Wednesday, February 17, 2010

February Ya!
Wallaahh! dah pertengahan februari dah, cepat nye masa berlalu nyahh. ekceli aye ni baru selesa nak bertenet di waktu opis ni. ye la mc sebulan lebih, bila mai keje kena le semak keseluruhan tugasan supaya tak ada yang diluar pengetahuan. Tocei pada Ida kerana sukarela mengambil alih tugasan akak ni, akak doakan ida cepat dapat post tetap , sebab ida ni cekap dan dapat memahami tugas staf lain, fakulti sangat memerlukan staf seperti ida....(waaaa lambung lebey ni...)

Cak! idup Ida!

Tapi aye sedey sket sebab ada tugasan aye langsung diambil staf lain, nampaknya KPI aye tahun ni agak longgar, takpe lah, harap-harap aye tetap dapat anjakan tahun ni sebab aye dah lulus PTK2, kalu ada rejeki tak kemana...ye dak.
Esok aye ada appointment doktor..apalagi nak bagi boleh baby le...2010 pasti dapat! wahh boleh gitu. cau cin cauu

Sunday, January 31, 2010

End of January
Masyaallah dah ari terakhir januari dah rupanye, tak sedor masa berlalu dengan begitu pantas. Tak sedor juga rupanya angah belum bekerja lagi sepanjang 2010 ni huhuhu memang besh duduk rumah... cukup bulan dapat gaji heheheehe bukan selalu dapat macam ni yek. Oh ye, kerana disember hingga januari ni angah tak berapa sihat maka angah terlupa satu perkara...01.01.2010 fuhh! ualangtahun perkahwinan yang ke tujuh daaaa... la la la dah tujuh tahun kawennnn rasa macam semalam baru kendurinye, kalau lah! kalau...angah beranak tahun yang sama, dah darjah satu dah budak tu....verangan je la ni.
To Che Din hepy 7th anibersary, semoga hidup kita terus diberkati Illahi, dimudahkan segala urusan , diperkukuhkan keimanan, semakin tabah menghadapi segala ujian dan dikurniakan rezeki yang terbaik, Amin.

Sunday, January 24, 2010

dan...HikmahNya
Benarlah seperti yang kita selalu dengar; setiap apa yang berlaku, setiap dugaan yang kita tempuh, tersembunyi hikmahnya disebaliknya. Angah bersyukur kerana masih ada emak yang masih kuat dan sihat untuk menjaga angah ketika terlantar , adik beradik , saudara mara yang perihatin dan banyak memberi sokongan. Kerana sakit ini angah sedar kasih sayang keluarga yang hangat dan mendalam.
Kerana sakit juga angah makin sayang kepada Che Din. Che Din yang sangat memahami keperluan angah, penuh pengertian terhadap ketidakupayaan angah dan selalu bersusah payah menemani angah disaat saat sukar. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan kepada angah seorang Che Din yang sangat baik hati.
teman-teman sejati kat opis, of course...sangat perihatin dan selalu bertanya khabar, ada juga rakan yang tak begitu akrab di opis tetapi apabila sakit ni, baru nampak yang mereka ni sangat mengambil berat kat angah huhh sentimental plak rasanya dan tak sabor nak mula kerja dan jumpa kome semua.
Hikmah yang paling best! dah tentulah ketika 'berpantang' dikampung halaman. Angah kerja kat KL ni dah hampir 13 tahun, dalam tempoh itu jaranglah dapat bercuti lama, nak-nak lepas kawin ni lagi la. Jadi dek kerana cuti sakit yang agak panjang..maka beristirehat lah angah dikampung terchenta..yabedabedu...
Masa kat kampung ramai la sedara mara dan jiran tetangga yang menziarah dan terasa silaturahim dikampung sangat kuat. Angah perhatikan yang lapis opah-opah ni dah sangat dimakan usia dah nampak keuzuran tetapi masih gagah jenguk angah, syahdu juga rasanya...
Terima kasih semua...

