Wednesday, August 31, 2016

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia `59

Haruslah sayang kepada Negaraku Malaysia nan satu ini.
Biarpun ada segelintir yang menabur onak pada Tanah tumpah darah sendiri, biarlah mereka dengan kepelikan yang jelik itu..harap mereka mendapat cahaya untuk berubah.
 
Malaysiaku,
Semoga terus aman.
 
Malaysiaku,
Semoga kekal dalam kemerdekaan.
 
Wassalam.

Monday, August 01, 2016

Motivasi Diri

'Kalau kau rasa diri kau bagus, ingat, ada orang lain yang lebih bagus

Kalau kau rasa diri kau baik, ingat, ada orang lain yang lebih baik'

Kadang-kadang kita meletak diri dan berdiam  di zon yang selesa, sehingga lupa menaiktaraf diri, 

kita perasan kita nyaman dengan apa yang kita miliki, tetapi lupa ada orang lain yang telah jauh mendahului kita dengan pelbagai kemajuan diri.

Seringkali kita merasa tiada orang lain yang dapat membuat sesuatu sebaik kita, jangan silap! cuba buka mata dan bergaul dengan lebih ramai orang, kau akan tahu tahap kedudukan diri sendiri.

Sudah sudahlah menjaja kebolehan diri, sekiranya yang dibuat adalah perkara yang sama sahaja, 

sering seringlah melihat kebolehan orang lain dengan hati dan minda yang terbuka, serapkan di jiwa bahawa,  kebolehcapaian di dunia ini sangat luas, bukan di ruang lingkup yang kau selesa sahaja.

Kau cari pasti kau akan jumpa!

wake-up girl!


adinaduana/1.8.16
#selalusedardiri

Monday, July 18, 2016

Aidilfitri Hari Bersama Keluarga...

Salam Syawal semua. 

Selamat berpuasa Sunat Enam. 

Selamat beraya juga kepada yang masih meraikannya…majlis rumah terbuka di sana-sini…apapun kesihatan kena jaga ye..kontrol makan minum..ini ingatan untuk Angah jugak ni, lepas kembali dari kampung halaman badan macam tak sedap je, rasa nak demam pun ada..

Apa cerita raya kawan-kawan semua?

Angah selalu terlewat cerita pasal hari raya, maklum saja di kampung internetnya tenat sangat..kena tunggu balik KL baru dapat berceloteh di alam maya.

Aidilfitri tahun ni kemeriahnya lain dalam keluarga Angah, ia sudah tentu kerana bertambahnya ahli keluarga. Kehadiran Khayla Aishah dan Aisyah Nur Zahra (dipanggil Kela dan Rara) sangat memeriahkan suasana. Semua adik beradik Angah dan sanak saudara yang berkunjung pun teruja nak melihat cucu baru Mama & Abah.

Angah macam biasa akan pulang ke kampung pada pagi raya berseorangan, tahun ini sekali lagi menaikai ETS.


Che Din hantar ke KL Sentral


Tepat 2 jam 45 minit, sampailah Angah ke Kuala Kangsar tercinta...

Rara ambil Makngah di Setesn Keretapi KK

Selamat Hari Raya Rara...amboi sedap manyandor dalam car seat dia..


Elok Angah sampai ke rumah, semua bersiap-siap nak beraya di kampung Abah, di Mukim Senggang.



Ziarah pusara atok ,opah dan pak sedara belah  Abah..


Langsung ke rumah adik-beradik Abah, berjumpa sepupu sepapat..


Angah dan anak-anak Lope, abang sulung Angah




Balik semula ke rumah dah lewat petang, kami melepak saje melayan si Rara..





***********



Hari kedua Kela balik …

Rara pulak nak balik rumah maktok sebelah abah dia di Sungai Petani…

Dah puas gomol Rara, Gomol Kela pulak..

Bye Bye Rara, jumpa semula raya ke 4 nanti..


Hi..saya Kela...


Gambar wajib setiap tahun, mama dan 3 anak perempuannya..


************


Pagi raya ke 4 baru Che Din dapat cuti, maka bergerak ke  Selama pulak…tapi dah lewat macam ni dah tak ada Susana raya dah di Kampung Che Din. 

