Kebetulan!
Yang sungguh tak diduga,
Semua terdedah ketika Adik Eja selamat bersalin 24 Januari 2016 yang lalu.
Subhanallah rupa-rupanya kami bertiga beradik punya keinginan menamakan anak sulung masing-masing dengan nama AISYAH,
Wah terasa ajaib sekejap, sebab kami memang tak pernah sembang pun pasal nama anak.
Angah, sekiranya punya anak, si sulung akan dinamakan Aisyah Humairah. Oleh kerana belum beranak, jadi nama ini akan disimpan sehingga the golden time itu sampai.
Cik Na, mahu namakan puteri sulungnya Aisyah Nur Zahra, insyaallah 2 minggu lebih lagi akan menjengah dunia,
Adik Eja, telahpun menamakan puteri sulungnya dengan nama Khayla Aisyah. Ahlan Wasahlan ya Khayla Aisyah. Kecil cenonet je macam ibunya, 2.5kg...alahai comel sangat ni..
Foto dirakam pada Aidiladha 2015 (September lalu)
Siapa Yang Mengandung Ni???
hihihi..masa ni angah belum operate buang fibroid, jadi perut kami sama je buncitnya...padahal Adik dah 5 bulan, Cik Na dah 4 bulan hamil kui kui kui..
meh belanja sefoto dua wajah Khayla Aisyah
makngah doakan Khayla sihat-sihat selalu dan membesar menjadi anak yang solehah...
wie...Makngah tak sabor nak syiummm dia...tunggu Makngah balik na...
15 comments:
Naluri adik-beradik kadang memang sama Angah
Sebab itu kalau kembar lagilah kadang tak janji nak pakai baju warna apa pun tetiba bila jumpa boleh tersama. Allah juga yg tahu kan..
Comel anak buah Angah:)
Alhamdulillah..
Selamat datang baby Aisya...
Akak pulak sampai sekarang dok ingat kat nama Nur Hafizatul Akma.. Konon-kononnya dulu nak bagi nama ni kat anak buah tapi tak terbukak mulut nak suarakan hasrat hati.. Dah anak orang, biarlah mak dia yang bagi nama.. Kang kita bagi nama, takut orang cakap apa pulak.. Kang tak pasal-pasal tersentap.. Baik tak payah.. hehe..
Kak Zakie, betul sangat tu, rahsia Allah yang membuktikan kekuasaanNya
Kak Azz, ahaa..macam ada something special je kat nama tu kak...
Peminat Aisyah juga
Anak bongsu akak Aisyah Sakinah
Psst: boleh buka grup Mak Aisyah
Nakuri yang diluar jangkaan manusia tapi dibawah penguasaan Allah...nick name aisyah...ibunya adik beradik anak anak sepuou yang akrab...kan sangat comel tu...hihi...amin..
salam juga buat tiga bersaudara
Comeinya Aisyah... saya pun berangan nak namakan next anak dgn nama Aisyah... insyaAllah kalau Allah izin tambah anak lagi :)
Kebetulan yg comel! Adik bradik..citarasa pun sama ya.
Btw..saya pun suka nama Aisyah. Nak letak kat anak takde lg. So..letak kat biz online je lah..Almari Baju AISYAH. Hehee..
Geramnya tengok pipi comel tu.
Ibu n Abah, tunggu Aisyah Humairah lahir, nti kita bukak kelab eh..hihi
Perdu, itulah anugerah Allah...
Jagau, salam untuk anda..
Nora, amin..mudah mudahan dapat hendaknya..
Ujie, kedai baju pun ok, nama Aisyah ni universal..
TukangKebun, hihhi baby semua comelkan...
assalamualaikum angah
..lama tak singgah umah angah..
kak yan suka bau baby..wangi
Wa'alaikumusalam Kak Yan, betul-betul, bau baby memang 'sesuatu'..angahpun suka
Comel adik ni ..baru lahir ke dek..saya follow blog anda ya..sudi klik blog saya ya..
Hi etuza...
Hi etuza...
Post a Comment