Sunday, January 10, 2016

Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru (KKB)

Assalamualaikum kawan-kawan, harap sihat-sihat semuanya...

Pernah sampai Kuala Kubu Baru, dekat je...tapi Che Drive 2 jam lebih  jugakla, salah masuk jalan la, salah simpang la....hihihi..

Aiii..awal-awal tahun Che Din teringin nak mandi sungai, kalau ikut Angah mahunya mandi manda di laut kat PD je.

Layankan saja lah, so Angah mulalah riview beberapa lokasi, maka terjumpalah tempat yang nampak menarik iaitu di Santuari Ikan Sungai Chiling, KKB. Untuk ke sana kita melalui Rawang - Serendah - KKB

Walaupun di KKB tapi sebenarnya lokasi dia dah masuk ke kaki Bukit Fraser dah, anda perlu melalui KKB sehingga Nampak papan tanda menuju ke Kuala Lipis.

Melalui review itu, Ia bukan sekadar tempat perkelahan, tetapi mempunyai air terjun yang sangat cantik dan ada sanctuary ikan. Conform Angah teruja...

Mari-mari...(klik pada gambar untuk size gambar yang lebih besar)

Anda akan melalui Empangan Selangor ini, one word INDAH...sukanya Angah tengok...membiru hijau warna airnya, tapi kami tak singgah pun, snap pic dari dlm kereta je..

Sampai di lokasi, kami melihat banyak kereta di pakir di bahu jalan, sahlah ini tempatnya. Sekonyong-konyong kami pun berhenti dan membawa segala bekalan


Kami membayangkan ini lah tempat yang kami ingin tuju

Menuruni tangga curam, angah dah terbayang betapa adventure nya perjalanan kami nanti, tinggi betul tangga ni

 aikk..lengang je, ada sorang dua je yang tengah berkelah...
adoih...
mendaki tangga semula...bergegar lutut weh, ngilu rasa kat parut pembedahan, sabor je lah

Kami dimaklumkan oleh peniaga meinuman di situ, bahawa tempat tujuan kami, lokasinya ke hadapan lagi
 Nasib baik dalam jarak 150 meter saja jauhnya, kami berjalan kaki sajalah.

Haa...ini baru betul tempat tujuannya...oiii teruja mak..



 dari jalan besar, kami berjalan ke dalam lebih kurang 10 minit, melalui jalan kecil di kelilingi kehijauan

 Ok..dah sampai ke tapak perkelahan. Sekali lagi bayangan Angah tersasar, Angah ingat kan di sinilah air terjunnya, tapi rupanya dekat sini adalah tapak perkelahan biasa tanpa air terjun dan tempat untuk perkhemahan

 Perkara pertama anda perlu mendaftar diri di pondok  ini.

Untuk yang ingin pergi ke kawasan air terjun utama anda perlu :

1) daftarkan jam berapa anda ingin memasuki hutan (isi borang)
2) declare bekalan yang ingin dibawa, jika membawa bekas makan pakai buang anda perlu membayar deposit (utk elak pengunjung membuang bekas makanan tu merata-rata di kawasan air terjun
3) membayar bayaran RM1 untuk setiap pengunjung masuk ke sana
4) selepas keluar dari hutan, anda perlu sahkan waktu keluar, pada borang pendaftran tadi


 sausana si tapak perkhemahan




Kami memilih untuk meneroka hutan untuk ke kawasan air terjun utama dan menikmati  santuari ikan. Menurut kata staf di pondok pendaftaran, perjalanan akan mengambil masa 45 minit...fuhh jauh tu..seriau jugak ni..

Dengan bismillah,

bermula dengan jalan darat yang kecil, yang sebenarnya jalan sangat berliku, tapi dalam gambar-gambar yang sempat angah snap ni adalah ketika melalui jalan yang tidak begitu mencabar, sampai part mencabar, henpon, kemera semua kena simpan, sebab kita perlu berpaut-paut pada kayu-kayu di kiri kanan jalan supaya tak terjatuh

jom!


owh..melalui lopak lopak air kome  ya..




denai-denai yang sungguh tidak rata...hati-hati ya




Setiap inci perjalanan kami ditemani deruan air yang sungguh mengasyikkan...
setelah hampir setengah jam, jalan darat mencapai jalan mati, maka mengharung sungai pula kita ya..