Jadinya kami ambil keputusan bawak mak Che Din bercuti…kami pergi bermalam di Pulau Pangkor…

 dalam teksi pink
Bestnya mandi manda di Coral, Teluk Nipah...airnya putih cantik bersih..


Begitulah cerita raya Angah tahun ni...








Seronok layan anak buah...


Wassalam





Thursday, July 14, 2016

Salam Aidilfitri 2016

Buat semua sahabat handai, Angah dan Che Din ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. mohon maaf zahir dan batin, atas segala salah silap dalam bertutur bicara.

Semoga kita mendapat keberkatan dan dinaungi kasih sayang Illahi.

Yang memandu ke sana-sini..berhati-hati jangan lupa berdoa untuk keselamatan...Angah sayang anda semua!




Semoga bertemu lagi..insyaallah...


* lor... posting ni duduk dalam draf, baru hari ni perasan...jadi hari ni la baru terbitkan..kui kui kui...

Friday, July 01, 2016

Ramadan 2016

Assalamualaikum
Apaka khabar kawan-kawan, Angah doakan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera -
hati yang tenang dan beroleh keberkatan dari yang maha Esa.

Ramadan ~ sesuatu yang  Angah dapat serap more pada ramadan kali ini adalah  'SABAR'.

Sabar untuk bangun awal
Sabar untuk menyediakan itu ini
Sabar untuk mengawal diri dan kata-kata
Sabar untuk mengawal perut yang lapar
Sabar untuk yang macam-macam

- semata-mata untuk memastikan puasa terjaga dan pahala yang terjamin dan mudah-mudahan berganda.

-semata-mata untuk melatih diri untuk tetap 'baik'  di bulan-bulan yang seterusnya.

Sabar - mengungkapnya sangat mudah
tetapi sangatlah sukar untuk dipraktikkan - apabila kita berniat, berdoa dan berazam mahu jadi lebih baik - masa itu lah datang sesuatu yang membuat diri rasa sangat teruk, jahat dan membuat diri rasa 'tak payah jadi baiklah!' ha! marah marah! Angah tak tahulah orang lain macam mana...ini adalah secebis diri Angah yang sangat lemah ini.

hai angin angin yang jahat silalah menjauh...


Selamat meneruskan Ramadan semua...semoga hari ini lebih baik dari semalam...

Wassalam

Tuesday, June 07, 2016

Adehhh malunya...

Serius...Angah ni kadang-kadang huru hara jugak perangainya…

Jumaat 2 Jun 2016…lalala hati berbunga-bunga sebab dapat balik kampung, jumpa family… makan-makan  sebelum bulan Ramadan menjelma.

Sesudah subuh kami gerak balik kampung, duit dalam beg ada sikit tak sampai seratus, Angah pakai Bank Islam, dalam kampus UM ada, tapi sebab bizi…tak dan cucuk duit sebelum balik kampung kaedahnya… dah la di Kuala Kangsar (KK) tak ada Bank Islam.. ’tak pe, KK banyak mesin ATM’ cuba sedapkan hati sendiri.

Sampai RTC Ipoh dalam jam hampir ke 8 pagi, ada ATM BSN dan Agro Bank, namun kedua-dua reject kad Bank Islam Angah…panas sikit hati ni, tapi cuba positif..’ awai sangat kot, bank belum ada duit…’ kunun..

Sampai KK terus ke Maybank – reject juga, pi CIMB – reject lagi..dah cuak dah ni, pi tanya kat staf di situ, dia kata..mungkin line MEPS bermasalah..cuba sekejap lagi katanya..adeh…

Tak puas hati Angah pi pulak BSN…reject le jugakkkk uarghh, staf kat situ pun kata benda yang sama..masalah line.., last sekali pi RHB kat jam besor KK..memang reject jugak kaedahnya..ko dah kenapa mesin ATM oiii?

Hati busukpun mula la berkata-kata...  ‘apalah KK ni dah la tak ada Bank Islam, mesin ATM pun tak boleh tumpang pakai! ‘ bla bla bla  dalam hati, sampai rasa nak hashtag kat ahli parlimen KK  (bakal), suruh usaha adakan Bank Islam..kui kui kui…Angah…Angah..

