Ishh udoh udoh le tu
Kami tak larat nak dengor dah haih!
Dewan serbeguna kat flat angah ni laku betul . Boleh katakan
setiap minggu ada orang sewa buat majlis kawen. Meriah sih kawasan flat ni bila
hari minggu, apatah lagi musim cuti sekolah. Meriah sampai bergegor kepala otak
angah ni.
Mana tak meriah, majlis mula jam 9 pagi start dengan
marhaban, lagu-lagu pengantin baru pun berputar tak berhenti, bila pengantin
sampai ada paluan kompang, bila pengantin dah bersanding dan makan start la
acara yang paling lumrah yang dibuat oleh orang-orang Key El ni…sesi karaoke…
Ye lah, kaum kerabat bina masjid mestilah raikan dengan
meriah, dengan raing ria dan gembira. TAPI TOLONGLAH! Jangan lah dongakkan
speaker tu tinggi sangat, sampai angah yang duduk di tingkat 7 ni pun
tersangalah clear mendengar bunyi-bunyian majlis korang tu. Ini dah satu
gangguan, tak pikir ke orang nak solat ke, ada baby tidur ke, orang nak tengok
tv pun sebutir haram tak dengar, asik mendengar suara karaoke korang je…mun
kalo sedap suara tu tak pe le juga, ini nyanyi pun macam main-main, sumbang
mambang, lepas tu gelak-gelak… adoiiiii…sakit jiwa raga ku.
Angah ni jarang la tersasul masa sembahyang, tapi hari ini
punya solat zohor sampai 2 kali angah angkat takbirratul ikhram, jenuh nak fokus,
tapi tak terfokus sebab bingit sangat.
Nasib baiklah dua tiga hari ni cuaca mendung dan hujan, jadi banyaklah kain-kain basuhan angah yang tak kering. jadinya angah sidai dan sangkut semua kain-kain tu kat cermin tingkap supaya dapat meresap bunyi dan menelan kebisingan itu....sampai gituk sekalik dong!
Mesti untie india sebelah rumah anagah ni pening dengan majlis-majlis orang melayu nih....dah la khamis lepas angah menjerit-jerit kuat masa ATM kalah kan Lion huhuuhu....mesti dia kata ''ayoyo...kawen bising tengok bola pun bising..ayoyo kadawale"
ni dah nak jam 5 dah, tak berenti-renti lagi berkaraoke...ermmm
Angah report kat Raja Nong Chik kang nak!!! Cehh tiba-tiba…
Sekian membebel di petang ahad!
6 comments:
sabo2 hehehhee :)
heheheh terhilang sabor sekejap....
bagi saya, tu mmg melampau.
kena buat aduan, mohon adakan garis panduan utk org yg buat majlis kat situ.
*karaoke dlm majlis kawin..bertentangan dgn roh Islam. Bunyi2an lain yg melampau bising pun sama.
salam kak..ishhhh kesiannya..kenapa sampai macam tu sekali..hidup bermasyarakat kenalah faham memahami..
hahaha... siannya angah, kayna penah alami mcm ni masa mula2 kahwin dulu, duk rumah sewa. Selama 7 bulan ada je org kahwin tiap2 mggu. Bisingnyer pagi ahad. Alhamdulillah sempat pindah sebelum bersalin anak sulung. Tenang sikit jiwa dengan persekitaran baru.
Kayna, ni pun tengah usha kediaman baru ni...
Post a Comment