Lintasan pertama



Lintasan kedua, palingg mencabar sebab curam, air pula  sangat deras, untuk pertama kali angah tergolek sebab tersadung batu..kuyup 


 


Lintasan ketiga


Lintasan keempat

Lintasan kelima..yang terakhir

ye betui tu Che Din...katanya 'pakailah kasut yang sesuai, kasut getah atau plastic yang bertutup  dan ringan macam ni supaya kaki tidak sakit dan tercedera..Tips uolss


Akhirnya...selepas 1 jam 10 minit lebih kurang, selepas dua tiga kali tergolek dalam sungai.....sampailah kami. Oklah sejam lebih sikit, saya masih sakit dekat luka pembedahan..tak boleh jalan laju-laju..hihii


Subhanallah...cantik

Tapi Angah tak berjaya mendapatkan sudut yang cantik untuk ambil gambar air terjun ni, sebab port cantik tu penuh dengan budak-budak muda yang kaki fotografi

tengok tu jalur-jalur cahaya matahari bagai mencurah dari langit,  macam duduk dalam kawah yang jauh ke bawah  cantik..hangpa semua kena mai sini baru dapat rasai




Mari jumpa Ikan-ikan comel...jakun sekejap mak..


nahh..banyak tau...




rasa nak tangkap sekor sekor..






seronok benor Angah hihihi..


salute ar dekat keluarga ni, bawak dua anak kecik...wuhuuu...kena cekal, angah nak bawak diri sendiri pun..tergolek golek dalam air


ok..mari balik, sejam lebih pulak ni..nak meredah jalan keluar pulak


Alhamdulillah...kerana dapat menikmati keindahan

#kelas tak mak..gi hutan bawak handbag...lenjun bersama tuannya tatkala tergolek-golek dalam sungai...naye..


ok jumpa lagi

Wassalam


Tuesday, January 05, 2016

Hello 2016

ai dah tertinggal keretapi dah kamu ni angah,  2016 dah lima hari berlalu, terkebelakang dek waktu lah kamu ni!

Sebut tahun baru, tersangkut bab azam baru, eh eh,  old schoolnya rasa bila sebut pasai azam hihi..

tak apa lah, old school ke lame ke..angah nak jugak berazam

Azam 2016 

Angah nak cantik!

lorhh sebelum ni buruk ye...

bukan...

bukan rupa paras

Angah nak cantik di mata, cantik di hati, di jiwa, di sanubari
rohani dan jasmani

mau tinggalkan segala buruk laku, buruk lidah, buruk mata
buruk yang memburukkan...

Angah cantik, anda cantik! tanpa qu puteh

Semoga hari ini kita lebih cantik dari semalam!


Selamat meneruskan perjalanan kawan-kawan!

Wassalam

Thursday, December 24, 2015

Jom Banyakkan Berselawat



Assalamualaikum kawan-kawan,

Selamat bercuti, selamat memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

Dikongsikan yang berikut untuk ingatan kita bersama...


  Dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA:

 Ø§Ù„Ù„َّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ، ÙƒَÙ…َا صَÙ„َّÙŠْتَ عَÙ„َÙ‰ Ø¥ِبْرَاهِيمَ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ø¥ِبْرَاهِيمَ Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ø­َÙ…ِيدٌ Ù…َجِيدٌ، اللَّÙ‡ُÙ…َّ بَارِÙƒْ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ، ÙƒَÙ…َا بَارَÙƒْتَ عَÙ„َÙ‰ Ø¥ِبْرَاهِيمَ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ø¥ِبْرَاهِيمَ Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ø­َÙ…ِيدٌ Ù…َجِيدٌ.

Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim]


Waktu Afdhal Berselawat

·        Masa paling afdhal dituntut berselawat ialah:

·        Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.

·        Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.

·        Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.

·        Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.

·        Di akhir qunut dalam solat.

·        Di dalam solat jenazah.

·        Ketika masuk dan keluar dari masjid.

·        Setiap waktu pagi dan petang.

·        Hari Khamis malam Jumaat.

·        Sepanjang hari Jumaat.

·        Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.

 

Perkongsian :http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/01/selawat-ke-atas-nabi-saw-kelebihan.html

 

Wednesday, December 16, 2015

Dah Buang Sys dan Fibroid


Assalamualaikum....Aumm Cak! hii..
 
hai...apa kabor kawan-kawan, di doakan semoga berada dalam peliharaan Allah azzawajalla hendakknya
 
Hampir sepurnama blog tak berupdate ye, blog pon MC macam tuannya...ni la kisahnya...
 
Hari ini genap 3 minggu diri ini di operasi kerana membuang segala neka tumbuh-tumbuhan yang menginap dalam sistem peranakan sejak 2012. Myomectomy nama pembedahan tu.
 
Setelah bersetuju untuk membuat pembedahann, maka berlangsunglah pelbagai prosedur, ct scan, rawatan anemia, rawatan hard bleeding dan suntikan lucrin.
 