Sambil marah-marah tu cuba juga positif ‘agaknya lepas jam 10 baru line ok kut..’  tapi masa tu baru jam 9 lebih, ye tak ye..pecut ke Taiping…..kat sana memang ada Bank Islam… nasib baik Che Din tak banyak bunyi..I follow je.. kata dia..

Fuhh..kunun nak cepat jumpa Khayla and Zahra..Makngah rindu tau..sabor aje..

Sampai Taiping…percaya ke tak…di Bank Islam sendiri pon kena  pun reject!.. juga??? apahal??

Makkk…rupa-rupanya…

edehh  malu sendiri..bila staf kat kat situ kata…’memanglah reject..kad dah habis tempoh..tu kat kad ada tulis 05/16’  – maksudnya mei 2016 tamat tempohnya…ALLAH…tak pernah lah Angah nak ambil tahu  bahawasanya  kad BI ada tempoh tamatnya…aduhai..Angah.. kwang-kwang kwang…

Kannn…dah buat dosa je merungut-rungut pasal KK di pagi hari…ampun…

Kena gelak dengan Che Din memang kompom..sampai rumah..kena gelak pulak dengan adik-adik…adehhh…




nahh amik kau kad baru...2021..ingat...pi tuko kad..


Buang masa pulak kat bank, patut-patut dah awal-awal boleh jumpa family...ermm..

~~@@@@@~~~


Hai Kela, hai Rara...muahhhciked



Tuesday, May 24, 2016

Jaga Kata-Kata

Assalamualaikum semua...
 
My friend kan, yang mana dah pi Haji atau dah pi Umrah tu  selalu berpesan, kalau berada di Tanah suci,  mulut kena jaga. Jangan suka suki nak cakap itu ini, takut-takut terlepas cakap atau tercakap benda yang bukan-bukan ...ha...betul sangat tu
 
Sebenarny, walau  di mana-manapun dan apa jua keadaanpun kita sebenarnya perlu sentiasa menjaga kata-kata
 
 
'berkatalah yang baik-baik atau diam' - kata-kata ini patut menjadi motto hidup kita...kan kan kan...
 
 
Ni saja nak cerita, kejadian petang semalam di office...
 
Sambil sembang-sembang santai...Kak  Bai tegur Angah, 'tak makan ubat ke..' teguran tu merujuk keadaan Angah yang dah 'sengau' sebab dek selsema.
 
'saya kalau kena  demam ke selsema ke tak nak la ambik ubat, bior dia hilang sendiri je, sebab dah banyak sangat makan macam-macam ubat' jawab Angah...
 
Kak Bai pun mengangguk je sebab dia faham maksud Angah - dengan penyakit endometriosis, fibroid lah sys lah, memang agak  banyak ubat yang Angah makan..itulah maksud Angah ...
 
Tapi tu lah..perkataan 'tak nak' tu bagai memakan diri. Walaupun Angah tidak bercakap dengan nada dan niat nak 'arrogant' dengan Allah..tapi nadanya seolah benda tu Angah boleh kawal sendiri..haishh...
 
Balik ke rumah petang tu, kepala punya berdengung...sakit tak reti nak cakap, selalu kalau sakit kepala akibat selsema,  minum air 100 plus sakit akan lega, tapi kali ni tak lut lah air tu. Berkali basahkan kepala pun tak jalan, minum air suam banyakpun tak hilang sakit.,adehh..
 
Sampai ke malam..akhirnya tak bertahan..makan jugak ubat klinik...sambil menyesal dengan kata-kata sendiri ketika bersembang dengan Kak Bai tadi...sob sob sob...mintak ampun...
 
Begitulah sebagai manusia, kadangkala kita akan tergelincir pada 'kebiasaan' . Iktibarnya-  janganlah terlalu yakin pada perkara-perkara yang di luar kawalan, ada waktunya benda yang 'biasa' itu, jika tidak diizin Allah, ia takkan terjadi seperti yang kita mahukan.
 
wassalam.
 