Wednesday, January 20, 2010

Duka dan…

Salam pagi rabu…Angah menulis la ni dengan keadaan abdomen yang masih sakit tau. Bersolat masih tak boleh rukuk dan sujud dengan selesa, duduk juga tak boleh tegak tetapi baring sudah boleh mengiring…sedap le sikit tido, idakle kejang je rasanya. Dah masuk hari ke 23 dibedah, alur belahannya masih belum bercantum, terbongeh lagi weh, walaupun luka dah makin kering tetapi masih perit di bahagian dalam huhuhu ngeripun ada bila memikiorkannya. 2 minggu kat kampung, udah rase tuan puteri raja, mana idaknya makan pakai semua tersedia, tapi idak le angah makan tido je, gerak-gerak le juga ngan koje ringan supaya tak beku perjalanan darah ni ha. Pesan doctor, rajin le jalan-jalan jangan baring je katanya. Ni dah balik KL ni, dah tak jadi tuan puteri dah le...kena masak seniri, tapi yang ringkas-ringkas je la. iron baju dan mengemas rumah che din le kena buat...hihihhihi baru dia tau betapa penatnya membasuh dan mengiron baju, tabik lah kat che din!

Alkisahnya angah ni sikit berduka dengan apa yang dilalui bersama penyakit ni. BUKAN berduka kerana penyakit yang Allah beri, tetapi berduka kerana tidak berupaya mengesan awal, tidak berupaya mendapatkan rawatan yang lebih baik, doctor yang lebih baik, ilmu pengetahuan yang lebih baik tentang penyakit ni, memang agak terkilan!

Angah mengalami sengugut sejak usia 16 tahun, berkunjung ke klinik desa dan lepas tu ke klinik swasta semua doctor mengatakan sakit itu normal, rawatannya hanyalah pain killer. Sudahnya setiap kali sakit angah hanya beli panadol dikedai sebab malas dah nak ke klinik. Panadol tak pernah tinggal setiap kali period sehingga ke sekarang ni, dulu ada orang kata lepas kahwin sengugut boleh hilang, tapi ia tak berlaku pada angah. Pada tahun 2006 angah dikesan punya fibroid di dalam rahim, itupun setelah angah mnejalani rawatan bagi mendapatkan cahayamata. Pun begitu doctor tidak mengambil tindakan apa-apa kerana fibroid itu walaupun menyebabkan sengugut tetapi ia kecil dan tak menghalang laluan kehamilan, saya percaya pada doctor, mereka mengatakan fibroid adalah normal bagi kebanyakan wanita. Akhirnya angah mendapati sengugut itu bukan normal, dari setahun ke setahun tempoh sakitnya makin panjang dan terdapat benjolan disebelah kanan perut. Hairannya klinik baru nak scan rahim angah bila aye beritahu ada benjolan tu, selagi tak benjol selagi itu le haram dema nak nyecannya! Dah scan baru tahu ovari kanan dah bengkak sebesar penumbuk. Puncanya kerana separuh darah period mengalir ke ovari dan berkumpul sehingga beku, patut le sakit benor
perut aye ni…kita ni ingat sengugut biasa aje le…JADI jangan le percaya sangat kat doktor sebab dema bukan sayang kat kita pun…

Nasihat saya kepada gadis-gadis sekalian, kalu sengugut tu pergi lah terus ke hospital, dapatkan ujian di bahagian radiology, supaya kelainan-kelainan dalam perut tu dapat dikesan awal. Kalo awal dapat dikesan rawatanya lebih mudah dan kaedahnya lebih ringkas, tak payah le menderita kena bedah, sakit dik nun oooiii…