Suntikan lucrin ni paling memeritkan, ia diberi 3 bulan sebelum pembedahan dengan tujuan mengecutkan fibroid dan sys. Suntikan ini berfungsi menghentikan period dengan kata lain memenopause sementara sehingga hari pembedahan. Sementara menopause tu, maka tiada peningkatan saiz fibroid, sebab fibroid ni mendapat zat untuk membesar daripada hormone yang menghasilakan darah period.
 
Yang peritnya bukan sebab menopause, tapi simtom-simtom menopause tu yang tak tahan, kaki bengkak, sakit segala sendi...badan jadi panas tak tentu hala, selang setengah jam badan akan lecun dengan peluh walaupun berada dalam aircond...tak selesanya rasa..Allah saja yang tahu
 
Ini kali kedua membedah untuk membuang tumbuh-tumbuhan tu, tahun 2009 membuang sys di dalam ovary, kali ni agak sulit sikit sebab bukan sys saja, malah fibroid. Bedah pun membabitkan banyak luka, perut opkos luka, rahim pun luka sebab fibroid tu duduk dalam rahim..fuhh...
 
Hasil dapatannya, sebiji fibroid sebesar 5cm dikeluarkan dari dalam rahim, berbiji-biji saiz kecil di perrmukan rahim, sys di dalam ovary dan dinding rahim...meriah betul...
 
Sedikit info tentang cara pembedahan yang melibatkan Rahim atau ovary, ada orang hanya ditebuk 3 lubang di perut, ada orang di bedah melintang di bawah pusat dan angah dibedah secara menegak. Doktor kata, cara pembedahan yang berbeza itu adalah disebabkan bentuk dan kedudukan rahim....azab sikitlah bedah menegak ni, nak bergerak susah, luka pun lambat baik, tapi itu saja cara terbaik dan sesuai dengan kedudukan rahim angah ni.
 
Pasrah dan redha dengan apa yang dah berlalu, bedah kali pertama, bedah kali kedua.... namun sangat berdoa untuk tiada yang kali ketiga...serik tau bedah...sakit
 
opss..dah lah mengenang sakit tu ye dak, semua nampak ok sekarang, harap ok sampai bila-bila. namun treatment suntikan lucrin tu akan masih berlansung untuk tempo 6 bulan akan datang, ia untuk mengelakkan kebarangkalian fibroid dan sys tu berulang dengan cepat...well...gitu lah...mak pasrah..
 
Ok kawan-kawan, panjang umur jumpa lagi.
 
Wassalam.
 

Wednesday, November 18, 2015

Tahniah Kak Chik ~UPSR 2015~

Tahniah kepada semua pemilik keputusan UPSR yang diumumkan semalam.


Cemerlang, sederhana atau yang biasa-biasa, itu adalah kejayaan anda.

Kejayaan yang berhasil dari ketekunan dan pengorbanan masa juga tenaga bahkah yang terpenting adalah doa anda dimakbulkan Allah, tahniah sekali lagi.

Tahniah juga untuk ibu bapa yang menjadi pendorong dan pemangkin semangat anak-anak – anda sungguh bertuah kerana memiliki anak-anak untuk di didik.

Jumlah A yang dimiliki adalah kayu ukur bahawa anda boleh! Tapi ia bukanlah penentu kejayaan dalam seluruh kehidupan, masih jauh lagi denai yang berliku perlu dirintis untuk bertemu dengan kejyaan yang hakiki.

Lop, Kak Chik dan kak Yong - Tahniah uolss...

Sayangku Kak Chik, semoga terus istiqamah dengan semangat juang di medan pelajaran, doa dan harapan Makngah dan Pakngah semoga Kak Chik sentiasa di pelihara Allah sehingga ke akhirnya.



Hadiah, sila mintak daripada Pakngah..hihihi


Sebab Pakngah kan kawan baik kak Chik...:D

#menumpangkasihanakbuah

Monday, November 09, 2015

Angah ok apa...

Assalamualaikum...

Meh nak bermadah cili sikit di petang hari ni,

Jangan terjemah aku dengan jangkaan awalmu
Selangkah kenali aku kau akan tahu bagaimana aku
Bersangka baiklah selalu
Bicara orang jangan dikira
kerana bibir yang berkata-kata selalunya berdusta
dan berniat memporak peranda
Bersangka baiklah
timbang dengan akal budi bukan dengan iri atau benci
Jangan mencipta dosa
kerana ia adalah perit yang tertanggung
selagi kau tak minta ampun”




* Che Din kata, mungkin aura Angah ni kuat sangat sampai ada orang seram...kikiki..aura la sangatttt