Lepas Lunch our semalam, staf opis kecoh-kecoh. Semua pakat
turun ke bawah nak tengok matahari. Seseorang menjerit nama angah untuk turun
sama ‘jom tengok pelangi’!.
Hujan tak de rebut tak de, tetiba tengah panas terik ada
pelangi, bior betoi..
Angah pun turun jugak lah, oh ya benar, ada pelangi
mengelilingi matahari. Subhanallah!
Pakat semua la duk ambik gambor, angah pun sekonyong-konyongnya
mengeluarkan henpon milik sendiri yang tak berapa nak canggih ni, snap le
sikit-sikit. Tapi angah tak bley pandang lama matahari tu sebab mata memang ada
masalah silau, jadinya sambil tutup mata dengan jari, angah tala henpon arah
matahari.
gambar di ambil dari celah tingkap opis angah
Fenomena Halo di Lembah Klang hari ini
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) - Orang ramai di sekitar Lembah Klang dapat menyaksikan fenomena Halo hari ini.
Halo merupakan fenomena semulajadi yang berupa lingkaran cahaya di sekitar matahari atau bulan yang kadang kala boleh berlaku pada sumber cahaya lain seperti lampu jalan.
Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), terdapat pelbagai jenis Halo secara umumnya muncul disebabkan kristal ais pada awan cirrus sejuk yang berada pada ketinggian lima hingga 10 kilometer di lapisan atas troposfera.
Ia bergantung pada bentuk dan arah kristal ais, cahaya matahari yang dipantul dan dibiaskan oleh permukaan ais berbentuk prisma sehingga sinaran matahari terpecah kepada beberapa warna kerana kesan sebaran udara dan dipantulkan ke arah tertentu, sama seperti kejadian pelangi.
Angkasa dalam kenyataannya dinasihatkan orang ramai agar berhati-hati apabila melihat atau merakamkan gambar Halo secara telus tanpa penurus matahari kerana ia memberi kesan yang merbahaya kepada mata. - BERNAM
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121002/dn_26/Fenomena-Halo-di-Lembah-Klang-hari-ini#ixzz28Ehaavyq
© Utusan Melayu (M) Bhd
11 comments:
Subhanallah.. mmg menarik.. tak dpt tgk laa plak.. Untung laa angah dpt tengok live.. lagi.. kelas gitu.. :)
hehe.. saya sampai sakit mata pedih2 dibuatnya nak amik gambo halo ni. hihi
;)
a'ah, kak rinna, teruja dapat tgk keajaiban...
Khairul, agak bahaya kalo tgk lama-lama tu...
subhanallah..tak tau plak fenomena ni..
eeiyss dah datang menjenguk dan akan berada di blog ini buat beberapa minit (^____^) ubat rindu nak komen
subhanallah....
saya dok dlm rumah, tak tengok matahari pun. cuma tau dari kwn2 blog..tu pun dah ptg.
subhanallah!
Keajaiban dari Allah... Bertuah la dapat tengok sendiri...
Salam Angah,
:-)
Cikgu ma,
memang tak ada info awal pasal fenomena ni...tak tahu pun nam dia 'Halo' dah masuk berita baru tahu..
Eis,
lama tak bersiaran dgn mu, miss you...
Ujie,
lepas tgk fenomena tu angah telefon mama & adik beradik suruh dorang tgk..ramai yang tak perasan kewujudannya
kak azz,
memang bermacam keajaiban Allah, utk beri hint kat kita..
Salam Cheqna,
tq jenguk sini..
Post a Comment