 
 
 

Friday, May 06, 2016

Gurauan Alam


Senja ini
Langit menunjuk amarah
Kilat dan guruh betengkaran
Menangis sang alam semahunya
Mewarnakan gelap di segenap maya
Senja ini
Bintang-bintang berjauh hati
Lalu bersembunyi
Bulan tak sudi mempamer diri
Entah ke mana pergi
Aduh
Tersentak diri
Tatkala sang petir memekik
Menebar cahaya
Bagai api yang menyala
Apakah ini dendam
Atau...
Apakah ini rindu
Yang tersimpan
Setelah sekian lama kontang
...adinaduana/gurauan-alam/7.30pm/5.5.16

* sekali lagi negara di kejutkan dengan berita kehilangan helikopter, salah seorang penumpang adalah MP Kuala Kangsar. Masih teringat kemesraan dan manis wajah MP Kuala Kangsar itu, ketika  bertandang ke rumah mama-abah pada tahun 2013. 
LikeShow More Reactions
Comment

Thursday, April 14, 2016

The Last Shot

Eh tiada siapa yang dipukul...saja nak menyedapkan tajuk

Tapi bendaallah ni memang berjaya 'memukul' emosi Angah..pheww



Sebenornye nak cerita pasal suntikan terakhir Lucrin yang Angah ambil pagi tadi. Dah berakhir dah,sesi suntik menyntik...tak perlu suntik lagi (harapnya). 3 dos sebelum operation dan 6 dos selepas operation...habis lunyai kalsium dalam badan Angah. 

Nak bangun kena topang dengan tangan sebab lutut sangat 'tua' untuk bergerak cergas, akhirnya siku pulak seperti bengkak sebab asyik menopang badan yang dah semakin berat ni.

Harapnya sebulan yang akan datang Angah akan kembali normal dan sihat walafiat. Doakan Angah ye kawan-kawan...

Monday, March 28, 2016

Ikhtiar Hidupnya

Ini mungkin hanya secebis dari seribu satu kisah kegetiran hidup insan marhaen di bumi Kuala Lumpur

Selepas menumpang kesejukan penghawa dingin di Nu Central, Angah menaiki LRT ke stesen terhampir dengan kediaman. Saat turun sudah kelihatan 2  Bas Rapid telah menunggu, tetapi pemandunya tiada.

"bas yang depan jalan dulu" seorang 'makcik' memberitahu, sambil menunjuk-nunjuk bas yang di hadapan.

Dia duduk di bahagian kanan tangga, Angah memilih ruang kiri tangga, jarak terpisah lebih kurang 3 meter. Angah perhatikan dia memegang beg plastik besar, mungkin baru balik shoping kot. Kemudian Angah melayan persaan sendiri je, sehingga terlihat kelibat budak kecik bermanja-manja dengan makcik tu. Comel dan riang lagak  budak itu. Suka Angah melihat keletahnya.

"makcik nak balik mana?' laung Angah. Sebenornya Angah nak 'pancing' budak kecik tu...

"tak balik lagi...pukul 7 baru balik" jawabnya. Dalam hati tertanya, bas rapid ni jalan pukul 7 ke? ai..jenuh nak menunggu.

'makcik tunggu bas ni ke, atau ada orag ambik makcik' tanya Angah lagi, cuak juga kalau betui bas ni jalan pukui 7, sebab melihat jam, menunjukkan belum pukul 6.

Oleh kerana dia tak berapa dengar, dia datang ke arah Angah. "saya naik bas ni, tapi pukul 7 baru nak balik"

"kenapa, tunggu orang ke?' 
"tak...saya kutip tin...!

Allah...fahamlah Angah bahawa dalam beg plastik besar tu agaknya adalah tin-tin yang dikutip. "ni anak ke cucu" tanya Angah, merujuk budak kecik disebelahnya.

"ni anak bongsu saya"  katanya lalu balik ke ruang kanan tangga.

Angah pun menilai, rupa makcik tu memang macam makcik la...tapi agak kecik anaknya tu untuk disesuaikan dengan rupa paras makcik tu.