Wednesday, January 13, 2010

SALAM JANUARI 2010
lamanye tak update..hhuhu dah nak pertengahan januari baru leh jumpa kat sini.
Alkisahnya angah ni dari pertengahan disember ari tu tak berapa sihat, alhamdulillah telah selamat menjalani pembedahan pada 29 disember 2009, angah mc sampai 27 jan. 2010. angah menulis ni pun kuala kangsar mali.... duk kampung ni mak jaga, maklumlah yang dibedah tu btoi-btoi tang tgh perut, jadi tak leh wat pa keje, semua mak buat, sib baik adik angah yang no. 2 tu blom keje, dia le yang jadi nurse, rawat luka angah ni.
RAHMAT juga bila sakit ni, dapat duk kampung lelama... dah hampir 10 tahun keje jarang dapat balik kampung lama-lama, kalau balikpon kena bagi 2 kampung.
kay lah tak leh duk lama-lama, luka ni masih berdenyut, panjang umur jumpa lagi.

Thursday, December 03, 2009

Dah rosak dah dia...
Ate... udah le musim ujan, mesin basuh pulak rosak spintnya alaaahaiii. Menikam jiwa betoile nengok kain-kain yang lembab akhirnya kering dengan bau yang cukup masyammm. mana idak masamnya dah begantung behari-hari dalam rumah. Rumah pun dah macam kedai baju terpakai, berselayut sana-sini, rungsing betoi aye dibuatnye...
Dulu-dulu aye pernah kata kami ni idup berdua je, tak pakai mesin basuh pun tak pe...baju tak banyak, boleh basuh tangan..haaa la ni amik ko..huhuhu tensen makcik..


tukang pomen ni import khas dari sarikat sengheng! tapi idak le pulih pun..gamaknye kalu tak dikeluo kan RM tak berpusingle mesin ni sampai sudah..
Beli Baru? huaaaa mana ada luiittt

Wednesday, November 25, 2009

Sukaneka 2009

Last Saturdaynye Citer
Pagi sabtu ari tu, UM buat sukaneka so, aye pon joinle seperti tahun tahun lepas. Saje je nak sonok-sonok buang peluh. Waktu kat padang tu memang sonok...esoknya siaple..kembang rasa betih ngan peha aye ni huhuhu. Meh le tengok aksi-aksi mak, bapak dan bini orang bersukan..


Biasele, ape saje acara akan dimulakna dengan berposing


maap le kengkawan oii, tangan aye ni ngeletor, sampai bunyik wisel penamat pancing tak masuk botol ekekeekek



yang ni paling sadis!


kannnn dah putih muka...

acara teman tapi mesra

ni tengah susun kun untuk acara balingan maut


Minum dulu...


posing lagi


dan lagi... ate banyok posing dari berlari..ekekeke

Friday, November 13, 2009

PERGILAH BERBAKTI...

Che Eja dah hampir 3 minggu kat Sabah, dah selamat memostingkan dirinya di Kota Kinabatangan huhhuhuhu agak pedalaman ye tempat tu..tuan-tuan. ini gambor-gambo masa ngantor dia kat KLIA.



Amboi...senyum lebor dapat naik kapei terobang ekkk


Mama yang mendung, tapi mentein...


Abah lagi mentein...cool je, yang sebelah-sebelah abah tu biasele nak posing je kejenya

ini abang ipar dia yang mengambil cuti khas sebab nak ngator dia heheheheh siap pakai baju baru tu..bau kedei wa cakap lu
Apapun selamat berjuang kepada Che Eja untuk agama, nusa dan bangsa...

Tuesday, November 03, 2009

KURSUS KECEMERLANGAN STAF, FSSS DI MORIB, 23-25 OKTOBER 2009

julung-julung kalinya semua staf sokongan di fakulti aye pergi kursus, TERUJA!


alaa...dalam bas pon nak posing


bergambor dengan pentadbir fakulti



huhuhu berendam di pagi hari, sesudah subuh kume terojun kolam beshhh gile..


bergambo kenangan dengan semua peserta, besh gak..pi kursus ni, maklumlah dah liat-liat ni sekali kena basuh dengan motivasi haaa barayor mata


Friday, October 30, 2009

RANGKUMAN PERISTIWA SEPANJANG TAK MENGUPDATE BLOG NI...
- - - - - -
Cerita ceriti di kampung halaman...
03 Syawal 1430
Anak cucu cicit piut Ngah Lipah (Arwah Moyang aye) berkumpul meraikan aidilfitri..

