Wednesday, August 03, 2022

MEMBUAT KEPUTUSAN

Semasa temujanji pada 23 Jun 2022,

Doktor melakukan ultrasound di abdomen, dan mendapati rahim saya terlalu tebal kerana Endometriosis.

Bukan lagi fibroid, bukan juga cyst yang disebut-sebut sebelum ini....

Saya memang perasan, perut saya memang agak besar. Mak saya pun pernah tegur sewaktu Aidiladha hari tu, beliau meminyak dan mengurut perut saya..''ish ish...pasei apa melembang sangat perut ni..."

Ya, itulah Endometriosis:

Penyakit Endometriosis
Endometriosis pula ialah satu keadaan dimana selaput endometrium ini bukan sahaja tumbuh didalam rahim, tetapi juga diluar rahim seperti pada salur fallopian, ovari atau usus-usus kecil atau besar. Ia dipanggil implan.­­

Memandangkan implan ini terbentuk diluar rahim, ia mengalami kesukaran keluar daripada badan sewaktu haid dan menyebabkan kesakitan.
Lama- kelamaan, darah akan berkumpul dan membentuk ‘cysts  serta menyebabkan perekatan (adhesion) yang menyukarkan pembenihan. - Portal MyHealth

Down.

Doktor separati maklum bahawa saya agak keberatan melakukan pembedahan bagi kali ke-tiga, jadi beliau mencadangkan saya 'mencuci' rahim (D&C) untuk menyedut darah-darah yang melekat, selepas itu memasang Merina alat seperti IUD untuk mengelakkan pendarahan bagi tempoh 5 tahun, sehingga usia menopause sebenar saya.

Oleh kerana perasaan saya berbaur kerana drama 'tangisan', jadi saya tanpa berfikir panjang bersetuju cadangan doktor untuk melakukan proses D&C asalkan saya tidak dibedah.


ini alat yang dikatakan boleh menghalang pendarahan


Dengan persetujuan itu, saya perlu menjalani beberapa siri check-up:

1) ujian darah
2) ujian di klinik anestatik
3) swab
4) proses D&C

Saya jalani perkara 1 & 2.....tiba-tiba, melintas di fikiran saya...D&C ini sungguh menakutkan...

...akhirnya, saya tidak jadi buat D&C, memikirkan risiko yang agak menakutkan.

Saya diminta ke Gyne semula, pada tarikh yang sepatutnya saya di D&C....

...saya takut dimarahi doktor sebenarnya...dan ye...ayat pertama doktor....'why...what happen  dah beri tarikh cancel pula....

kecut saya, walaupun perlahan tapi nadanya sungguh dalam, dah la ada 2 ketul doktor pelatih dan seorang pesakit dan doktor lain dalam bilik sama....

doktor ulang, 'why puan.....'

terpaksa lah saya jawab, 'saya nak bedah full, tak nak D&C, sebab dua-dua pun saya kena full bius...saya takut D&C tak berjaya, akhirnya kena bedah full juga'

tapi sebenar-benarnya, itu bukan jawapan yang saya nak beri...tapi cuak tengok reaksi doktor punya pasal, itu jawapan yang saya rasa selamat...adehhh

Doktor laju ucap tahniah, 'very good decision'  - lalu memberi tarikh bedah pada 26 Oktober 2022

...dan sejak hari itu fikiran saya tak menentu, kadang rasa kosong, kadang cemas, kadang saya shaking dan seram sejuk...

Patutkah saya jumpa psychologist? sekurang-kurangnya untuk menenangkan saya? 

arghhh...







6 comments:

Ujie Othman said...

Kalau boleh, Angah carilah orang-orang yang pernah melalui hal yang sama. Bertukar cerita dan semangat. Tapi mungkin susah nak cari, jadinya mungkin juga boleh jumpa pegawai/pakar psikologi.

Saya doakan moga Allah beri kekuatan dan kesembuhan buat Angah.

لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِالله
Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah.

Angah said...

Terima Kasih Ujie....
Angah harap Angah mendapat kekuatan dari doa dan nasihat kawan2...

Wak Lat said...

salam jumat cikkak Angah tuuh,
semoga dipermudahkan urusan pembedahan itu.., aminn

Mrs. A said...

Semoga kuat dan banyakkan bersabar.

anakdenesor said...

penat kene ulang semula tapi..kalau itu untuk keselamatan..boleh pergi psychology, at least tak terbeban..tak semua faham apa yg ditanggung

Angah said...

Wak Lat...aminn...

Mrs. A, insyaallah, harap makin utuh kesabaran di jiwa

anakdenesor,
insyaallah...