Assalamualaikum
Siapa ada tengok drama bertajuk Masihkah Ada Ramadan? yang disiarkan ketika bulan Ramdan lalu di Astro?
Pada mulanya angah tengok cerita tu sebab pelakonnya Eman Manan dan Wan Hanafi Su, angah memang minat lakonan dorang ni.
Selepas episod pertama angah dapati drama ni teramat-amat lah menariknya terutama gandingan pelakon-pelakonnya.
Sehingga ke akhir cerita, watak yang paling meninggalkan kesan adalah watak Zali. Pelakon baru agaknya, angah tak kenalpun dia. Pandai budak ni berlakon. Wajanya serius tapi penuh kelembutan. Kalau di asuh, kemungkinan dia adalah paling wajar menggantikan Eman Manan kerana aura yang setanding.
Hari ini ketika berjalan-jalan ke blog kawan-kawan, barulah angah tahu nama sebenar dia. Muhammad Amirul Mazlan, berusia 19 tahun sedang menuntut di ASWARA.
Ramai yang menulis tentang dia. Ramai sangat, tapi bukan kerana dia ada drama baru tapi kerana dia memang telah meninggal dunia. Beliau pergi menyahut panggilan Illahi akibat kemalangan jalanraya.
Al-Fatihah. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.
Angah baru berangan, kalau-kalau ada drama yang akan menggandingkan beliau bersama Beto Kusyairi...pasti mantoppp..(eleh..tiba-tiba..)
Dah ajal...Allah lebih menyayangi beliau. Semoga arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan hamba Allah yang beriman.
Ini sebahagian dari berita yang menulis tentang kematian beliau:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/tiada-lagi-ramadan-buat-zali-1.90805
http://ondscene.my/kemalangan/penuntut-aswara-maut-motosikal-terbabas
6 comments:
Assalam Angah..AlFatihah..dah sampai masanya..
halamak...saya x de astro....jd x tau apa citer huhuhuhuuu
Wa'alaikumusalam acik..
tu la, kita ni tak tahu bila pula tiba masa kita
Jagau...
mu kalo ada astro pun mesti tak sempat tengok, mu kan bizi...asik buat skrip acah mat labu je....kikikiki
Hmm.. akak pun pernah terbaca pasal dia dah meninggal sebab xcident.. Mmg pernah tgk citer tuh.. dan bagus dia berlakon..
Al-Fatihah..
Al-Fatihah.. DaripadaNya kita datang kepadaNya jua kita kembali..
alFATIHAH.. is xtengokpun ceta tu (T___T)
Post a Comment