Lapis cicit dan piut..(dalam perut mida ekekek)..

Setiap keluarga akan buat satu pusingan untuk bersalam dengan ahli keluarga lain. Keluarga aye bertemakan MERAH.

*****************************************************************
06 Syawal 1430
Melawat anak buah baru, anak adik lelaki angah, ini cucu mama yang keempat, nak tunggu anak angah entah bile..huhuhu

Mohammad Aqil Afif bin Mohd Faeez, semasa berusia 2 minggu, kecik je budak ni..

ambik berkat lagii
*********************************************************************
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Cerita Ceriti kat opis plak...
15 Oktober 2009
Alhamdulillah tahun ini angah mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang..








Bersama kenalan baru Aini dan Alaina, semasa menunggu giliran menerima anugerah
********************************************************************
19 Oktober 2009
Majlis Aidilfitri dan Deepavali..

yummii
posing la plak..seperti biase kannn
Sekian..

Wednesday, October 28, 2009

Lamanya tak update...nak wat cam ne, aye bz bebenor lepas raya aritu
nantilah ekk

Sunday, September 20, 2009

DIPAGI SATU SYAWAL

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Lailahaillahllahhuallahhuakbar
Allahuakbarwalillahilham

Salam Satu Syawal untuk semua umat islam di seluruh bumi Allah ini. Semoga Ramadhan yang berlalu menzahirkan satu kelahiran baru buaat semua muslimin dan muslimat dan semoga amalan soleh anda semua berpanjangan ke akhir masa.

Angah ingn mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua pembaca budiman, mohon maafkan angah sekiranya ada keterlanjuran bahasa dalam penulisan angah di blog ini, yang baik datang dari Allah dan jika sebaliknya adalah kerana kelemahan diri ini. Teruskanlah membaca blog angah yang tak seberapa ini....

Monday, August 17, 2009

CERITA CERITI MINGGU LEPASSabtu 15/08/09 - 16/08/09
Jalan-jalan ke Kota Melaka - dah lama plan nak cuti-cuti malaysia, dalam perancangan nak le Langkawi atau Pulau Perhentian, tapi dek kerana che din kehilangan dompet dan uwang nya maka budget dah lari...so jalan la kat melaka je, sebab dekat dan murah...
Banyak tampat bes kat melaka ni, tapi makanan dan barangannya agak mahal ye tuan-tuan sekalian. First kami ke Melaka Mall jumpa ex staf che din, pas tu gi Bandar Hilir naik kapal besor, pas tu cari penginapan. malam keluar gi Dataran Pahlawan, kebetulan Radio Era buat konsert, kami lalu je sebab tak minat pun penyanyinya. kaki pun dah penat balik hotel tido. Esoknya kami pi taman Rama-Rama dan Mini Malaysia heheh tak msuk pun ambik gambor dari luar je. Yang paling bes pi water worl afamosa, berendam sakan le kume...mengalahkan bebudak...tengok je la gambor gambor ni.









heheehehe.. Sekian
Jumaat 14/08/09
pergi konvokesyen budak ini di UPSI

Udah gred dah budak ni...tahniah ye Che Ija, semoga menjadi cikgu kimia yang dapat memajukan anak bangsa, negara dan agama...

Friday, July 24, 2009

BERIKAN AKU..