Angah menggamit budak kecik tu, dia pun sekonyong-konyong nya datang tanpa rasa segan. Alahai.. pucuk dicita ulam mendatang




nama sape?

Ikah (dia sebut nama penuh, tapi angah sembunyikan lah ye..)

sekolah darjah berapa?

tiga

sekolah kat mana?

kat sana, merujuk sekolah yang hampir di situ

Umpan Angah sungguh mengena, petah betui budak ni bercakap.

Lalu berlarutanlah sembang kami berdua. Dipendekkan cerita, maklum sudah Angah  akan keadaan diri Ikah sekeluarga..

Ini cerita Ikah...

Setiap hari Ikah akan tolong maknya mengutip tin. Gaji maknya sebagai Pencuci di Stesen LRT sebanyak RM500.00 sebulan. Ayah dia pun Pencuci juga, jadi sebulan keluarga mereka dapat RM1000.00. 

Ikah ada seorang kakak berumur 19 tahun, dah bekerja dan tidak tinggal bersama. Abang Ikah berumur 15 tahun, bersekolah di sekitar situ juga. 

Ikah kata dia bawak duit RM5 dan abangnya RM10 ke sekolah. Angah usik dia..'eh banyak la tu RM5, acik dulu bawak 50 sen je, "ala...acik tu zaman bila...katanya sambil ketawa..hihihi

Asal dari perak, kat Bota. Ayah Ikah berumur 67 tahun, sakit kencing manis, sebab tu dia dengan maknya kutip tin, sebab tak cukup belanja, nak rawat ayanhya lagi...Umur mak Ikah awal 50an...(serius..dia nampak macam dah 60 lebih, sebab tu Angah panggil makcik- sory...)

Cerita Ikah lagi, kalau hari sekolah dia akan makan di sekolah sahaja dengan duit RM5 tu, malam dia tak makan. Kalau hari minggu dia makan gitu-gitu aje sambil kutip tin, malam baru maknya masak. Menu yang mak dia selalu masak ikan goreng dan telur goreng. (detail betui Angah interview dia ni..

Kawan-kawan semua...cuba bayangkan dengan RM1000.00 hidup di Kuala Lumpur, perlu mengnggung 4 beranak, ayah yang follow up rawatan, sewa rumah lagi, sekolah 2 beradik tu lagi,  Allah...insaf Angah dibuatnya. 

begitulah ikhtiar hidupnya...

Angah pun susah juga masa kecik dulu, tapi kami hidup di kampung, nak makan kutip keliling rumah, jadi tak perlulah sampai kena mengutip tin kosong untuk tampung hidup..

Semoga Ikah sentiasa dilindungan Allah. Budaknya comel dan cerdik, pelajaran pun not bad, katanya dia selalu dapat no. 2 dalam kelas. 

Semoga dia dilindungi dari pengkhianatan manusia, kawasan LRT tu ramai betui orang negro, semasa angah bersembang dengan Ikah , kami turut di 'usik' seorang negro..eii berderau darah.


lelaki depan Ikah tu, sebahagian dari lelaki negro yang ramai lalu lalang di situ


Erm..kita ni, kalau banding hidup dengan orang kaya memang kita akan rasa tak puas hati memanjang, cuba-cubalah membanding dengan orang yang jauh lebih susah, baru kita tahu hidup kita ni tak lah seteruk mana..

Wassalam.


Wednesday, March 16, 2016

Alhamdulillah

Terima Kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan Aisyah Nur Zahra.

Zahra berkeadaan baik sekarang, mudah-mudahan dia dapat membesar dengan sempurna...amin


Ini Zahra setelah beberapa hari keluar dari ICU. Kulit Zahra macam terbakar dan kering mengelupas  sikit, insyaallah makin lama makin elok kulitnya..


Kasih Opah...'hitam pun tak pa, Opah tetap sayang juga' hihhi..

Ini Khayla, dah sebulan lebih umurnya. bulat dan mantap bodynya..full susu ibu...

Cak!..buah hati terbaru di rumah mama...

Makngah LOVE kamooo 

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah di atas perasaan yang indah dan gembira ini..





