Haha....
usai sesi bersama psikiatri semalam saya hanya mampu ketawa pendek; sebab tidak tahu ia berhasil atau tidak memadamkan amarah saya.
Kosong.
Dalam sesi yang dipanggil sesi temubual oleh psikiatri itu ia berkisar :
1) keadaan emosi saya ketika saya mendapatkan surat rujukan ke klinik psikiatri
2) keadaan emosi saya sekarang
3) 8 soalan test emosi yang saya isi dalam borang
4) go through jawapan saya setiap satu (3)
5) latar belakang keluarga dan akademik saya
6) kesimpulan
7) saranan beliau
Saya terus kepada (6) kesumpulan ;
- emosi saya masih terkawal
- tidak menghadapi 'depression'
- saya msih boleh menjalani hidup yang normal
- saya tidak perlukan ubat
(7) Saranan Dr. Psikiatri itu;
- Hospital tidak boleh dipersalahkan atas penyakit yang saya alami
- Ini adalah ujian
- Sekiranya ada rasa amarah kepada hospital, boileh mencuba rawatan di hospital lain
- Soal pembedahan, buat solat istikharah, catatkan kebaikan dan keburukan pembedahan
itu
.....maknanya saya ok jela kan ni...
tapi dia masih nak jumpa saya 4 bulan lagi!
....saya rasa buang masa....
4 comments:
4 bulan lagi, mungkin maksudnya itu sesi penilaian?
Apa pun, moga Angah kuat menghadapi ujian ini ya.
Kalau rasa tertekan dengan sesi rawatan, mungkin boleh cuba terapi alam - morning walk, mandi sungai/laut.
Insyaallah Ujie, tq
Tiba tiba teringat masa masa istri saya masih di awal mengalami bipolar disorder. Memang menuntut kesabaran yang bukan kepalang. Alhamdulillah, setelah beberapa lama dia menerima rawatan di klinik psikiatrik, emosinya beransur pulih.
Teruslah berjuang mengatasi ujian yang menimpa dirmu, Angah. Kamu sebenarnya bukan bersaorang dalam menghadapi hidup.
Hargai dan hormatilah insan insan yang selalu berada di sisimu dan mengambil berat tentang kamu.
Terima kasih kerana sudi singga ke blog saya - seorang lelaki tua yang sedang berada di kaki senja.
Al Fatihah buat arwah istri saya.
Insan Marhaen - terima kasih...
Post a Comment