SAYANG,

BERIKAN AKU
SEPENUH KASIHMU
DAN KUBERI PULA KASIHKU
HINGGA KE AKHIR USIAKU

BERIKAN AKU
SELURUH PERHATIANMU
DAN PERHATIANKU
TAK PERNAH TERLUAK
UNTUKMU

BERIKAN AKU
SEGALA YANG ADA PADAMU
DAN APA YANG ADA PADAKU
ADALAH MILIKMU

WAHAI YANG ESA
BERIKAN KAMI
NAUNGAN KASIH SAYANG MU
AGAR KAMI
BERKASIH SAYANG
HANYA KERANAMU
SeLaMaT HaRi JaDi ...to Che DiN



Semoga dipanjangkan umur dan sihat sejahtera, semoga dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala urusan hidup di dunia dan akhirat, semoga diberkati Allah atas keseluruhan hidupmu...amin.

Monday, July 20, 2009

Mandi Manda Kat Tambun
Yeehaa...sampai gak aye kat sini, lama dah plan tapi minggu lepas masa balik kampung baru hajat tercapai, ishhh malu kat kengkawan yang bukan asal dari perak, dema lebih dulu p sini huhhuhu. Beh oooo mandi kat sini kolam sejuk ada kolam panas pun ada, mainan pusingpun banyak, kalu bawak bebudak kecik ni, mau dema tak ndak balik. Tengokle gambo-gambo yang sempat disnap.


Che Na, Che Din, Mama & Adik

Cak! tertanya gak apa motif patung kucing kat muka pintu dia ni..

Lihatlah dunia..alamku yg masih hijau..ekekeke

hehehe berebut nak duk bawah pancuran ayo panas

ishhh rugi bawak dema ni, tak mo mandi, asik nak posing je

Mai la datang Ipoh...tarak sombong punya...

Monday, July 06, 2009

TeRiMa KaSiH DaUn KeLaDi

Assalamualaikum everyone....angah nak amik kesempatan ini mengucapkan syukran, mahalo, arigato gozaimasu, kamsa hamida, gratia dan yang seangkatan dengannya...lepada semua yang wish yang baik-baik sempena besday angah lastweek. Paling bes ada banyak hadiah... Tahun ni satu je yang bagi hadiah, tapi ramai yang bagi duit..jadi angah beli senirilah hadiah dengan duit-duit tu. Meh aar tgk apa yang angah dapat...silakan...


Ni Che Din kasi...suprise lak tu belum kul 12 dah kasi hehehe


mekacih kak yah, kak mar, ida dan ct debab (cantik tau baju ni tau..chifon china mari..)


ini daripada seseorang yang termotivasi dengan dorongan angah, supaya dia memulakan sesuatu yang baik dalam hidupnya...


Ini paling istimewa daripada angah seniri kekekeekke
From my sister belum dapat lagik nih! heheheheeh
Kamsa Hamida!

Thursday, June 25, 2009

HaPpY HaRi JaDi To Me...

I'm 34 now...Wah terasa begitu dewasa sekali umurku ini ! dalam erti kata lain udah tua..ek! Kalau lagu dah jadi malar segar dah ni. Apapun alhamdulillah kerana masih diberi Allah nikmat untuk menghirup udara sehingga ke detik ini. Semoga Allah memberkati keseluruhan hidup angah, ditinggikan darjah keimanan, diberi rezeki melimpah ruah, diberi kesihatan yang baik, dimudahkan segala urusan dan mendapat segala yang molek-molek aje...Amin

Angah berkongsi tarikh keramat ini dengan :-


Cik Jillian, one of our lecturer


Ida, opismate angah


Dan...Bi Rain, one of my favorite korean actor

“Kala usia semakin memanjat diri, kala kata-kata bukan lagi yang tidak berisi, kala kemahuan bukan lagi yang tidak bererti, kala mimpi bukan lagi mainan diri.. maka anda memang telah dewasa..dan perlu bersedia dalam mendepani lurah belukar kehidupan di maya ini... "

..................................................USIA/Angah/250609