, saya benci diri sendiri -  jadi apa yang dapat membantu saya?

...rapuhnya rasa...


'langit 2023

payungi aku dengan kasih sayangmu

aku resah menilai hatiku

aku buntu memahami jiwaku

bantu aku

berbaiklah dengan aku'




6 comments:

dear anies said...

selamat tahun baru angah...

kita manusia lebih2 lagi perempuan ni mmg lemah dgn emosi sendiri. ada kala kita rasa kita je yg betul. ada kala kita rasa kenapa aku perlu lalui semua ni.

kita terlupa yg ikut hati mati, ikut rasa binasa. kita terlupa menyahkan aura negatif sedangkan kita berhak dapat yg lbh baik.

mungkin angah perlukan sedikit ketenangan emosi. pergilah ke tempat yg boleh mengembalikan semula kekuatan dalaman. berikan sedikit me time utk diri. insya allah, angah akan kembali bertenaga selepas ini.

Ujie Othman said...

Mungkin Angah boleh ambik cuti beberapa hari atau seminggu, pergi ke tempat asing yang belum pernah dijejak. Jangan ke pantai, nanti makin termenung merenung pantai. Carilah tempat untuk melihat sisi kehidupan insan lain, atau tempat yang buat kita sibuk beraktiviti. Mungkin itu boleh meredakan sikit perasaan Angah.

Saya doakan moga Allah kurniakan kesembuhan dan kebahagiaan buat Angah. Maaf tau kalau cadangan saya tu berlebihan.

diaries said...

Selamat Tahun baru! InsyAllah sama sama kita memperbaiki diri. saya juga mengalami situasi yang sama...hehe cayok! ^^

Angah said...

Anies - terima kasih atas nasihatnya....

Ujie - terima kasih atas saranan Ujie....saya akan cuba

diaries - selamat untuk anda juga...caiyokk...

buat semua....semoga kita berada di bawah naungan kasih sayangNya

usryabdullah said...

Semoga tabah menghadapi ujian ini. Tuhan tidak membebankan seseorang dengan ujian yang dia tidak boleh tanggung

Angah said...

usryabdullah....terima kasih