Tuesday, March 01, 2016

Doa Buat Aisyah Nur Zahra

Mohon doakan anak buah Angah, Aisyah Nur Zahra, anakanda kepada Cik Na, yang sejak dilahirkan 24 Februari 2016 lalu, anak ini ditempatkan di ICU Hospital Taiping sehingga kini.

Cik Na mengalami komplikasi yang agak sukar ketika melahirkan, anak kecil itu telah tertelan air ketuban. Zahra di dalam tempoh pemantauan untk mengelakkan jangkitan. 

Terima Kasih terlebih dahulu buat kawan-kawan semua.




Wednesday, February 17, 2016

'kau ingat Allah tak tahu? Allah tahulah...!

Segala sakit, segala perit
kau fikir kau seorang yang rasa
mungkin kau sahaja 
tapi ada yang tahu; Allah tahu
mengadulah pada yang tahu

Semua duka, semua luka
kau fikir kau seorang yang pilu
mungkin betul begitu
tapi ada yang menyembuh; Allah penyembuh
mohonlah dari yang maha penyembuh

Kala kau lelah diumpan derita
Sang pencipta mendepang dada
sedia mendakap keluhanmu
kesahmu, tangismu
rintihlah doa pada setiap sujud
raih padu kasih simpati Nya
semoga  nur dan rahmat
bertebar dalam takdir hidupmu

...adinaduana/AllahAda/17Feb2016/11.20am


* terkadang hanya banyak mengeluh, bersoal itu ini, mencabar begitu begini, tapi lupa mencermin diri ! 

Friday, February 05, 2016

Semoga Selamat Semuanya

~Assalamualaikum Kawan-Kawan~
 



Seronok eh, dua tiga minggu ni cuti weekend kita lebih panjang dari biasa. Minggu ni lagi panjang, sempena Chinese New year.

Saat dapat cuti-cuti  free begini pasti ramai yang dah merancang macam-macam agenda. Balik kampunglah, berholidaylah, berhoneymoon bagai...seronokkan...

Apapun jangan terlalu ingka (gembira), sentiasalah beringat-ingat hal keselamat diri, keselamatan rumah yang ditinggal, kesihatan juga. Maklumlah macam-macam virus duk sedang melanda ni.

Ramai kawan-kawan yang ada anak-anak, bercadang nak pergi zoo, nak mandi di hutan lipur, nak mandi laut - tolong berhati-hati ye...kut di sengat nyamuk  zika aedes, kut kena kencing tikus, kut lemas dipukul ombak..eii Makngah seram nak oii...

Janga lupa berdoa, minta Allah jauhkan kita dari segala mara bahaya. Berhati-hati  di jalanraya, banyakkan bersabar dan bertenang selalu.

Akhir kalam, Selamat Bercuti Panjang....semoga bersua kembali.

Wassalam.

Friday, January 29, 2016

Naluri Sama Tiga Bersaudara

Kebetulan!
Yang sungguh tak diduga,

Semua terdedah ketika Adik Eja selamat bersalin 24 Januari 2016 yang lalu.

Subhanallah rupa-rupanya kami bertiga beradik punya keinginan menamakan anak sulung masing-masing  dengan nama AISYAH,

Wah terasa ajaib sekejap, sebab kami memang tak pernah sembang pun pasal nama anak.

Angah, sekiranya punya anak, si sulung akan dinamakan Aisyah Humairah. Oleh kerana belum beranak, jadi nama ini akan disimpan sehingga the golden time itu sampai.

Cik Na, mahu namakan puteri sulungnya Aisyah Nur Zahra, insyaallah 2 minggu lebih lagi akan menjengah dunia,

Adik Eja, telahpun menamakan puteri sulungnya dengan nama Khayla Aisyah. Ahlan Wasahlan ya Khayla Aisyah. Kecil cenonet je macam ibunya, 2.5kg...alahai comel sangat ni..




Foto dirakam pada  Aidiladha 2015 (September lalu)
Siapa Yang Mengandung Ni???

hihihi..masa ni angah belum operate buang fibroid, jadi perut kami sama je buncitnya...padahal Adik dah 5 bulan, Cik Na dah 4 bulan hamil kui kui kui..



meh belanja sefoto dua wajah Khayla Aisyah



makngah doakan Khayla sihat-sihat selalu dan membesar menjadi anak yang solehah...
wie...Makngah tak sabor nak syiummm dia...tunggu Makngah balik na...

