Apa ada pada
seminggu? Berada di kampung halaman dalam masa seminggu bagai tak terasa
panjangnya waktu. Sangat singkat.
Alangkah bahagianya dapat berlama-lama di desa tercinta, rasa tak mahu kembali ke KL. Tapi apa nak buat, rezeki sesuap nasi tertulis di sini bukan di sana. Nak tunggu pencen dan bersenang-lenang di sana alahai…lagi 22 tahun…ermmm lama lagi haha….entah-entah bila sampai waktu, hati tak ingin lagi pulang ke desa, maklum…hati manusia kan mudah berubah.
Alangkah bahagianya dapat berlama-lama di desa tercinta, rasa tak mahu kembali ke KL. Tapi apa nak buat, rezeki sesuap nasi tertulis di sini bukan di sana. Nak tunggu pencen dan bersenang-lenang di sana alahai…lagi 22 tahun…ermmm lama lagi haha….entah-entah bila sampai waktu, hati tak ingin lagi pulang ke desa, maklum…hati manusia kan mudah berubah.
Apa kahabar kawan-kawan? Harap semua berada dalam keadaan
yang indah-indah sahaja, moga kita sentiasa mendapat rahmat Allah dan istiqamah
dalam mencari redhaNya.
6 hari 5 malam berada di kampung sejak ahad lalu dan pulang
semula ke KL malam sabtu baru ni. 2 malam di rumah mertua, 3 malam di rumah ibu bapa sendiri (pasti lebih di rumah sendiri
haha masih belum boleh berlaku adil pada che din sejak dulu)
Hanya sempat bawa keluarga mertua bejalan-jalan di sekitar Taiping dan
melawat saudara-mara sebelah arwah bapa che
din di seluruh pelosok Felda Ijok dan Selama.
Keluarga Che Din - Mak, kakak dan dua anak buah...ada lagi ahli keluarga yang tak dapat dibawa, maklum le...tak muat dalam sang Kancil Ce Din...kui..kui...Maknye asik tanya, bila kami nak beli keta besor sikit...
heheh...Che Din memang dah tak berambut langsung...selai pun tak ade..
******
Di kampung sendiri pheww…PENAT, al-maklum bila 3
beradik plus seorang mama berkumpul,
kerjanya memikirkan nak berjalan sahaja…nasib baik semua boleh memandu, kalau tidak
boleh pengsan che din mendrive kami ke
sana ke mari.
Maka sempatlah kami berjalan-jalan ke negeri Perlis. Apa
lagi yang dituju kalau ke Perlis. Yes, Wang kelian, Padang Besar dan Gua Kelam.
Apa yang best? Ternyata kepergian Ke Gua Kelam paling
menarik hati dan meninggalkan momen manis
dan terasa comel bile berada di dalam gua itu...kenapa rasa comel lak?(tak tahu nak explain..heh)
ni sekitar kawasan di luar pintu masuk gua
Ni di hadapan pintu gua...moh masuk!
Dalam gua
Ni di bahagian luar pintu belakang, setelah melalui jalanan dalam gua...
Berjual-beli di Wang Kelian dan Padang Besar….bolehlah…tapi
rasanya kat mana-mana pun boleh dapt barang-barang yang ada kat situ, kat SAKAN
Kuala Kangsar pun boleh dapat kut..cuma harga brooch dan barang kemas tipuan sangat lah murah, boleah berhabis duit untuk barang-barang ni aje, yang lain tu biasa je... well tak apalah, janji dapat berjalan-jalan tengok negeri orang.
Selainnya sempat menziarah keluarga adik lelaki angah si Faeez di Taman Botani Ipoh dan jalan-jalan sekitar bandar Ipoh, Kuala Kangsar, dan tak lupa pekan Manong sendiri...yang menggamit memori...
Huh, hitam legam dan rasa rentung uols...panas banor cuaca di kampung saat ini. duduk dalam rumah pun rasa membahang.
Apa lagi, dek panas punya hal, sebelum berangkat ke KL petang Jumaat tu, kami sempat 'berkubang' di Lata Ulu Kenas perhhh...nyaman..
Apa lagi, dek panas punya hal, sebelum berangkat ke KL petang Jumaat tu, kami sempat 'berkubang' di Lata Ulu Kenas perhhh...nyaman..
senyum manis untuk kawan-kawan semua! dadaaaa..
Ok, sampai di sini sahaja...jumpa lagi...ceria-ceria selalu...
