Monday, January 25, 2016

Siapa Rashid?

Sepanjang hidup ini, Rashid yang popular yang dikenali adalah Rashid Sidek, bekas pemain badminton Negara. Kalau ada pun Rashid yang lebih awal popular adalah Rashid Hassan, bekas pemain bola sepak Negara, tapi mereka  popular zaman -zaman Angah kecik dulu. Haa..dari kecik minat ahli sukan je Angah ni. Artis ada ke yang bernama Rashid? tak ada kot ek.

Tapi dalam seminggu ni asik terjumpa nama Rashid disebut orang di dalam tulisan-tulisan mereka. Lalu Angah menggoogle siapakah Rashid ini?

Lorh..rupa-rupanya Rashid ni bukan manusia, tetapi  ia adalah watak 'seorang' kartun yang memiliki akaun FB. Dia mungkin dimanipulasi oleh pemiliknya dalam menyuarakan sesuatu perkara secara sindiran....Ok.. faham..faham..

Baguslah Rashid, kau pun dah popular. Post-post kau pun banyak yang mengena...semoga kau terus jadi suri teladan...

hihihi, meh tunjuk sikit rupa Rashid ni, dan caption-caption yang boleh menyayat sengat di hati...


hahaha...jadilah seperti Rashid.

Wasssalam.

* kemungkinan pemilik Rashid ini sudah ingin muntah dengan kelakuan para penggiat media sosial ...agak nya lah..angah agak je..




Thursday, January 21, 2016

Oh My English!

Eh...bukan sitcom tu

Ni lain, walaupun tajuknya sama. Ni kursus anjuran UM untuk staf-stafnya memenuhi KPI dan juga menambah ilmu pengetahuan.

Tak silapnya, ini kursus baru, macam baru tahun ini ada wujud. Tengok pada  tajuk, Angah dah terbayang betapa bestnya kursus ni, kalau tak se havoc kelas Mr Middleton  pun, pasti ia sesuatu yang fun.

Selepas kursus tamat, kesimpulannya...ok lah, banyak buat latihan tapi kurang situasi berinteraksi...jadi..so n so je kot

Tapi tu lah, mana boleh berharap dengan 2 hari kursus kau akan pandai bertutur bahasa Inggeris ye dak? and than, bila balik rumah dan balik ke pejabat kau tak mengaplikasikan penggunaan bahasa ini, so..jangan berharap lebihlah  Makngah oii...

Selain memenuhi tuntuan KPI, Angah apply kursus ni sebagai pelarian daripada kerja-kerja rutin di pejabat, dah hari-hari hadap benda yang sama...al buhsan la juga..meh kita ambik angin luar sekali-sekala...barulah segar sikit ya tak?

Dan yang terpaling Angah suka bila pergi berkursus ni adalah, peluang bertemu dengan rakan-rakan baru dari fakulti lain. Seronok berkenalan dan bertukar-tukar cerita..jaringan pun akan lebih meluas.
 
Mari cuci mata dengan foto-foto yang sempat dirakam..
 
 
Day 1
 
Hikmah..bertemu rakan baru, satu group dalam kursus...mesra bagai dah berkurun bersama
Rosyida, Norlina, Angah gemuk dan Saras
 
Kerja kumpulan...melontar vocal  membaca teks ini dengan intonasi yang betul..
 
 
Bekerjasama menyusun ayat yang betul...
eheh..Syida happy sangat tu, eleh yang tiga lagi tu...berlakon je tu
 
Day 2
 
Posing...Ini la teacher kami untuk 2 hari, Dr. Sheena From FBL
 

 Keberadaan gadget..sangat membantu, google translate je you!

 eheh posing lagi..
 
dan lagi!..memang...
 
Ok dah selesai 2 hari kursus, 5 hari lagi menunggu untuk dipenuhkan...
 
Sekian :D

 
Wassalam.